Monday, May 31, 2010

World Cup 2010: I go for ARGENTINA!!!

Hanya tinggal 10 hari lagi, World Cup edisi 2010 Afrika Selatan akan memulakan sepak mula dengan perlawanan pembukaan tuan rumah menentang Mexico. World Cup ni unik sikit sebab pengikutnya ramai hatta mereka yg tak minat bolasepak pun akan turun mengikuti perkembangannya.
Edisi kali ini merupakan yg pertama dilangsungkan di Benua Afrika dengan 10 stadium akan menjadi venue untuk 64 perlawanan bagi 32 pasukan yang bertanding.

Rata2 antara yg ingin mengikuti World Cup sudah pun memilih pasukan mana yang akan memenangi piala keagungan bolasepak itu. Pasukan Eropah tidak pernah memenangi piala ini bila dipertandingkan di luar benua Eropah tp mungkin sejarah boleh terlakar di bumi Afrika Selatan.

KM seperti biasa memilih ARGENTINA untuk merangkul kejuaraan kali ke-3 mereka walaupun terdapat beberapa kekurangan bagi team yang dipimpin oleh DIEGO ARMANDO MARADONA ini. Pasukan yg KM jangka boleh mencipta kejutan kali ni ialah GHANA.

Bagaimana dengan anda? Brasil? Spain? Germany? England?




Thursday, May 20, 2010

My Sexy Lip.............

Layan je la keseksian atau keseksaan bibir budak ni semasa tido.............

video

Macam Angelina Jolie atau lolly pop? hehehe.............

Wednesday, May 19, 2010

Earning dari Nuffnang baru melepasi 5092!!

Jangan terpedaya!!! 5092 tu bukannya RM5092 tapi 5092 sen @ bersamaan RM50.92 hehehe.......Kalau ikut syarat memang dah bleh cash out (for the 2nd time). Tapi biarla dulu, mana tahu kalau betul2 bleh mencecah RM5092 (berangan2 nampak).

Projek baru.....Dahlia Park

3 hari lepas, KM cam biasa, ronda2 tengok projek perumahan baru. Itu antara hobi KM & Mem sejak setahun 2 ni. Projek baru yg KM tengok aritu ialah projek kondominium, Dahlia Park. Terletak di tengah pekan Butterworth dengan akses mudah melalui BKE.


Dengan keluasan 1367 kaki ke atas, 4 bilik & harga tawaran dari RM205k ke atas serta rebat tunai RM15k, KM fikir ia satu pelaburan yg berbaloi. Sebab ada projek lain dengan keluasan sekitar 1,1oo kaki tapi harga hampir RM200k.

Projek ni sedang dalam proses kerja tanah & jika siap KM jangka nilai dia mungkin boleh melepasi RM250k atau lebih (andaian peribadi KM). KM & Mem berminat tapi keadaan semasa belum mengizinkan kami memiliki hartanah yang ke-3. Sebab kami (jika ada rezeki) tengah mengintai peluang utk memiliki hartanah landed.

Pemilikan hartanah kena ada ilmu & strategi. Jika tengok harga, memang semua org akan cakap tak mampu dengan pendapatan yang ada. Tapi jika kena cara, pasti anda boleh memilikinya. KM masa memuda dulu pernah rasa pelik terfikir bagaimana bapa saudara KM boleh memiliki beberapa unit hartanah sedangkan pendapatan dia takla terlalu tinggi. Bila KM belajar barulah tahu........kena caranya, rumah anda, orang lain tolong bayarkan........

Tuesday, May 18, 2010

Anyone need a car? Please collect from here.....

Gambar ni rasanya dah penah masuk akhbar THESTAR minggu lepas. Tapi yang ni KM sendiri gi snap gambar kereta ni petang kelmarin di kawasan kedai scrap di Jalam Siram berhampiran Butterworth-Kulim Exspressway (BKE).

Mungkin kereta ni dah dijual kepada pembeli scrap. Kalau anda berhajat, gi la tanya berapa harganya hehehe...........

Hutan Lipur Ulu Paip

Destinasi KM & keluarga hujung minggu lalu ialah Hutan Lipur Ulu Paip, berhampiran Kulim Hi-Tech. Landmark untuk sampai ke Ulu Paip ialah tak sampai 1km melepasi Puspen Karangan (dulu dikenali Pusat Serenti), Jamal Abdillah pernah dulu di sini dulu hehehe......

Ini kali kedua, KM ke sini. Kali terakhir KM pergi dulu ketika Batrisya berusia setahun lebih. Secara keseluruhannya, tempat ini tidak terlalu ramai orang kerana org lebih suka ke Sungai Sedim & Lata Bukit Hijau.


Tempat ni sesuai untuk bawak kanak2 mandi sebab kawasan mandinya tak membahayakan & airnya tidak begitu dalam.

Kalau nak bawak family datang berkelah & santai2 sambil mandi sungai memang sesuaila. Sampai sana, KM layan mandi sorang ja sebab badan Mat Adam tiba2 panas (dia start demam).

Keseluruhannya, bagusla nak beri keseronokan pada kanak-kanak. Batrisya memang enjoy sakanla cuma dia tak sempat beli pelampung je. Cuma kurang menariknya ialah Mat Adam plak demam. Asyik menangisnya, akhirnya terlena.
Mungkin inilah yang lebih sesuai buat budak yang demam..........


Monday, May 17, 2010

SPR gagal menghadirkan keajaiban untuk menghalang kemaraan Pakatan di Sibu.......


Siapapun tidak meletakkan harapan yg besar terhadap peluang DAP/Pakatan Rakyat untuk menang di Sibu memandangkan Sibu telah 28 tahun dikuasai oleh parti kerajaan. Dengan pelbagai gula-gula pilihanraya di sepanjang kempen selama beberapa hari, Supremo DAP, Lim Kit Siang hanya meletakkan peluang untuk menang sekitar 40% sahaja.
Namun segalanya adalah ketentuan Allah. Setelah beberapa jam berdoalak -dalik, akhirnya SPR tiada lagi akal untuk menyelamatkan maruah parti kerajaan & terpaksa mengumumkan kemenangan Pakatan di Sibu. Pada congakan KM, jika sekali pun jumlah undi pos memihak pada pada Barisan, mereka tetap juga akan kalah.
Cuma ada beberapa perkara yg pelik bin ajaib. Pertama, SPR cakap selepas pusat pengundian tutup hanya sekitar 59% sahaja yang kuar mengundi tp peratus tu tiba2 kepada 70% bila undi dikira. Pelik sebab peratus pengundian memang boleh diketahui dengan jelas sebaik pusat pengundian ditutup. Kalau ada perbezaan pun sikit je.
Kemudian, kenapa undi pos lambat tahu keputusannya? Adakah ia dijadikan talian hayat di saat kegentingan? Apapun, majoriti rakyat Sibu telah menolak 1Malaysia & kerajaan penghalal JUDI!!!!!

Friday, May 14, 2010

Hadiah Hari Ibu................

Memandangkan Mem dah lama berhajat nak memiliki DLSR maka hajat tersebut KM sempurnakan pada Hari Ibu yang lalu. Asalnya nak dapat brand NIKON & memang tengah survey pun. KM dah dapat satu NIKON D3000 kat mudah.com.my yang 2hand tp masih baru & harga pun ok. Tuan dia nak tolak sebab nak beli D90. KM pun berkenan kat D90 tp body saja kat 2k lebih. Ambik masa 2 hari nak fikir, bila call balik set tu dah dijual. Melepas........

So, gi survey kat kedai kalau2 ada yg offer harga baik punya. Survey punya survey, akhirnya berkenan kat CANON 450D. Dengan spec yg ada, KM kira harga Canon lebih baik dari Nikon. KM pernah guna Canon & yakin kualiti dia memang bagus dari beberapa jenama lain.

Jadi inilah hadiah buat Mem sempena Hari Ibu. Walaubagaimanapun, pengorbanan dia sebagai isteriKU & umi kepada Nur Batrisya & Muhammad Adam Irfan memang tak boleh dinilai dengan wang ringgit. So, terimalah hadiah yang xseberapa ini dari KM (cam sasterasawan plak ye hehehe....). Semoga bleh cepat2 jadi photografer yang bagus pasni......

Maka terjawaplah Teka Teki yang KM tanya aritu. Yang ada dalam beg kertas di atas ni ialah sebuah kamera. Dan pemenangnya ialah DEE .(diiringi tembakan meriam 11 das hehehe..............). Hadiah akan dikirimkan pasni hehehe..................ko jgn minta hadiah DSLR plak....

* Hari Guru ahad ni, nak kena beli hadiah jugak ke? fikir..fikir.........sambil seluk poket......

Thursday, May 13, 2010

Terkenang Semasa Dulu: Din Teksi

Dulu2 time KM budak2, KM suka sangat baca ruangan komik DIN TEKSI dalam Utusan Malaysia. Antara watak paling KM suka ialah 2 org anak Din Teksi. Nama yg sorg ja KM ingat iaitu Cot.


Kartun Din Teksi dilukis & diilhamkan ceritanya oleh Pakcik NAN @ Zainal Osman (gambar kat atas tu).
* Sekarang jangan kata nak belek akhbar Utusan, nak lawat lawat website dia pun KM xlalu......


Semakan Ujian Munsyi

Calon-calon STPM/Setaraf yang memohon kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) yang menduduki Ujian MunSyi boleh menyemak kelayakan mereka di laman berikut

http://www.mpm.edu.my/munsyi/login.aspx

Sekian, terima kasih.

Wednesday, May 12, 2010

Thomas Cup Quarterfinal: Malaysia vs Denmark....what your prediction?

6 ptg ini, Malaysia akan turun menentang Denmark dalam pertemuan suku akhir badminton Piala Thomas. KM tak pasti kekuatan pemain-pemain Denmark tp yang pasti team Malaysia memang tak seimbang. Dalam kejohanan seperti ini, kemenangan pasukan memang tak boleh bergantung pada seorang pemain hebat sahaja seperti Datuk Lee Chong Wei.

Maka, takyah cerita panjang, jap lagi balik kerja pakat2la tengok kt tv. Tengok dengan penuh kesabaran tau...jgn ada plak kaca tv yg pecah dibaling objek hehehe.........



Lesen dah kuar ke????

Menurut sumber akhbar Sin Chew Daily, PM secara rasminya kelmarin telah mengeluarkan lesen perjudian bolasepak kepada syarikat Berjaya Group terutama untuk menjalankan aktiviti pertaruhan menjelang World Cup 2010. Betul atau tidak keshahihan berita ini, kita tunggu ulasan lanjut dr pihak kerajaan sendiri.
Kalau anda pemerhati tetap Bursa Malaysia, anda akan lihat berlaku kenaikan pada saham2 Berjaya Toto dalam dagangan yg aktif pada hari ini.

* Korang ingat KM tak reti ke baca paper cina........hehhehe.

Blog Traffic Meningkat Berganda-ganda..............

Hal ni berlaku kerana kebanyakan pemohon2 Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)mungkin sedang sibuk keputusan ujian Medsi utk melayakkan ke peringkat temuduga. Tapi sayangnya link yg KM ada hanyalah berdasarkan entry & link tahun lepas.

KM nak tolong & dah cuba cari link terkini termasuk dari laman Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) tapi tak jumpa juga. So, kepada yg tak sengaja masuk ke Calculatorbuta, terima kasih kerana singgah.

* 24 jam semalam, calculatorbuta dikunjungi lebih 600 pengunjung tak sengaja hehehe..........

Piala Thomas or Piala Tertomoih?



"Malaysia main apa pun kalah hehehe..........."

Mungkin itulah ungkapan sesuai utk dialog kt atas. Bukan marah pada kekalahan 2-3 skuad Piala Thomas kebangsaan di tangan Jepun tp itulah hakikat kebanyakan sukan Malaysia bila bertanding di pentas antarabangsa.

Jika dahulu, kita banyak menguasai pentas sukan dunia dalam beberapa jenis sukan seperti bolasepak, hoki, badminton, takraw tapi sekarang kita sering tenggelam terutama dengan pendatang2 baru dalam sukan tersebut. Soalannya, kemampuan sukan kita tak berkembang maju atau mereka yang terlalu advance dalam pembangunan?

Ramai yg marah ngan keputusan Piala Thomas semlm. Sana-sini dengar org bersuara tak puashati dengan aksi pemain kita. Apapun strategi kem Malaysia, ptg ni mereka kena bertemu Juara Eropah, Denmark. Menanti Malaysia jika berjaya menumbangkan Denmark ialah juara dunia, China.

So, anda mungkin sudah boleh mencongak peluang Malaysia dlm saingan edisi ini. Mungkin bulu tangkis Malaysia gerun ngan kehadiran 1st Lady sebagai penyokong hehehe.........

* Tertomoih = Tersungkur

Tuesday, May 11, 2010

Rumah Burung Layang-Layang @ Burung Walid & Teka-teki Senak Perut............hehehe

Kalau sesapa yg tak tahu & tgk gambar ni, sure kata ini kubu or castle zaman dulu2. Sebenarnya bukan kubu tp binaan konkrit yg dibina untuk menarik kehadiran burung layang-layang @burung walid membuat sarang. Ada juga yg memodified rumah2 lama untuk tujuan ini.


Terdapat banyak binaan sebegini KM tgk di sekitar Yan terutama di kawasan bendang (sawah padi). Kos nak bina rasa mungkin lebih daripada nk bina sebuah rumah. Tapi inilah dikatakan pelaburan & mereka yg menceburi bidang ini merasakan ianya berbaloi dengan pulangan yg mereka dapat.


Dalam beg kertas tu plak xde sarang burung tapi ada presen utk Mem. Kan KM dah cakap, mau kasi besar punya hadiah tok Hari Ibu ni. So, semlm dia dah dapat hadiah yg dia idamkan. Harap2 dia gumbirala...............

Anda yg baca blog ni pun KM nak bagi hadiah kalau anda boleh teka dengan betul "APAKAH YG ADA DALAM BEG KERTAS DI ATAS?".
Hadiah KM bagi pada penjawap awal yg bagi jawapan betul. Setiap org, KM bagi can teka 2 kali, bleh?
Hint dia: Luaran tak semestinya mencerminkan apa yg di dalamnya.........
Hehehe........ada brani? Tekala.............

Saturday, May 8, 2010

Happy Mother's Day



Bersempena Hari Ibu yang disambut di Malaysia pada 9 Mei, KM mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia terutama to my mum, Siti Rokiyah Abdullah, my mother in law, Che Siah Saad & teristimewa ibu kepada my kid's, Rosmawati Mohamad Zuki @ MEM dengan ingatan tulus ikhlas, selamat hari raya...........eh silap2......Selamat Hari Ibu.

Pengorbanan seorg ibu memang takleh diukur hatta segunung emas pun sebagai ganti. Bukan semua org pernah merasai nikmat kasih syg seorg ibu. Dan bukan semua wanita berpeluang merasai nikmat menjadi ibu. Kalau nak cerita pasai ibu ni panjang2 nanti KM plak yg nangis2..........so pendek cerita hargai nikmat kasih ibu & jadikan ibu yg baik..........sekian, trima kasih......

* KM & Mem dah siap hadiah nak bagi kat mak2 kami. Walaupun tak seberapa tp sebagai cenderahati ingatan kami..........Adam pun ada bg hadiah kt mak yg menjaganya hehehe.........Utk Mem, tak dilupakan...........kita kasi besar punya hehehe..............tungguuuuu......

Friday, May 7, 2010

Malaysia dalam usaha menghalalkan perjudian sukan (bolasepak).....




Amat malang bila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek berkata kerajaan sedang dalam pertimbangan untuk mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan/perjudian sukan khususnya bolasepak di negara ini terutama menjelang World Cup 2010. Bila kuar lesen, kerajaan bleh generate income.

Sepatutnya sebagai seorg menteri yg beragama Islam, di negara yg dicanang sebg Negara Islam serta menyedari judi itu jelas & terang hukumnya HARAM (al-Maidah:90-91), Awang Adek ni sepatutnya menasihati PM supaya mencari jalan mengurangkan aktiviti2 perjudian di negara ini. Kalau ada sesapa yg mengaku Islam tp masih yakin bahawa jika perjudian sebegini dibenarkan, ada kebaikannya...maka hati2 ngan akidah anda.

Yang pasti matlamat tidak penah menghalalkan cara. Walaupun niat Awang Adek untuk memcapitaliskan duit sumber perjudian tersebut utk pembangunan sukan negara tp sumber yg haram tetap haram walaupun niatnya baik.

Judi diharamkan Allah kerana ia bukan sahaja merosakkan individu tp keluarga & masyarakat akan terkena tempias bahana judi ni. Rasanya takde agama di dunia ni yg setuju bahawa judi ni bermanfaat kepada manusia.


Thursday, May 6, 2010

CT gigit jari!!!


CT yang gigit jari ni bukannya Dato' Siti Nurhaliza tapi Manchester City, pasukan Liga Perdana Inggeris yg sebelum ini berusaha merebut 4th spot liga untuk book tempat di Champion League musim depan.
Kekalahan 0-1 pagi tadi di tangan Spur meranapkan impian skuad City beraksi dalam kempen CL musim depan. Mungkin sebagai saguhati, mereka mungkin akan beraksi bersama Liverpool & Villa dalam kempen yg rendah sikit martabat iaitu Europa League.


* KM xnak ulas prestasi Liverpool untuk season ni. Kalau ada penyokong2 Liverpool yg nak beralih arah, silakan...........Sokongan anda xsemestinya mutlak kan..........anda boleh jadi katak pe hehehe..........Tp bukan KM.

Wednesday, May 5, 2010

FIFA World Cup 2030: Malaysia Player......

Menjelang hujung June ini, pesta bolasepak dunia akan bergema lagi dengan penganjuran FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan. 32 pasukan akan berentap untuk merebut piala keagungan bolasepak dunia.


Malaysia dulu, kini & sampai bila boleh merasai kehebatan saingan akhir pun tak pasti. Mungkin cara paling cepat untuk beraksi di pusingan akhir World Cup ialah membuat persediaan untuk merebut spot sebagai tuan rumah. Kalau nak harap melalui kelayakan mungkin terlalu sukar dengan perkembangan bolasepak ketika ini.

KM selaku rakyat prihatin dah memulakan langkah awal melahirkan bakat2 bolasepak Malaysia. Tak percaya korang tengokla kat atas. Cuma pemain bolasepak tak sesuai memakai lampin sewaktu bermain kot hehehe..........

Budak di atas tu asalnya, KM nak taruh nama Muhammad Adam Zidane.............

The 80's tv series............

Terdapat banyak tv series yang mengimbau kenangan di era 80-an. Antaranya cerita CHIPS, kisah aksi polis bermotosikal yang mengawal Lebuhraya California & jalan sekitar pekan LA. Diterajui oleh ERIK ESTRADA sebg Pegawai Francis 'Ponch' Poncherello & Larry Wilcox sbg Sarjan Jon Baker, cerita ni memang jadi kegilaan dengan aksi tunggangan Kawasaki 1000, mereka membanteras jenayah & memberi bantuan kepada org awam.
Satu lagi cerita polis yg sempoi time tu ialah The Misadventures of Sheriff Lobo. Dibintangi oleh Claude Akins sebg Sheriff Elroy p. Lobo dan dibantu oleh beberapa pembantunya yg gila2 bahasa terutamanya Deputy Perkins, memang gelak habisla ngan cerita ni. Trademark cerita ni bila beberapa keta polis akan berlaga sesama sendiri.


Satu lagi komedi series yg sempoi time tu ialah B.J And The Bear, kisah seorg pemandu trak dengan petnya seekor cimpanzi. Dengan penampilan Greg Evigan sbg Billie Joe Mckay aka B.J disertai Bear, seekor cimpanzi, mereka berkelana di sepanjang lebuhraya dengan trak Kenworth K-100. Cerita ni ada berkaitan langsung ngan Sheriff Lobo sebb Lobo selalu mengganggu mereka ni.
Selain cerita aksi & komedi, ada juga cerita menarik cam Daktari ni. Daktari dalam bahasa asli afrika bermaksud 'doktor'. Mengisahkan sekeumpulan manusia yg bertindak melindungi hidupan liar di sebuah tempat di Afrika. Watak binatang yg cerdik dalam cerita ni ialah Judy, seekor cimpanzi & seekor singa bernama Clarance.

Banyak lagi cerita2 lain yg menarik time tp kalau nak listkan memang berjela2 & ada yg KM sendiri pun dah lupa hehehe......maklumla KM masih kanak2 lagi di era 80-an.........ada sesetengah umah tv pun belum ada warna. KM masih ingat tv pertama di umah KM jenama SINGER, bukan penyanyi tau hehehe.




Tuesday, May 4, 2010

DANGER!!! Harimau terlepas..........


Harimau zaman internet ni dah pandai cilok. Tengok yg sekor ni, sempat lagi landing dalam bonet keta. Mungkin ni singa PADDLEPOP kot hehehe.............KM dah lama tgk ekor harimau ni tp last2 Mem yg snap gambaq ni.........sapa punya keta ekkk?


Ronda 1Mei.....Last Part

Dari Taiping, KM bergerak balik melalui Kamunting. Dalam kesejukan hujan yg turun, Adam @ Mat Spring dalam terlena syahdu dlm keta. Singgah sebentar Non Bihun Sup di Simpang 3, Selinsing, kasi tapaw sebab nak makan pun masih kenyang & ujan pun makin lebat.


Satu kilometer dari situ, KM singgah di tepi jalan mengimbau kenangan. Rumah itu, setahun lebih yang lalu, KM akan singgah bila melaluinya. Tapi sekarang hanya tinggal kenangan sebab pemiliknya dah tiada.

KM sekeluarga sempat menghadiahkan al-fatihah, moga rohnya selamat di sisi Allah. Rumah tu sebenarnya, rumah nenda KM @ ibu kepada mak KM. Sekarang dah tak berpenghuni kecuali bapak saudara yg kdg2 dtg menjenguk. Di belakang rumah tu, ada sebuah rumah milik mak KM. Disewakan sebab belum berhajat nak balik menetap di kampung.


Berapa ratus meter dari situ, KM berhenti lagi. Ini salah satu sekolah KM juga, Sek. Kebangsaan Sungai Kepar, Simpang 4, Semanggol (nama pun tak komersil langsung hehehe......). KM sempat sekolah di situ antara Darjah 5 hingga UPSR. Walaupun sekolah ni bertaraf kampung je tp KM jaya jugak dapat result bagus. Terima kasih cikgu2 semua yang mengajar KM dulu & kawan2 yg totally dah lost contact.

Ada lagi satu sekolah KM yg xsempat nak lalu iaitu, Maahad El-Ehya Al-shariff, Gunung Semanggol. Sekolah agama yg penah fames ngan tokoh spt Ustaz Abu Bakar Al-bashir kalau korang belajar sejarah tentang zaman pra kemerdekaan. Penjajah British pernah menggelarkannya sebagai "Api Dari Bukit".

Dari situ, KM bergerak melalui Bagan Serai terus ke Parit Buntar. KM sempat menemui tempat yg dinamakan Pasar Kemboja di Parit Buntar. Tp pasar tu hanya buka pada hari Isnin & Jumaat, so xlehla Mem nak bershopping.

Dari Perak balik ke Penang, terus ke menuju ke Pesta Buku di Bertam dengan hajat nak survey buku2 untuk dibeli. Namun, memandangkan orang terlalu ramai memenuhi Dewan Milenium & que panjang utk membayar maka KM sempat ushar2 je.

Hasil perjalanan sepanjang 1 Mei tu, inilah:



Adam pengsan sampai pagi.


Monday, May 3, 2010

Ronda 1Mei.....Part II

Dari Matang, KM menghala ke Taiping, bandar yang menerima taburan hujan paling banyak di Malaysia. On the way ke Taiping, di persimpangan Seri Kota/Kmpg Boyan, kelihatan signboard Sekolah Menengah Kebangsaan Dr. Burhanuddin (SMDB). SMDB merupakan salah satu old school KM. KM sempat bersekolah di sini dari form 1 hingga form 3 (ambik SRP kat sini le).


Tiba di Taiping, hujan dah mula turun. Daripada rintik2 menjadi lebat. Sapa dok Taiping sure dah mangli ngan situasi camni. Bila petang je...mulala hujan.

Kali ni KM xmasuk dah Zoo Taiping sebab sebulan yg lepas dah masuk. So, bawak Mem, Budak Kacak & Mat Spring ronda2 Taman Tasik hingga ke kaki Bukit Larut.

Untuk pengetahuan anda, dalam surat beranak KM tertulis tempat kelahiran KM di sinila hehehe....
Singgahan seterusnya, Kuey Teaw Goreng Doli yang memang fames di Taiping ni. Sejak KM sekolah di awal tahun 90-an lagi, Doli ni dah ada dah masa tu. Masa tu standard warung je tp bisnes dia dah memang bagus dah waktu tu.


KM masih ingat kami budak hostel yg baik ngan pak guard selalu kirim bungkus kuey teow ni waktu pak guard nak kuar beli makan. Rasanya masa tu sebungkus baru RM1.50 kot. Tapi sekarang, dia dah buka restoran cam KFC. Itulah dikatakan rezeki orang.

After makan di Doli, KM bergerak lagi menghala balik. Destinasi seterusnya kampung KM. To be continue.......................

Ronda 1 Mei......Part One

1 Mei (Labour Day) tahun ni jatuh ari sabtu, so xdapatla extra cuti. Rancangan awal nak ke utara tp last minute tukar, kita menghala ke selatan. Journey untuk mengimbau kenangan silam.


Mula-mula, kita pi basuh keta dulu hehehe........sebab keta dah nampak cam baru balik dari rali. KM masuk auto wash yg pakai mesin sebab cepat sikit.


Next stop, KM singgah kat Tasco Seberang Jaya, beli barang dapur sikit.

Destinasi bajet seterusnya, Warong Mee Udang Mak Teh kat Matang, hampir sudah ngan Kuala Sepetang. Rasa biasa2 je tp harga boleh tahan jugak. Mungkin sebab dh pernah masuk tv.

Kalau bawak kerabat ramai mai makan kat sini, sure bleh kopak. Tapi kalau sekali sekala nak mencuba apa salahnya. Mencuba pengalaman baru. To be continue.............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin