Thursday, August 28, 2008

Bajet 2009, anda mahu apa?

Latest Development: Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj tambahan sebanyak 30% semasa hari raya ni ni. Menteri yg berkenaan juga memberi hint bahawa tambang bas akan naik pas hari raya hehehe....kesian sesapa yg balik raya naik bas kan..kan. KM balik naik beskal je..

Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pun dah selesai, keputusan pun dah tahu & ketika ini Anwar Ibrahim dah pun selesai mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen yg baru ( camna Saiful, Anwar dah bersumpah tu hehehe...). Selepas pilihanraya, pastu Parlimen & sekarang rakyat menunggu sasaran Anwar ke Putrajaya plak (3P's).

Di Malaysia jika berlaku perubahan kerajaan, rakyat kebanyakannya akan terkejut beruk. Tidak seperti di sesetangah negara lain khususnya negara maju seperti Amerika. Australia, Britain & Jerman. Kerajaan datang & pergi bergantung kepada penerimaan & kepuassan hati rakyat. Jika rakyat tak suka, u can go out. Di Malaysia, mungkin pelik sikit sebab selama lebih 50 tahun BN memerintah, rakyat disogokkan ngan bidaah yg menyatakan hanya BN je boleh memerintah. Namun perubahan persepsi itu mula bermula apabila orang melihat kelangsungan pemerintahan Kerajaan Pas sejak 1990. Akhirnya dalam PRU ke-12 lalu sebahagian dari rakyat di beberapa buah negeri mengambil keputusan menukar kerajaan yg ada. Sebahagian rakyat akan sekali lagi terkejut beruk jika apa yg Anwar Ibrahim rancangkan menjadi kenyataan.

Kita tinggalkan dulu kisah perubahan kuasa. Esok jika tiada aral melintang, kerajaan sedia ada akan mengumumkan perbentangan Belanjawan 2009. Semua rakyat tertunggu apakah faedah yg boleh kita dapat dalam situasi begini? Apapun kita tunggu selepas jumaat esok.

Ahad ni plak kita akan mengambut Kemerdekaan ke-51. Namun atas sebab/masalah yg berlaku kita jangkakan ulangtahun kemerdekaan tahun pasti kurang kemeriahan. Kebetulan, merdeka tahun ni begitu hampir ngan bulan puasa.

Apapun bersedialah ngan sebarang kemungkinan & jadilah rakyat yg prihatin.

* Ape harapan anda dari pembentangan Bajet esok? Nak bonus? Cukai turun? Duti rokok naik?

Tuesday, August 26, 2008

The Return of Anwar Ibrahim

Laporan terkini & rasmi dari Institut Perguruan Tunku Bainun melaporkan bahawa Dato' Seri Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh ngan majoriti lebih 15,000.

Nyatalah selepas tempoh 10 tahun, beliau akan kembali ke Parlimen. Apakah beliau akan menjejaki Putrajaya seperti yg dirancang? Bagaimana ngan nasib kerajaan Be End pasni? Tunggu perkembangannya dalam masa terdekat.

KM melaporkan dari Puduraya- 10.39 p.m. Bye-bye.

Siapa MP baru Permatang Pauh?


Selepas 10 hari berkempen ngan pelbagai cara, taktik, & hebah maka tibalah masanya 58,459 orang pengundi (walaupun ada sebahagian kecil nama pengundi telah dicicirkan) di Permatang Pauh keluar membuat keputusan bagi menentukan siapa wakil rakyat baru di Parlimen. Pilihanraya kecil P44 yg menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia & negara luar dijangka akan boleh mengubah senario politik Malaysia dalam masa terdekat ini. Keputusan pengundi dijangka diketahui awal malam ini.
Jika anda diberi peluang mengundi di Permatang Pauh, siapa pilihan anda? Jawapla kalau berani...hehehehe...
* KM akan berkeliaran di KL & Putrajaya arini, takda sesapa berhajat nak belanja makan ke? Gaji dah masuk ni hehehe....

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh Nan Permai Part II

Kempen piliharaya kecil Permatang Pauh P44 tinggal lebih kurang 12 jam sahaja lagi. Esok pengundi di kawasan tersebut akan membuat keputusan sama ada membenarkan Anwar Ibrahim terus mengorak langkah ke Putrajaya atau menerima semula BN yg hampir2 dipinggirkan dalam PRU ke-12 yang lalu.

Salah satu perkara menarik yg KM ingin berkongsi ialah Kerajaan Pulau Pinang mengistiharkan esok, 26 Ogos 2008 (hari pengundian) sebagai cuti umum bagi seluruh Pulau Pinang. Selalu sesetengah kerajaan negeri bagi cuti sebab menang bola, pertabalan sultan dsb. Namun, KM Pulau Pinang declare cuti sebab nak bagi peluang kepada pengundi benar-benar dapat menunaikan tanggungjawab mereka.

Ada logiknya diumumkan cuti pada hari tersebut kerana walaupun satu kawasan pilihanraya kecil saja tapi impak & keputusannya adalah penting bagi masa depan politik & pemerintahan negara ini. Mengundi di hari kerja memang menyulitkan bagi kebanyakan orang terutama dari aspek peruntukan masa, jarak tempat bekerja serta kebenaran majikan. Walaupun terdapat peruntukan undang2 yg membenarkan pekerja keluar mengundi tapi kebiasaannya ada di kalangan majikan tidak mahu mematuhinya.

Tindakan pengundi bekerja yg datang lewat mengundi atau tidak datang langsung membuka ruang2 penipuan khusus di pihak yg terdesak. Peluang ini mungkin akan diambil oleh golongan ini untuk menghantar 'pengundi duplicated' untuk kuar ngundi lebih awal. Kerana saya dimaklumkan bahawa sehingga entry ini ditulis, petugas2 agak keliru kerana telah mendapat 3 set daftar pengundi yg berbeza2. Mana satu nak pakai pun tak tau.

Maka KM menyifatkan pilihanraya P44 ini akan menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah. Salah guna media, serangan peribadi, sumpah bersumpah, sebaran fitnah yg berleluasa, rasuah terhadap pengundi & seribu satu macam tindakan telah berlaku di sana. Kelihatan ada satu pihak yg beriya2 & bertungkus lumus untuk mempertahankan kuasa mereka. Bimbang jika kuasa ini hilang maka berkemungkinan segala kebobrokan yg dilakukan selama ini akan pecah.
Minyak pun dah diturunkan walaupun nisbah yg kecil tp tetap dilakukan demi kepentingan politik. Imam Ramlang Porigi juga dah mendedahkan tindakan dia berada behampiran Saiful ketika budak tu bersumpah.

Mungkin akan ada lagi kejutan last minute. Tungggu...................Kepada SPR, KM nak tanya kenapa tidak dibuat pengundian pada hujung minggu? Sama ada sengaja pilih tarikh tu atau ada muslihat tersebunyi. hanya Johari sahaja yang mengenal Maniam, kan..kan (betul ke perpatah ni?)

Friday, August 22, 2008

KM ni pemalu ke penakut??

Semalam ada seorang teman blogger bertanya KM, kenapa sejak April lalu start berblog, sampai sekarang pun tak pernah nampak muka? Dia tanya lagi, KM ni pemalu ke penakut? Macam2 lagi yg KM kena terjah hehehe...

Sebenarnya begini, bukan KM takut nak menunjukkan diri di alam blog ni. Tapi mungkin masanya belum sampai. Lagipun KM berpegang pd prinsip superhero yg tidak menunjukkan wajah sebenar mereka. Tak caya tengok Zorro, Power Ranger dsbnya. (keh..keh..gelak beso den ngan ayat ni).

Kepada kawan blogger ni, KM bagitau jangan bimbang. Sepandai2 KM melompat akhir KM akan menjelma jua menjadi orang depan ko, bleh gitu?

* Nanti KM buat 1 contest, Teka Yang Mana Satu KM....bleh kawan? hehehehe....Next week, Calculatorbuta mungkin tak dpt di-update beberapa ari kerana KM akan out-station selama 3 ari. Bila semua orang sibuk ngan persiapan merdeka, puasa, kenduri kawen, pilihanraya kecik, bujet 2009 maka KM pun nak buat sibuk juga hehehe....

Thursday, August 21, 2008

Masjidil Aqsa dibakar.....

Sebahagian Masjidil Al-Aqsa yang dibakar pada 21 Ogos 1969

Sebahagian kekejaman Zionist di Palestin


Antara penderitaan saudara kita di Palestin

Hari ini, 21 Ogos genaplah 39 tahun, Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam dibakar. Pada tahun 1969, seorang pelampau Yahudi biadap berketurunan Australia bernama Micheal Rohan yg menjadi kepercayaan Zionist telah bertindak nekad membakar masjid suci yg menjadi tempat Baginda s.a.w melakukan Mikraj di sini Allah.

Perbuatan biadap Yahudi itu telah merosakkan hampir 1,500 meter persegi bahagian sayap Selatan masjid itu & memusnahkan binaan yg dibuat oleh Pembebas Kota Suci Baitul Maqdis iaitu Salahuddin Al-Ayubbi. Regim Zionist yg merestui tindakan biadap itu melepaskan lelaki itu begitu sahaja tanpa tindakan yg sepatutnya. Tahun ini juga, umat Islam memperingati Nakba' ke-60 iaitu bersempena pencerobohan Zionist ke atas Palestin pada 1948.

Sebagai manusia yg mengaku orang Islam, kita masih bertanggungan secara kolektif di atas cengkaman Zionist terhadap kota Suci umat ke-3 itu selepas Makkah & Madinah. Mungkin ketika ini dari segi kekuatan fizikal, umat Islam masih lemah. Namun, sebagai orang Islam yg bertanggungjawab maka menjadi kewajiban ke atas kita untuk terus berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada umat Islam agar suatu hari akan ada kekuatan untuk membebaskan tanah suci umat Islam itu dari cengkaman & kezaliman Yahudi, Insyaallah.

* Selemah2 iman orang Islam, sekurang-kurangnya dia masih merasa benci/meluat/geram ngan kekejaman/kebiadapan bangsa Yahudi yang menguasai bumi umat Islam.

Wednesday, August 20, 2008

Tanda-tanda puasa @ hari raya nak menjelang tiba.....

Katakan anda seorang pendatang/musafir yg datang ke Malaysia. Camna anda nak tahu bulan posa/ musim raya dah nak tiba? Kat sini saya bagi beberapa petua untuk mengenalpasti keadaan ni, antaranya:

1) Makcik-makcik kita (org pompuanla tu) berlumba2 nak menggantikan posa tahun lepas. Last minute baru kelam kabut, kalau berlaku emergency camna?

2) Makcik-makcik kita juga berebut2 memilih kain baju, sure nak yg latest fashion punya utk dibuat baju raya. Mungkin time raya nanti bleh bertanding baju sape paling cantik kan..kan..kan. Tak caya, tanya akak2 kita, berapa pasang dah baju raya dah mereka tempah?

3) Kedai/pasaraya mula buat sale/promosi. Diskaun sana, diskaun sini, potong sana, potong sini.

4) Makcik-makcik juga mulalah mencongak2 mana yg patut ditukar. Kalau ikut hati semuanya nak ditukar. Tp suami jgn tukar ye.

5) Kalau kita gi kat tukang jahit, kebanyakannya dah mula menolak tempahan. Kalau nak kasi tempah juga bleh tp ngan syarat harga mau up sikit atau pas raya baru ambik.

6) Stesen2 tv pun mula mengajak org ramai join rakaman program ari raya mereka.

7) Surat2 khabar juga mulalah ajak pembaca2 di perantauan menghantar ucapan. Maklumla jauh.

8) Iklan/poster untuk peluang meniaga di pasar Ramadan mula bergantungan mencari sesiapa yg berminat.

8) Sampel-sampel kueh raya pun mula beredar mencari sape yg nak order kan.

9) Pertandingan tilawah pun bermula di Malaysia..

* Pendek kate, kebanyakannya akan melibatkan wanita. Mungkin wanita ni perancang Hari Raya yg baik atau mungkin anda punyai alasannya sendiri.

Tuesday, August 19, 2008

Permatang Pauh yang Indah Nan Permai

Beberapa hari KM meninggalkan Calculatorbuta atas sebab2 yg tak dapat dielakkan. Minggu ni, budak sekolah bercuti selama seminggu. Ramai yg membawa anak-anak makan angin, travel dalam & luar negara. Kepada yg berminat ngan politik negara, ramai dah berkampung di Penang khususnya di sekitar Permatang Pauh sama ada sebagai petugas parti atau pemerhati bebas. Suasananya sejak penamaan calon 16 Ogos lalu cukup hangat ngan kempen kedua-dua parti utama yg bertanding, PKR & BN. Calon AKIM plak dilihat cuba untuk memecah undi & peluang utk kehilangan deposit pertaruhan memang cerah. Dianggarkan lebih 30 ribu orang telah membanjiri sekitar Institut Perguruan Tunku Bainun pada hari penamaan tersebut.

Pemerhati politik menganggap pilihanraya ni sebagai 'Ibu Segala Pilihanraya Kecil'. Pilihanraya kecil ini dilihat lebih kepada pertembungan nasional. Ia mungkin menentukan masa depan karier & hasrat politik Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menguasai Putrajaya pada 16 September ini. Ia juga akan mengukur tahap penerimaan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan BN yg agak tercalar sejak Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu serta kerelevenan parti itu untuk terus menerajui negara ini.

Jika anda berada di sekitar Permatang Pauh waktu ni, ada akan menyaksikan kempen yg berlangsung bagaikan pesta. Pelbagai strategi digunakan oleh pihak yg bertanding. BN yg dilihat sebagai underdog dilihat menggunakan semua saluran media yg dikuasainya utk menyerang peribadi DSAI walaupun selalunya mereka melaung2kan bahawa jgn menyerang peribadi calon.

Walaubagaimanapun, seramai 58,459 orang pengundi berdaftar akan menentukan siapa yg layak mewakili mereka pada 26 Ogos 2008 ini. Namun begitu, terdapat faktor2 lain seperti penggunaan IC org lain utk mengundi, pengundi hantu, pemindahan lokasi pengundi, rasuah antara yg akan terus mewarnai pilihanraya di Malaysia ini. Jika dalam tv, anda melihat perlakuan liar & ganasnya penyokong PKR, apa kata kita melihat gambo penyokong BN plak.



Gambo ini dipetik daripada pemerhati bebas piliharaya malaysia (MAFREL)

* Menjelang hari pengundian 26/08/08 dijangka akan ada lagi kejutan last minute utk mempengaruhi hati pengundi. Salah satunya mungkin harga minyak akan diturunkan dalam tempoh terdekat ni atau mungkin lebih ramai akan mendakwa disodom hehehe..tunggguuuu

Friday, August 15, 2008

Le agradeceré a Ud

Berturut-turut dikasi oleh award oleh kekawan yg baik hati ni. Yang atas ni dikasi oleh Cheryna. Yang kat bawah plak dikasi oleh Cik Tipah. Bagi pihak diri sendiri saya ucapkan terima kasih kepada yg memberi (nasi takde ke?). Memandangkan masa yg terhad sekarang, saya hadiahkan award ni kepada rakan2 blogger budiman yg tersenarai di blog saya dengan ucapan ngan kehadiran Ramadan ni berpuasala ngan sebaik mungkin (tak (berbaloi tuang posa ngan memakan Magee) & hindari pembaziran. Terima kasih.

Wednesday, August 13, 2008

Gerhana Bulan 17 Ogos 2008

Jika 1 Ogos lepas, penduduk di Malaysia tidak melihat gerhana matahari sepenuhnya maka 17 Ogos ni, insyaallah kita leh melihat sebahagian kejadian GERHANA BULAN @ LUNAR ECLIPSE. Gerhana tersebut dijangka akan berlaku di antara jam 2.25 pagi hingga 6.29 pagi. Kalau tak salah saya, Agensi Angkasa Kebangsaan (ANGKASA) telah pun mengatur pelbagai aktiviti (bermula semalam 12/8 hingga 17/8/2008) bersempena kejadian tersebut.

Jgn mencari rezeki ngan menipu orang lain.....

Sepanjang KM perjalanan ke tempat keja pagi ni, di atas Jambatan Pulau Pinang terdapat lebih 20 buah motosikal tersidai di bahu jalan. Semuanya disebabkan tayarnya pancit. Keadaan ni berlaku bukan sebab kebetulan tp ada org yg cari makan ngan menganiayai org lain. Bila kita check tayar yg pancit, kita leh lihat paku2 yg menikam tayar tu masih berkilat lagi, umpama baru dibeli dari kedai.

Selain jambatan P.P, kerap juga penganiaya2 ni menahan jerat di lebuhraya2. Bila anda kena maka bersiap2 la ngan duit dlm poket sbb cajnya selalu berganda dr di kedai. Kalau kedai caj Rm10-15, mereka mungkin caj anda anatara RM20-45 (terpulang pd nasib anda).Memandangkan dah takde choice atau nak tolak motor terlalu jauh maka suka tak suka, terpaksala. Bayar mahal takpe kalau servis bersesuaian. Ini tidak, bukan paku sengaja ditaburkan, time bagi servis pun nak tipu lagi. Tiub kecil yg tak sesuai ngan tayar, tiub tak berkualiti, pasang tak sempurna. Pendek kata, kalau pancit sebelah pagi, sebelah petang mungkin pancit lagi.

Pada KM, mencari rezeki ngan menolong orang ni sangat bagus. Tapi jangan melihat ni kesempatan nak menganiaya & menipu orang. Kita bimbang cara yg haram akan memberi pendapatan yg haram. Bayangkan duit tu plak nak menyara hidup keluarga kita. Pastu kita bising bila anak2 tak nak dengar cakap mak bapak, jadi liar & mcm2 lagi sedangkan puncanya dari kita sendiri.

Ingatlah, rezeki @ punca pendapatan haram jika dimakan akan menjadi darah daging kita. Darah daging dr hasil yg haram balasannya akan menjadi bakaran api neraka (nau'zubillah). Nabi s.a.w juga penah menyatakan bahawa mereka yg makan atau pakai dari sumber yg haram, Allah tidak akan memakbulkan doanya.

* Mulai esok, KM mungkin tidak akan bersiar selama beberapa hari atas sebab2 tertentu. Kepada yg berkesempatan @ mempunyai sedara yg bergraduate, KM jemput anda ke Pesta Konvokesyen USM ke-38 yg bermula arini hingga 17 ogos 2008. Tahniah pd semua siswazah yg akan bergradute sesi ni, tak kira anda di universiti mana....

Tuesday, August 12, 2008

Cam feminine je aku ngan award ni....

Thank's pada akak yg susah-susah ja bagi award ni kt KM (berbunga2 gi award ni). Kecik tapak tangan, kapal Titanic, KM tadahkan. So, sebagai menyempurnakan titah perintah yg dinyatakan, maka KM mem'forward'kan award ni kat hamba2 raja berikut:

Tahniah kepada yg menggondol award ni. Kepada yg tidak berjaya, cuba lagi di tahun hadapan keh..keh. Kepada yg berjaya, sila bersiap sedia ngan beg pakaian kerna anda akan diterbangkan ke Kabale, South Uganda. Bersediakah anda?

* Di kawasan ni, anda bukan menjamah lauk binatang tetapi binatang akan menjamah anda hehehe.....

Monday, August 11, 2008

Antara perkahwinan, rumah org kawen, kawen lagi atau belum kawen


Acara kenduri @ orang kawen dah bermula dan akan berterusan hingga minggu depan (cuti sekolah) atau sebelum Ramadhan menjenguk tiba. Menjayakan acara kawen ni bukan mudah juga. Tak kira kenduri kecik atau besar, salah rancang mesti jadi kelam kabut. Ada yg merancang lama ngan harapan acara ni bleh dijayakan ngan sempurna & diingati hingga akhir hayat.

Musim kenduri kali ni, takdak lagi rakan2 seangkatan yg menjemput aku kenduri sbb semuanya dah selamat menjadi suami & bapa orang. Terakhir sekali rakan seangkatan aku menjadi husband orang ialah Mecot, anak Cikgu Beha pada Disember lalu. Mungkin sekarang dia tengah menunggu 'hasil' perkahwinannya.

Mendekati musim kenduri & perkahwinan, aku kira rumah kawen sure paling meriah jika di'compare'kan ngan rumah orang lain. Tetamu yg datang ibarat orang press yg datang untuk mencari berita bagi dibawa pulang. Bila terlalu banyak acara kenduri maka makin banyakla peluang untuk membuat perbandingan. Kenduri sapa paling grand? pengantin mana paling vogue? hidangan sapa paling sedap? Nasik sapa yg mentah? Pendek kata dari sebesar2 keelokkan hinga ke sekecik2 kekurangan pasti akan menjadi topik bicara yg menarik.

Di kesempatan musim perkahwinan, ada yg berkawen lagi sama ada atas kapasiti menambah kouta yg ada @ mengganti yg telah tiada @ percubaan menggantikan yg tidak berjaya. Jika kena keperluan, kemampuan dan kesesuaian maka pada aku silakan. Berkawen lagi ini selalu menjadi ke'phobia'an di kalangan isteri sbb kebiasaan yg berkawen lagi ni si suamila kan. Kepada yg berniat begini, cerita 'Madu 3' mungkin sesuai jd tontonan utk menambahkan ilmu ke'suami'an anda hehehe...

Bagi yg nak kawen lagi kdg2 jadi hal juga. Tp yg belum kawen cmna plak? Di kalangan aku, yg belum berkawen kebanyakannya wanita. Mungkin ramai yg akan memberi alasan jodohnya belum sampai. Bagi yg dah mencuba tetapi tak berjaya mungkin alasan ni sesuai. Dalam mencari jodoh ni, sedikit kekurangan atau perbezaaan jgnlah dijadikan alasan yg besar untuk menidakkan perancangan yg baik ini. Sekiranya, kita menutup sedikit kekurangan/kelemahan orang, insyallah Allah akan menutup kekurangan kita.

Kepada yg dalam perancangan akhir sebelum melangsungkan perkahwinan, sama2 kita berdoa agar Allah memudahkan perancangan anda. Kepada yg sudah berkawen, tahniah kerana anda baru saya menempuhi fasa baru hidup anda. Semoga penyatuan anda memberi manfaat kepada semua....

Thursday, August 7, 2008

I want to be a Dragon Man, not a Dragon Ball!!

Ente kenal ini buah? Itu bukan buah hati tp Buah Naga @ Pitaya Fruit @ Hylocerus. Aku masukkan entry ni sebab aku tengah merancang nak tanam buah ni. Sebagai permulaan mungkin untuk suka-suka or try n error. Buah yg dipercayai berasal dr Vietnam ni sesuai ditanam di Malaysia & punya potensi baik di pasaran. Harganya pun lebih berbaloi dari aku tanam pisang.

Memandangkan tahun ni aku belum start sebarang projek & aktiviti di syer market pun takda petunjuk yg baik sekarang ni maka buah naga ni menjadi pilihan sesuai sekarang ni. Seperti biasa dengan pengetahuan & pengalaman O, maka kami akan bermula dari O la. Disebut kami sebab seperti biasa juga aku senang bila bersama partner yg sesuai. Ni bukan 'sleeping partner' ye.

Selain buah naga, ada orang ajak aku running grocery & stationery shop. Aku fikir tak jadi masalah tapi penting ongkosnya pak! Macam biasa, modalnya perlu disuntik kan.

Dalam hidup beginilah, percubaan merupakan satu usaha. Sama ada berjaya atau gagal, itu perkara kedua. bagi aku yg pentingnya pengalaman. Jika berjaya mungkin satu masa kisahnya bleh diceritakan dalam Business Times ke? hehehe....

* Lecturer aku dulu pernah memberitahu, dalam dunia perniagaan utk berjaya perlu ada beberapa 'KUDA TUNGGANGAN'. Apa yg dimaksudkan beliau nanti aku ceritakan....
* Dengan rendah diri aku memohonla kalau sesapa ada tips or pengetahuan tentang buah naga ni, kongsila ngan aku ye.

Wednesday, August 6, 2008

Kerja Banyak


Arini KM kerja banyak sejak beberapa minggu ni tp untuk tak hampakan pengunjung setia, saya ceritala papa yang patut untuk dikongsi bersama. Latest news yg KM dapat dr Putrajaya, SPR dah umumkan tarikh penamaan calon & pengundian bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu pd 16 & 26 Ogos 2008. Difahamkan SPR juga sedang mengerahkan para petugasnya mengunjungi kubur2 lama utk menyeru roh-roh & hantu2 yg menyertai by-election tu hehehe...Kehangatan pilihanraya kecik ni bkn di Malaysia saja tp akan menjadi perhatian seluruh dunia. Tak caya, anda dtg sendiri kerana pesta sudah pun bermula. Latest news, DSAI diarahkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta pagi esok (khamis) utk dakwaan meliwat terhadap beliau.

Sementara itu, untuk maklumat anda, harga minyak di pasaran hadapan New York telah mengalami penyusutan. Terkini komoditi itu diniagakan pagi tadi pada harga sekitar US$118 setong. Insyaallah berkat doa & sumpahan sebahagian rakyat yg terbeban ekoran kenaikan harga minyak ni mungkin sedikit masa lagi harga minyak di Malaysia pun akan diturunkan. Jika dibandingkan masa naik aritu harga minyak dunia sekitar US$145 setong, bezanya hampir US$27 (lebih kurang RM95). Anda fikirkan!

Selain bercerita ttg dunia & situasinya, kita juga semakin dekat menghampiri Ramadhan. Tahun ni 1 ramadhan (bulan ke-9 Hijrah) dijangka jatuh bersamaan 1 September (bulan 9 Masihi). Kepada rakan2 yg terpaksa meninggalkan puasa tahun lalu atas sebab yg dibenarkan syarak maka berkira2 lah untuk menggantikan puasa tersebut dengan segera.

Tuesday, August 5, 2008

Malaysia Boleh!

Beberapa bulan lau, Sufiah Yusof menggegarkan kota London ngan pengakuannya biadapnya bahawa dia lebih senang ngan hidup sebagai seorang pelacur 'terhormat' daripada menjadi seorang student Oxford University. Kisah Sufiah yg pernah mengejutkan rakyat Malaysia sebagai seorang yg genius dalam Matematik akhirnya senyap begitu saja walaupun ada pemimpin UMNO yg bercadang untuk ke London bagi memujuk dia. Aku tak pasti ada usah or sekadar mencari publisiti murahan.

Beberapa hari lalu, rakyat Malaysia sekali lagi menampilkan semangat 'Malaysia Boleh'. Noor Azura Mohd Yusoff atau lebih dikenali sebagai 'Princess', seorang pelacur didapati bersalah bersama teman lelakinya kerana membunuh seorang warga China, Xie Xing Xing. Pembunuhan dipercayai dilakukan secara kejam kerana mayat perempuan itu dipercayai dikerat lehernya ketika masih hidup sebelum dicampak ke Sungai Thames. Mahkamah 16 Old Bailey yang bersidang menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun.

Lebih malang lagi, kes itu bukan sahaja memalukan rakyat Malaysia malah menyebabkan Kerajaan British sedang menimbang untuk melaksanakan pergunaan visa terhadap rakyat Malaysia yg ingin mengunjungi Britain. Mungkin Menteri Luar, Rais Yatim yg berada di sana ada butirannya.

* MALAYSIA selalu BOLEH tp dalam hal-hal yang remeh-temeh or tak berfaedah.

Monday, August 4, 2008

MRR2 menagih duit & nyawa rakyat!!


Asalnya dibina ngan duit rakyat berjumlah RM238 juta. Kemudian berlaku keretakan, Samy Vellu arah tutup dan perbaiki semula ngan kos RM 70 juta. Pagi kelmarin, Lebuhraya MMR2 yg menghubungkan Kepong-Selayang retak lagi. Batu-bata dilihat jatuh daripada salah satu rusuk berhampiran stesen komuter Kepong. 3 daripada 18 prategasan (CFRP) yg dipasang pd rusuk tu dilaporkan telah putus. Nasib baik takde nyawa melayang kelmarin. Pasni kalau nak dibaik lagi, berapa juga plak nak digunakan?
Apa yg aku nak simpulkan di sini, MRR2 ni bukan sahaja DUIT RAKYAT dibazirkan tp NYAWA RAKYAT juga menjadi pertaruhan. Kepada penduduk Lembah Klang, berhati2 lah melalui MRR2 ni sebab malang tak berbau....

Friday, August 1, 2008

Gerhana Matahari (1/8/2008)


Lebih pukul 5 atau 6 petang ini waktu Malaysia, Insyaallah akan berlaku kejadian gerhana matahari. Gerhana matahari penuh dijangka akan berlaku Greenland, Siberia, Mongolia & China.

Kepada umat Islam sebagai tanda melihat kebesaran Allah ini, anda disunatkan melakukan sembahyang sunat gerhana 2 rakaat dgn 2 rukuk & 2 qiam. Disunatkan juga diadakan khutbah jika anda melakukan secara jamaah.

Kepada yg berkesempatan, sila2lah melakukannya. Pada 17/8/2008 ni plak, saya diberitahu akan berlaku plak gerhana bulan pada pukul 3 pagi, insyaallah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin