Wednesday, April 30, 2008

Hp hilang + sakit gigi

Entry yang buat aku sakit arini. Pertama tahap kesihatan yg kureng membawa kepada rasa kurang enak pada gigi aku. Dengan erti kata mudah, gigi plak sakit. Sakit gigi antara penyakit yg bisa buat kita hilang pertimbangan. Mau saja disuruh org bagi aku satu tumbukan Mike Tyson.


Dahla sakit gigi, h/phone plak jatuh tanpa disedari dan terus ilang. Siasatan di tempat kejadian oleh team CSI gagal menemui sebarang kesan. Tentunya sudah menjadi milik orang lain. Time aku tengah sengkek ni la hp nak hilang. Walaupun Nokia murah je (aku beli dari Saudagar Unta ngan harga RM70 ja tahun lepas) tp time2 ni kalau nak beli baru tentu parah gak. Entry ni dimasukkan bukan bertujuan nak merayu sesapa yg terjumpa kasi balik hp tu kat aku tp sekadar hanya luahan perasaan (tiada kaitan yang hidup mahupun yang telah mati).




Cuti-cuti Malaysia

Buenos días (selamat pagi).....esok public holiday, cuti Labour Day satu ari. Kepada yang merancang percutian/perjalanan, selamat makan angin. Kepada yang tidak ke mana2, bleh spend time kat umah ngan family or ngan awek-aweks.

Untuk jiranku, Mr. Jazz yang merancang trip ke Terengganu malam ni diharap bergembira. Dengar kata ombak kat sana besar bro, so hati2 la ye. Walaupun akan terlepas game Liverpool vs Chelsea tapi jangan bimbang jika Liverpool menang akan ku sms khabar gembira itu dengan segera keh..keh..

Kepada staf-staf yang menuju ke Bukit Jalil untuk perhimpunan pekerja 2008, sabtu ni diharap selamat sampai dan selamat kembali. Manakala yang masih bergelut ngan final exam tu, teruskan usaha anda. Usaha itu tangga naik rumah (salah..tangga kejayaan). Man, exam camna? exam takleh sub-con ke? he..he..Kepada Cik Tipah yang dah abis exam diharap akan mendapat result yang cemerlang, gemilang tp jangan hilang keh..keh.. buena suerte (good luck) semua.


* esok cuti, mananya kena buat keja umahla kui..kui...Plan asal nak gi Majlis Sepetang Bersama Menteri Besar Kedah di Dataran Air Terjun Titi Ayun, Yan, Kedah. Tapi esok mungkin tak sempat kot lagipun arini aku sakit gigi plak. Rasa cam nak suruh orang tumbuk je gigi ni kui..kui.. Kepada yang mempunyai masa, tenaga & wang, rajin2 melancong/berjalan2 ke tempat orang. Salah satu tujuannya untuk melihat keindahan/keunikan ciptaan Allah.

Tuesday, April 29, 2008

Jomla join kalau berani!

Sebenarnya, aku nak ajak kwn2 join contest kt atas tu. Dia ada berbelas soalan (aku pun tak ingat berapa belas). Soalan dia berkenaan pemain2 setiap negara yg layak ke Kejohanan Eropah 2008. Dia bagi clue, anda sendiri yg cari jawapannya keh..keh. Pas setel jawapan, anda buat sikit slogan. Tak yah guna kertas. Aku dah berjaya setelkan & antar satu entry. Kalau tanya jawapannya, ikhlas cakap aku tak salin masa aku buat aritu. Tp tips dia cari kt Wikipedia.

Hadiah utama, 2 tiket utk menyaksikan perlawanan Kejohanan Eropah 2008 di Austria-Swiss. Selain tu, adala hadiah2 lain. Kalau senang2 atau berani, cumalah. klik kat bawah:
http://www.tv3.com.my/euro2008/contest/index.asp

*Bila terkenang Kejohanan Euro, teringat contest Dunhill Euro Road To Benelux 2000, aku menang pakej ke Holland seminggu. Tp atas masalah2 yg tak dpt diatasi, aku terpaksa tolak keh..keh..(bukan rezeki tu).

Friday, April 25, 2008

Wah Seong- WA

Petang ni baru aku buat decision. Aku buy waseong-wa kt RM0.48. Nak beli share dia aku tak mampu so aku beli warrant dia. Lagi tarikh expired warrant ni lambat gi, tahun 2013. Memandangkan mother share nya berada di up trend chanel, maka aku beli la. Kalau bleh mencecah 60-80sen, itu dikira untung besar jugak.

Walau bagaimanapun, aku berdoa akan market minggu depan tak dilanda sebarang masalah especially Dow Jones. Bila melabur di share market maka risikonya tinggi dan pulangannya berbaloi jika kena pada masanya. Siapa bisa 'sakit' masa main share, angkat tangan hehehehe.....
Kata orang sekali kena, dua kali ingat. Maka melaburla ngan bijak.

Mari Mengumpul





Arini dah Jumaat. Masa berrlalu begitu pantas (mungkin salah satu tanda akhir zaman tu). Kat atas tu sebenarnya sebahagian collectibles yg aku kumpul kebelakangan ni. Mungkin juga hobi aku dan mungkin jugak sebagai pelaburan. Masa zaman belajar dulu, aku giler ngan komik dan setem. Komik asalnya aku tak minat tp bila melepak di bilik kawan, komik dia bersepah2. Kata org tak kenal maka tak cinta. Bila sekali dua membaca lama2 menjadi ketagih, pastu mulalah berjinak2 membelinya. Nick Kebencian_Maharaja (rasanya dah sepuluh tahun guna) ni salah satu tanda obsesnya aku pada komik masa tu. Sekarang ni, koleksi komik aku tinggal kenangan dalam kotak keh..keh.

Masa tu jugak, aku giler kumpul setem. Asal ada first day, aku antara yang awal beratur di pejabat pos. Antara koleksi aku yg masih banggakan ialah koleksi setem Formula 1 sempena perlumbaan sulung di Sepang. Selain setem, syiling pun aku kumpul jugak. Setem ngan komik rasanya mencecah ribuan RM jugak duit aku abis. Tapi 4-5 tahun lepas, minat tu mula pudar. Koleksi yang ada mula kena lelong bila aku takde duit he..he..he.

Setahun dua ni aku mula plak mengumpul collectibles cam kat atas tu. Ada yg aku beli terus, purchase with purchase, free gift etc. Walaupun tak banyak tp usaha ke arah menambahkannya tetap ada. Yang penting sekarang, ongkosnya pak. Sesetengah orang ketawa & menganggap hobi ni cam bebudak tp mungkin kita patut baca artikel berkaitan ngannya. Di negara2 maju, hobi begini boleh mendatangkan pulangan yg lumayan berdasarkan permintaan, keterbatasan tawaran, authentisiti etc. Di laman urusniaga dalam talian seperti E-Bay, perniagaan barangan seperti ni mencecah jutaan Dollar setiap tahun. Di Malaysia pun ada peniaga yg berniaga secara freelance di internet utk barangan seperti ini dgn pendapatan empat angka sebulan.

Aku sekadar berkongsi minat je. Tentang peluang aku reserved kan ia di situ. Mungkin aku akan hepi kalau ada kwn2 yg sedia nak kongsi minat ni bersama. Kalau ada kekangan modal tu, pelan2 la kayuh. Bila kita ada hobi, kurang2 hidup takla boring sgt dan bantal takla jadi mangsa selalu (tido itu best tp bila dah berumur ni kurang2 kan lah tido tu. Takut tido tak sempat nak bangun plak). Kalau rasa hobi ni tak best, anda blehla fikir perkara lain cam kumpul aluminium can & botol ke (bleh jual), tanam bunga ke, bela ikan ke, ternak cacing ke (Man, dah jumpa ke Dr. Cacing tu?) atau ape saja yg berfaedah. Jangan belajar tanam pokok Poppy or tanam ketum dah le.

Hapi weekend & semoga kita bahagia keh..keh.

Thursday, April 24, 2008

Oil & Gas Counters


Assalamualaikum semua. Semalam aku cuti terkejut (EL) sebb kesihatan tak memuaskan. Fokus aku arini tentang pemilihan kaunter yang sesuai utk pembelian bulan ni. Aku tgh mensasarkan kaunter oli & gas (O&G) berikutan kenaikan memberangsangkan kaunter2 tersebut minggu ini. Kebanyakan brokaerage firm meletakkan sasaran BUY untuk semua kaunter2 ni ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia ketika ni. Harga minyak hari ni diniagakan pada paras US$117.96 setong (minyak petroleum ye, bukan minyak angin).

Penganalisis berpendapat permintaan minyak Asia akan terus menyokong permintaan minyak dunia serta usaha2 projek penapisan dipertingkatkan. Kaunter2 O&G yang telah mengalami penurunan antara 60-30% ekoran krisis ketidaktentuan pasaran serta kestabilan plotik selepas pilihanraya ke-12 telah mula menampakkan peningkatan sejak penghujung bulan Mac lepas. Kalau sesapa beli pas pilihanraya (antara pertengahan bulan Mac) mungkin sekarang dah boleh goyang kaki sebb dh untung (at least kurang2 pun 30-40%).

Kaunter seperti Kencana, SapuraCrest, Perisai, Petra, Coastal, Maybulk, OilCorp dan seumpamanya sedang bergerak ke arah harga2 yang penah dicapai sebelum ni. Dalam portfolio aku sekarang ada BorneoOil (jumlahnya sikit je) dan pergerakan harganya agak perlahan tp aku mensasarkan jangka sederhana kerana ia pernah mencecah RM1.53 (Julai 07).

Memandangkan kebanyakan kaunter O&G dah melepasi seringgit lebih, aku target nak beli JAKS, syarikat pembinaan paip & pembentungan. Anda tengok graf di atas, harganya dah nak berada dilengkuk menaik dan volume juga meningkat. Tu tanda2 harga sesuatu kaunter nak mengalami BULL. Isnin depan, Jaks akan mengadakan AGM nya dan salah satu agendanya meningkatkan jumlah modal syarikat. Harga sekarang bermain di sekitar 80 sen dan harga tertinggi penah dicapai RM1.51 pada November lepas. Tunggula petang ni camna sebab kadang2 ilham last minute selalu menggangu perkiraan aku.
perkiraan hari ni: Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguh perancangan Allah lebih tepat.

Tuesday, April 22, 2008

Reds vs Blues


Separuh akhir Liga Juara-Juara (CL) ke-3 antara dua pasukan dalam tempoh 4 tahun dan perlawanan ke-4 utk musim ni. Dua pertemuan liga sebelum ni, berkesudahan seri dan perlawanan suku akhir Piala Carling memihak kepada Chelsea. Dua separuh akhir sebelum ni memihak kepada Liverpool termasuk jaringan kontroversi Luis Garcia tahun 2005 yang melayakkan The Reds ke final.

Rekod semasa kedua-dua pasukan dalam CL agak konsisten dgn The Reds tidak penah kalah dalam 7 perlawanan terakhirnya serta menang 4 perlawanan terakhir di laman sendiri. Manakala, the Blues hanya kalah sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka iaitu dikalahkan Liverpool dalam separuh akhir musim lalu.

Micheal Essien digantung 1 perlawanan utk game mlm ni. Manakala Gerrard, Carragher & Aurelio akan digantung jika memperolehi kad kuning mlm ni. Gerrard disahkan pulih sepenuhnya dr kecederaan leher minggu lalu. Manakala Lampard akan diturunkan setelah terlepas 2 perlawanan sebelum ni kerana ibunya yang diserang pneumonia.

Perlawanan ni juga lebih terarah kepada masa depan 2 pengurus, Benitez & Grant. Krisis dalaman antara pemilik Liverpool (Hicks & Gillet serta melibatkan Parry) yang berterusan boleh memberi kesan pretasi pemain serta kepada sokongan peminat di Anfield malam ni. Manakala krisis keyakinan pemilik Chelsea, Roman Abramovich terhadap pengendalian Grant serta desas-desus bahawa dia akan disingkir penghujung musim ni boleh mengganggu persedian Chelsea mlm ni.

Prediction:

Jack Kolo: Liverpool 1 Chelsea 0

Mr. Jazz: Liverpool 1 Chelsea 3 (hehehehe...)

Monday, April 21, 2008

IbuBapa, Rumah Tumpangan & Demam

Cam pelik je entry arini kan. Ada 3 topik nak dibincangkan oleh aku. Firstly berkaitan topik yang aku bincangkan ngan Anaiz, pemilik blog A Thought of Mine, berkenaan kebajikan utk kedua ibubapa kita sama ada yg masih bersama kita atau yang telah kembali kepada Allah s.w.t. Kdg2 bila mereka masih ada, kita tak peduli sangat. Cuma kalau kita senang sikit, kita hulurkan je RM bulan2. Lain2 tu, kita bantula apa yg patut. Tapi cukupkah ngan semua tu?

Sebenarnya, banyak lagi kebajikan yang boleh kita buat utk ibubapa @ arwah ibubapa kita. Anaiz cakap banyakkan sedekah/wakaf/infak utk mereka. Perkara ni banyak yang kita tak buat sebab kita sendiri nak berbuat demikian untuk diri sendiri pun berat (atau kita selalu lupa). Sama ada mereka masih ada atau telah pergi, perkara ni kita boleh jdkan amalan buat kita dan ahli keluarga yg lain. Kadang2 kita bleh spend RM utk gi jalan2 makan angin atau gi shopping, tak leh ke kita spend duit kita untuk tujuan tu. Kalau kecik2 dulu, mak ayah sanggup susah payah nak besarkan kita, takkan bila dh besar kita lupa. Niatkan sedekah @ wakaf yang kita buat utk mereka, insyaallah.

Selain bersedekah/ berwakaf tu, yang jgn dilupa ialah berdoa utk dua ibubapa. Amalan ni tak payah kuar duit tp payah kita nak buat (atau kita selalu lupa). Aku ambik sikit dr Hadis Baginda s.a.w, "apabila telah meninggal anak Adam itu maka terputusla segala amal kebajikannya kecuali amal perbuatan yg dilakukan di dunia, harta-bendanya yg disumbangkan ke jalan Allah dan doa dr anak-anak yang soleh". Aku rasa kita yg berpelajaran ni faham maksud hadis ni. Maka kalau faham, sendiri2 mau ingatla.

Perkara kedua pasal umah tumpangan. Bunyi cam Umah Tumpangan Ah-Lok ja keh..keh. Sebenarnya idea umah tumpangan (bleh sesapa kasi ayat yg lebih sopan ke) bukannya umah tumpangan yg disewakan utk buat 'pojek' tu tp homestayla kot lebih sesuai. Mencari, membeli dan merenovated umah pastu disewakan seperti umah tumpangan. Pemilihan kawasan penting supaya ada permintaan (kawasan tourism spot, student area etc.). Caj penginapan & kemudahan yg disediakan berpatutan dan memuaskan. Fokus market untuk percutian secara family. Idea ni dah ada org buat cuma aku plak nak try tapi bila tu bergantung pada power of capital. Ni pun pelaburan gak kawan-kawan.

Seterusnya aku nak bagitau, aku demam keh..keh (bukan nak minta simpati sesapa). Tapi nak kongsi pengajaran bahawa bila sakit banyak perkara yg kita buat tak rasa nikmatnya. Nikmat makan, rasa gembira, nak bersantai-santai rasanya dah tak leh dinikmati sepenuhnya bila kita sakit. Makanan yang paling kita suka pun jd tak berapa sedap bila kita sakit. So, hargai nikmat sihat yang Allah beri. Tu baru diuji ngan demam, bayangkan saudara2 kita yg diuji ngan penyakit2 lain seperti diabetes, sakit jantung, strok, pneumonia, denggi etc (minta dijauhkanla). Pesan guru aku, setiap penyakit, insyaallah ada ubatnya kecuali maut.

Friday, April 18, 2008

Beras oh Beras...

Sejak 2 minggu lalu, harga beras dah mula naik. Pengguna2 prihatin dah mula merungut2 sbb yang naik bukan saja harga beras tp juga barang keperluan lain. Tak kurang jugak segelintir pengguna yang masih tak kisah ngan kenaikan harga barang, janji kata mereka masih boleh beli wpun harga naik mendadak (ni minda segelintir org melayu yang yang selalu melaungkan diri mereka bangsa yang merdeka). Kat sini aku hanya nak ulas pasai kenaikan harga beras je sebab kalau ulas semua panjang ceritanya.

Kenaikan harga beras dunia bergantung kepada mekanisme penawaran & permintaan. Kenaikan dalam permintaan dunia serta sekatan atau pengurangan eksport oleh pengeluar beras utama seperti Vietnam & India membawa kepada kenaikan harga komoditi ini.

Di Malaysia, krisis harga beras ini aku lihat disebabkan beberapa perkara. Pertama, disebabkan kebergantungan terhadap beras import. Kerajaan melalui BERNAS (dulunya LPN) yang mempunyai AP tunggal dalam mengimport beras melihat aktiviti pengimport beras di era perdagangan bebas (AFTA) lebih menguntungkan dari pengeluaran domestik. Bayangkan kalau kita boleh membeli lebih murah dr Thailand, India dan Negara-negara lain, tentunya kita akan memilih untuk berbuat demikian. So apabila kerajaan melihat perdagangan beras sebagai perniagaan yg menguntungkan maka kita terpaksala terima hakikat bila berniaga ada risikonya. Risikonya, apa yang rakyat terima sekarang, harga beras naik bila permintaannya naik dan penawaran dikurangkan.

Keduanya, kerajaan sekian lama telah mengabaikan pengeluaran beras domestik. Hari ini, jika kita memandu dari Perak hingga ke utara Kedah, kita dapat melihat kawasan penanaman padi yang telah hilang dari pandangan atau mengurang keluasannya berbanding zaman saya kecik2 dulu. Dalam ekonomi kapitalis, jika sesuatu barang dpt diperolehi lebih murah dgn mengimport maka sumber modalnya boleh diguna untuk tujuan lain. Hari ni, tanah2 sawah banyak yg telah dikambus untuk tujuan pembangunan (buat rumah, kilang etc.). Kita bukan anti establishment tp kita ingin pembangunan yg tidak menyusahkan.

Ketiga, kerajaan juga melihat pengeluaran padi Malaysia sebagai membebankan serta tidak ekonomik. Bayangkan saban tahun, kerajaan terpaksa mengeluarkan subsidi yang tinggi kepada pesawah sedangkan pulangannya tidaklah ekonomik. Jika kita hendak bersaing dengan petani2 dari Thailand, Vietnam, India rasanya kita terkebelakang dari segi kos dan kualiti output. Beras mereka dihasilkan dalam kuantiti yang banyak dan kualiti yang baik pada harga yang kompetatif. Jadi kerajaan memikirkan adalah lebih baik, tanah sawah yang ada digunakan untuk tujuan ekonomi yang lain.

Tapi awas! Jika kerajaan terlalu bisnes minded dalam menguruskan negara, inilah akibatnya. Dalam mentadbir negara, perkara-perkara yang menjadi keperluan utama rakyat kita tidak boleh jadikan bahan niaga. Air, elektrik, bahan makan utama seperti beras tidak wajar diniagakan apatah lagi jika perniagaan itu membebankan rakyat serta memperkayakan segelintir kapitalis atau golongan yang dekat dengan pemerintah.

Jika kita tidak ingin krisis makanan ni makin meruncing di masa depan maka usaha memulihkan industri penanaman padi perlu dilakukan. Jangan biarkan tanah-tanah sawah terus dikambus untuk membina umah dsb. Kemahiran, system, kualiti output dari negara-negara pengeluar utama beras tu perlu kita ciplak sebaik mungkin. Insentif2 yang baik kepada pesawah untuk meransang minat mereka untuk meningkatkan kualiti dan hasil perlu difikirkan. Nak seribu cara, tak nak seribu dalih.

Jika kita tak mencari jalan mengatasi masalah ni maka tidak mustahil apa yang diucapkan sesetengah orang tua kampong selalu bahawa jika kita pilih kerajaan selain kerajaan sekarang maka mungkin bleh jadi susah dan bleh jadi macam zaman Jepun, takde beras nak makan. Hakikat tu bleh terjadi tanpa perlu tukar kerajaan kerana jika kerajaan yang ada terus mentadbir negara seumpama sebuah perniagaan yang hanya menguntungkan segelintir golongan sahaja.

Fikir-fikirkan lah kawan sebab jika kita masih boleh mebeli beras untuk anak2 kita, bagaimana dengan orang lain yang pendapatan bulanannya di bawah RM300-400 sebulan dgn tanggungan 6-7 orang? Setiap malam, anda di meja makan bersama keluarga menikmati hidangan, ingatkan juga ada ibu bapa yang terpaksa memujuk anak-anak untuk tido dalam kelaparan.

perkiraan hari ini: Manusia selain ada tanggungjawab terhadap Tuhannya, dia juga ada tanggungjawab sesama manusia yang lain.

Thursday, April 17, 2008

Membeli Rumah Sebagai Pelaburan

Semalam aku tgh review balik perancangan tahun ni. Umah aku sekarang ada peluang untuk disewa pada kadar mortgage yang aku tanggung ngan bank sekarang. At least bg aku sedikit peluang untuk bergerak ke arah umah kedua. Semuanya bukan sebab tamak tp sebagai pelaburan kerana property juga satu invest yang baik jika kena pada tempatnya.

Persoalannya sekarang ialah pemilihan kawasan. Faktor ni penting untuk menjamin property tu akan sentiasa menjadi pilihan masa kini/hadapan. Faktor muka bumi/geografi & sosial-ekonomi (keselamatan, kemudahan, kejiranan, komposisi kaum etc.) antara faktor yg mempengaruhi nilai sesuatu hartanah. So, semuanya perlu diteliti ngan baik sebelum membuat keputusan. Apatah lagi jika hartanah tersebut bernilai ratusan ribu RM. Tentu nyesal kalau silap membuat percaturan.

Bila bercakap pasai pembelian perumahan plak, kita patut bersedia ngan wangnya. Wang utk bayaran deposit semasa membooking , bayaran pendahuluan 10% (anda boleh membuat pinjaman sehingga 100% tp kenala bersedia utk installment bulanan yg mungkin agak tinggi), bayaran guaman wpun selalu diiklan S&P percuma (tp tu iklan pemanis mulut je) dan juga belanja2 sebelum anda masuk umah (duit meter air, elektrik, kelengkapan2 asas dan juga jika anda nak buat pengubahsuaian).

Anyway, jika anda merancang untuk membeli umah, merancangla ngan baik. Tp jgn takut, Insyaallah pembelian hartanah selalunya tidak merugikan. Kebanyakan hartanah meningkat nilainya dr masa ke semasa (wpun terdpt kes, keadaan berlaku sebaliknya). Tidak seperti anda membeli kenderaan, nilainya menyusut dari tahun ke tahun. Bayangkan jika di usia persaraan, anda telah memilik 2 buah umah. 1 utk diduduki dan 1 utk disewa. Sewaan tersebut boleh menjadi value added kepada persaraan anda (anda ada extra income pada masa tu hehe...).

Wednesday, April 16, 2008

Hari-hari yang ketandusan...

Dalam menempuhi hari-hari kehidupan, manusia kadang2 dilanda kebuntuan/kegersangan idea @ buah fikiran. Menyebabkan manusia hilang bunga-bunga penciptaan @ pergerakan minda. Beberapa harinya aku mengalaminya. Buntu, kelabu untuk mengutarakan sesuatu yang boleh dibincangkan bersama.

Sebenarnya, 2 malam yang lepas ada idea yang datang untuk membantu sesama manusia (dengan kadar yang mampu). Kadang-kala terfikir mengapakah kita tidak boleh spend RM1 sehari untuk menolong orang lain yang memerlukan. RM1 bukanlah besar sangat sebab segelas milo air mungkin lebih mahai dari nilai itu. RM1 sehari @ RM30 sebulan mungkin tak banyak tapi bleh disumbangkan pada fakir miskin ke, pelajar2 susah ke, anak yatim ke, org tua2 ke etc.

Banyak lagi cara yang boleh kita fikir untuk membantu sesama manusia. Kdg2 cuba kita fikirkan, naluri manusia sebenar mahukah dia berada dalam kesusahan? mahukah dia meminta2? Sebenarnya zakat, sedekah, derma dan seumpamanya ni jalan menyuburkan harta benda kita. Kalau tak percaya, cubala tapi biarla ikhlas mendapat keredhaan Allah bukan untuk menunjuk2. InsyaAllah....bermulala dari sekarang.

Monday, April 14, 2008

Inilah Abg Mat

Ini bukanlah Tokei nasi kandar Subaidah tapi inilah Abg Mat aka Mohmad Syahir Shahabuddin. Kalau sesapa berkenan blehla hubungi saya utk keterangan lanjut.
Abg Mat jgn marah ye sebab ini saja nak bg promosi percuma ja.........

Cuba Teka!

Kayu apa kah ini? Cuba teka!
Sebenarnya inilah Eurycoma longifolia Jack aka Tongkat Ali. Kayu ni Syahir (Abg Mat) yang bagi suruh kongsi ngan kawan2. Dengar kata dia dah try tp musykil gak sebab dia try kat mana? (Man, minta laporan keh..keh).
Bila sebut benda ni kita selalu orang akan selalu ingat meningkat tenaga batin ja..Tapi sebenarnya patut lebih positif kan sebab selain dpt meningkat testosterone, tongkat ni juga dipercayai dapat melawan sel barah payu dara & barah paru-paru. So nampaknya tak semestinya ia dikursuskan kepada lelaki je kan.
Kepada Abg Mat, thank u la sebab sudi sedekah sorang sikit. Disebabkan keras maka kelmarin terpaksala aku gergaji keh..keh.. Kalau ada lagi lepas ni blehla bagi ye...Nanti2 kalau banyak bleh la kita pakat buat tiang katil. Senang nak gigit keh..keh

Saturday, April 12, 2008

Apa ushar2!


Cam besa tengok je budak ni tapi di mana ye? Gambar ni disiarkan atas dasar suka2 je bukan sebab nak cari budak ilang. Harap maklum!

PC Fair 2008


Ia datang lagi. Kepada yang nak mencari gadget computer etc. blehlah mengunjungi tempat2 berikut:

Date: 11 - 13 April 2008


Time: 11:00 am - 9:00 pm

Venue:
1) KL Convention Centre, Kuala LumpurKuala Lumpur City Centre, 50888 Kuala Lumpur
2) Stadium Indera Mulia, Ipoh, PerakJalan Stadium Perak, 31400 Ipoh
3) Berjaya Megamall, Kuantan, PahangJalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan
5) Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, JohorJalan Arab, 84000 Muar

Friday, April 11, 2008

Tabiat Mudah Menabung/Berjimat Part I

1. Berhenti merokok
“Saya berhenti merokok sejak pengumuman harga baru rokok. Saya berjaya menjimatkan RM20 seminggu.” --Mohammed, Pengawal Kredit. Umur: 28
#Usia lebih panjang dan dapat menjimatkan RM1,040 setahun!


2. Membawa bekalan ke tempat kerja
“Biasanya saya bawa bekalan makan tengah hari ke tempat kerja tiga kali seminggu. Saya dapat berjimat kira-kira RM30 seminggu.”--Soh Guat Ha, Akauntan. Umur: 36
#Bawa bekalan makan tengah hari dari rumah dan anda boleh menyimpan RM1,560 di bank tahun depan!


3. Cuci kereta sendiri
“Mengapa hantar kereta untuk dicuci jika anda ada masa untuk melakukannya sendiri pada hujung minggu? Pengusaha tempat cuci kereta mengenakan bayaran RM9 sekali cuci – ini bermakna anda boleh menjimatkan RM36 sebulan dengan mencuci sendiri kereta anda. Kerja mencuci itu pun satu riadah juga dan untuk senaman yang lebih baik lagi, cubalah kilatkan sendiri kereta.” --Khairi, Eksekutif Pembangunan Perniagaan. Umur: 26
#Mencuci dan mengilatkan sendiri kereta anda membolehkan anda menabung RM1,872 setahun yang lama kelamaan menjadi lebih banyak.


4. Beriadah di rumah
“Saya telah membatalkan keahlian saya di sebuah kelab kesihatan. Saya jarang pergi ke sana untuk beriadah. Saya sudah mula bersenam di rumah. Sebagai sebahagian daripada kegiatan riadah, saya berjalan di sekitar kawasan perumahan saya selama 30 minit sehari. Jumlah yang dapat dijimatkan? RM180 sebulan.”--Mahinder Kaur, Juruteknik IT. Umur: 25
#RM180 sebulan selama 12 bulan – akaun simpanan anda bertambah kukuh dalam masa setahun. Anda akan ada RM2,160 dalam akaun itu.


5. Bayar bil kad kredit pada masanya
“Sentiasa bayar kad kredit anda pada masanya untuk mengelakkan membayar denda RM5 kerana pembayaran lewat. Kalau boleh, selesaikan baki kad kredit secepat mungkin untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.”--Ahmad Kamal, Pengatur cara. Umur: 23
#Siapa cepat dia dapat. Membayar bil pada masanya dapat menjimatkan RM60 setahun.


perkiraan hari ini: rajin2 la berjimat sekarang sebab harga barang makin naik....

Syahir..Oh Syahir.....

Aku harap ko xmarah bila aku masukkan entry ni. Sebenonya aku kesian sangat kat ko. Pas hampir 6 bulan terperap kat umah lepas kena langgar keta (patah kaki), awek plak angkat kaki (bukan jatuh ditimpa tangga tp dihempap sekali ngan dinding umah keh..keh..). Macam ni la idup manusia, kdg2 diuji ngan keseronokan, kemewahan dan kdg2 diuji ngan masalah, musibah dsbnya. Kepada ko, byk2 la bersabar sebab Allah itu bersifat Maha Pengasih & Maha Penyayang.
Aku tau ko nak kawen sesangat tp nak buat camna jodoh belum sampai lagi..sabo..sabo. Kalau sesapa yg visit blog aku n rasa kesepian lagi & nak berkenalan ngan abg Syahir ni blehla pelan2 kontek dia kt talian 012-458 4204. Syahir, aku bagi ko promosi percuma kt blog aku. Tak yah bayar keh..keh..
Anyway, arini dah Jumaat dan tomorrow dah cuti. Masa berlalu ngan pantas tanpa menoleh ke belakang lagi cuma manusia je yang kerap tertinggal dan alpa. Pergerakan masa tanpa pencapaian atau perubahan, pada aku satu kegagalan. Aku berharap target aku tahun ni akan tercapai keh..keh (time is running out! tinggai kurang 8 bulan gi).

Thursday, April 10, 2008

EL NINO REFLECTS ON HIS BEST EVER NIGHT

Fernando Torres has described the euphoric Champions League victory over Arsenal as "the biggest night of his career" so far. El Nino took his tally to 29 goals for the season with another memorable strike at the Kop end and he said it was a fantastic occasion to be involved in. "It was the biggest night of my career and I came to Liverpool for nights like this," said Torres. "It is unbelievable - the high tempo of both teams, the fans, everything. "It was special for all of us because of the work that we put in. To score four goals against a very good side is a good achievement for us and we are all very proud. "It was a great game for Liverpool and for Arsenal but the most important thing for us is that we are now in the semi-finals."

Torres also revealed that he thought the match was over when Emmanuel Adebayor made it 2-2 on the night. "Yes, I thought it was finished," he said. "There were only a few minutes left but with the magic of Anfield the players were able to score two more goals. "Liverpool is special. It is a special team, with special fans and a special city and today I am very happy to live in this city and to play for this club." Next up for the Reds in Europe is Chelsea in what will be the third semi-final in four years between the two sides. It is also the team that El Nino scored his first goal for the Reds against back in August. "We know that Chelsea are also a very good team but we will see if we can make it to the final," added Torres. "The English teams are the strongest at the moment so we know it will be difficult. "We now have two games against Chelsea and our target is to finish in the top four in the Premiership and to win the Champions League."

Katakan Tak Nak Episod I

Kerajaan Malaysia bercadang nak letak gambo-gambo penyakit/implikasi yang disebabkan rokok di kotak rokok utk dilihat oleh perokok. Inisiatif ni dah dibuat oleh beberapa negara lain khususnya negara maju dalam usaha nak kurangkan bilangan perokok. Sebagai perokok tegar, aku menyokong langkah ni dengan harapan sedikit masa lagi aku juga adalah bebas rokok.

Bermula dengan suka-suka dan ikut-ikut kawan, aku dah hampir 15 tahun berdampingan dengan rokok. Dari Perillys's, Salem, KENT, Dunhill yang kawan2 suka hulurkan, berterusan ngan kretek2 Indon yang ambik masa nak abis, kemudian ngan rokok2 murah sbb dah pokai dan sekarang ngan jenama2 seperti Pall Mall, Winston dan mana sempat ngan duit yang ada. Geng2 perokok sekolah dulu dah lama tak jumpa (Pak Lan, Khusairi, Palani, Zul dll) mana korang sekarang?

Kalau ikutkan logik, merokok memang takda pekdah pun selain dr membazir RM dan merugikan kesihatan. Rasanya dah beribu2 RM aku terbakar sejak merokok dan body aku pun makin lama dah jadi cam keta buruk ja.

Wednesday, April 9, 2008

Dah 2 minggu........


2 minggu maksudnya bukan ngandung 2minggu tp share market malaysia yg terus kelesuan tanpa sebarang indicator yg baik utk merangsang pelabur. Ramai investor yg duduk side line sambil menunggu petunjuk baru. Volume pasaran agak rendah ngan dana luar juga ada yg dah angkat kaki.


penyebab utama kelembapan ni ialah pergolakan yg masih belum reda dalam komponen utama parti pemerintah, UMNO. kedudukan PM yg kelihatan agak goyah ngan serangan2 bertali arus terhadap prestasi kepimpinan beliau dan prestasi buruk BN dalam GE-12 dilihat akan berterus sehingga pemilihan agong UMNO hujung tahun ni.


kepada pelabur2 runcit mungkin ini masanya berkira2 untuk meningkatkan pegangan terhadap kaunter2 yg berpotensi utk melonjak apabila krisis ini reda nanti (tapi masih terpulang pd keberanian masing2 hehehe...).


The Scouser-4 Gunner-2


Great night for Mersey supporter yg berdebar2 nak tunggu tiupan wisel penamat. At last, our team ke semi sekali lagi. Hopefully this season the reds akan ke Moscow utk final yg ke-3 dalm tempoh 4thn.
UCL our last chance utk angkat cup thn ni. So beware the next team to meet us. Mersey will roaring again!

Kepada ana, saya dah kembali ngan blog saya yg tak seberapa ni. Maklumla kelabu IT hehehe.......Pada tipahvogue plak, KM pun nak join tipah gak keh..keh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin