Thursday, March 31, 2011

Budak2 pun stress............

Sebenarnya tak stress pun budak2 ni tapi just lepas tension sementara tunggu Cikgu Watie abis kelas tambahan. Aksi sebegini mungkin akan berterusan sehinggalah abis peperiksaan UPSR nanti. Maka kepada budak2 ni marilah kita pakat2 bersabar & menghabiskan masa di hujung minggu dengan melepak di sekitar sekolah dengan pelbagai aksi.

Sesambil tu bleh kita pakat tolong cikgu Bala check longkang, pokok bunga hehehe...........Maju sukan untuk sekolah................

Kidal kah anakku???? Sila jawap Cikgu Watie....

Anak KM ni pegang botol susu tangan kiri, pegang barang pun kiri, pegang pensel pun kiri, sepak bola pun kaki kiri.........adakah dia berkemungkinan kidal??? Adakah genetik mempengaruhi kekidalan ini??? Ada sesapa bleh jawap??? cu jawap...cu jawap...cu jawap...

* KM rasa ini dipanggil "Like mother Like son"...........sebab KM right-handed hehehe......Sila jawap Cikgu Watie....(Sambil tulis entry ni KM minum Old Town White Coffee tp apasal kopi KM ni pahit??? lupa lagila tu nak taruh gula...kan abg dah cakap buat kopi taruh gula 2 sudu....kasi manis lebih.....)....Sila jawap lagi Cikgu Watie kenapa kopi saya pahit????....

Malek Noor masuk ICU........

Bekas juara bina badan negara & Asia, Datuk Malek Noor dilaporkan telah dimasukkan ke ICU setelah pitam ketika beraksi dalam satu perlawanan bolasepak persahabatan di Ipoh petang kelmarin. Last rancangan yang KM tengok Malek Noor kat pentas ialah satu rancangan motivasi di Astro yang dikendalikan oleh Datuk Fadzillah Kamsah bertajuk penghijrahan tak silap KM.

* Semoga Allah memberi kesihatan kepada kita semua. Amin.............

Wednesday, March 30, 2011

That women are lousy drivers?? Ask Bung Mokhtar hehehe......

Maka ramailah wanita & persatuan mereka di negara ini marah atau tak puashati dengan kenyataan suami pelakon, Zizie Izzete & MP Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di Parlimen Isnin lalu yang menyatakan kebanyakan pemandu wanita terlalu perlahan & kurang tumpuan di jalanraya.

Rasa2 korang setuju tak ngan kenyataan Tok Bung tu? hehehe...jawap2 wahai wanita di luar sana..............jgn jatuhkan martabat anda...

* KM rasa isteri dia yang bawak kereta lambat sebab dia dok kacau kat sebelah hehehe............

Jackie Chan mana ada mati!!! Semalam i baru jumpa dia!!!

Hebohla di internet semalam bercakap tentang rumour yang pelakon, penerbit, pengarah & segala pe.. lagi, Jackie Chan telah meninggal akibat sakit jantung. Aritu orang heboh Datuk M.Nasir meninggal tapi hakikat M.Nasir kat Indonesia yang meninggal.

Bila timbul rumour Mr. Chan meninggal maka terkejut juga KM sebab KM tengok Mr. Chan tu sihat je & ada datang ke sekolah....Mr. Chan mana plak ni? Ala Mr. Chan, penolong kanan kat sekolah Mem tu hehehe........

* Jackie Chan melalui laman sosial Facebook beliau mengeluarkan kenyataan "masih hidup & sihat"....................Harap maklum!!!

Tuesday, March 29, 2011

Rumahku kena pecah!!!

KM punya rumah memang kena pecah tapi bukan penyamun yang pecah tapi itu tukang buat rumah yang kasi pecah. Masa beli dulu takde modal nak renovate & after nearly 5 years duduk barulah bleh renovate sikit. itu pun atas inisiatif Mem setelah dipersetujui oleh diri beliau sendiri selaku Penyimpan Segala Pekakas Dalam Umah hehehe.......


Mungkin ada betulnya pandangan Mem supaya umah ini dicantikkan dulu. Pasal nak cari hartanah landed itu adalah perkara kemudian (itu pun jika ada rezeki nanti).......So far KM belum jumpa lagi harga umah & lokasi yang sesuai di sebelah Seberang Perai Utara or Tengah yg memenuhi kemampuan & keinginan KM. Ada yang lokasi bagus tapi harga plak mahal....ada yang harga ok2 tapi lokasi plak tak bagus....so kami masih dalam dilema......tapi yang pasti tak berputus asa......

Ada rezeki KM akan bertahan di negeri ini jugak walaupun hakikatnya peratus Orang Melayu yang tinggal di sini sangat berkurangan......Sebab apa? Sebab orang Melayu sendiri yang diberi kuasa lebih 50 tahun tapi gagal menjaga kelangsungan orang Melayu sendiri...apa yang penting....duit..duit..duit...(dengan nada WonderPet hehehe)...Semua tanah kasi gadai or juai!!!!

* Tapi yang nak termuntahnya bila mai persidangan agong, melalak2 di media yang kamilah pembela maruah & ketuanan orang Melayu hehehe.........Dr. Mahathir mungkin tak suka kalau dengar KM cakap macam ni hehehe......


Harga produk tenusu dijangka akan terus naik tahun ini.....

Menurut analisis, kenaikan harga komoditi bahan mentah tenusu dijangka akan mempengaruhi kenaikan harga produk tenusu sekiranya harga komiditi berterusan meningkat. So, kesimpulannya mudah kalau harga bahan mentah ni terus naik maka kos kenaikan itu akan dipindahkan kepada pengguna. Senang cerita harga produk tenusu akan naikla jawabnya.........

Sunday, March 27, 2011

Terlalu mengantuk......

Ini adalah contoh orang yang terlalu ngantuk hinggakan aiskrim yang dipegang pun bleh terlepas.............Teruk betuila anak KM ni.........Bila masuk keta terus ngantuk tapi bila kuar keta jadi cargas plak!!!!

Takde tropi atau piala besar2...tropi manusia pun jadila.....


Inilah dipanggil kenakalan Muhammad Adam Irfan. Dalam senyap2 dia masuk duduk dalam kabinet tv tu. Bila marah...bebai!!! marah2 kat semua orang........

Saturday, March 26, 2011

Tips Penjimatan di musim inflasi.........

Inflasi Malaysia terus meningkat & harga barangan turut naik sejak lepas Tahun Baru Cina yang lalu. Salah satu barang yang KM kesan ada kenaikan harga ialah susu baby. Kebiasaan sebelum ini KM bleh dapat di bawah RM20 untuk sekilo sekarang dah melepasi harga harga RM22 untuk susu yang sama cuma pek je diperbaharui.

Memandangkan anakanda KM, Adam Irfan mempunyai dua cawangan rumah (rumah sendiri & rumah pengasuh) serta kemampuan minum susu yang kuat maka KM kena cari plan penjimatan hehehee....(ini bukan iklan penjimatan petrol).
Ini bukan hantu susu........

So, petuanya cam biasala, beli banyak pada harga rendah & simpan. Contohnya, kelmarin susu tersebut boleh diperolehi pada harga RM19.50 di Tesco berbanding harga kebiasaan di 2 buah kedai yg selalu KM beli pada harga RM22.50 & KM sempat rembat 10 pek. Jadi KM telah berjaya membuat penjimatan sebanyak RM30. Selamat beramal anak-anak.....hehehehe...

* Kekangan untuk menyimpan stok dengan banyak ialah MODAL. Lebih banyak stok lebih banyak modal diperlukan...............

Friday, March 25, 2011

M.Nasir pun sudah jadi Datuk.........hehehehe

Akhirnya icon seni terkenal, M.Nasir @ Mohamad Nasir Mohamad dianugerahkan gelaran Darjah Indera Mahkota yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang. Selain beliau, Ramli M.s turut mendapat gelaran yang sama. Kalau M.Nasir dah dapat datuk maka isterinya pelakon & dramatis, Marlia Musa bolehla dipanggil Datin hehehe.......Syabas Datuk M.Nasir!!
Turut menerima darjah kebesaran tersebut ialah Zulkifli Noordin, MP Kulim Bandar Bharu hehehe.........apa jasa dia pun KM tak tau....

* Mem tanya KM plak bila nak dapat Datuk??? KM jawap kalau umur panjang, dapat cucu nanti blehla KM jadi datuk hehehe.......




Thursday, March 24, 2011

Bila road tax keta nak mati................


Tiap2 tahun bila cukup masa maka yang pakai keta mesti fikir cmna nak gagau duit nak bayar insuran & road tax. Kebiasaannya yang membebankan ialah insuran terutama keta baru beli & NCB masih rendah. Lebih parah lagi kalau keta yang dipakai ber'cc lebih besar.
Arini dateline cukai jalan keta mati. Jadi semalam terpaksala korban dekat seribu tok bayaq insuran ngan roadtax. Itu pun NCB dah 55%, kalau baru start mau dekat 2ribu insuran....itu baru keta kecik2....ADOIIIII

Walaupun sukar, Tan Hui Linn bangun mencipta kejutan.....syabas!!

Pelajar ini pernah menghadapi masa depan yang gelap setelah disimbah asid oleh bapanya lebih setahun yang lalu. Tindakan kejam bapanya memberi kecederaan yang agak parah dengan kecederaan lebih 60% di muka & hampir menghilang penglihatan kedua-dua matanya. Ibunya meninggalkan sejurus selepas kejadian itu akibat kecederaan yang teruk.
Tapi kita patut tabikla pada semangat & ketabahan pelajar ni. Dia bangun dari peristiwa hitam itu untuk mencipta kejutan dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semalam apabila dia skor 9A. Syabas Tan Hui Linn.............
* Kalau kita di tempat dia, rasanya tak dapat dibayangkan kesukaran untuk menempuh baki kehidupan ini........

My Buffered Earnings (BE) still running.........

Sekarang KM ada 3 Buffered Earnings (BE) yang sedang running dalam blog KM. Bukan senang nak dapat BE tapi bila dapat mestila sempoi sebab dah lama tak dapat BE. Hopefully pengurniaan BE akan berterusan untuk meningkatkan motivasi KM menulis dalam blog ni hehehe......

Wednesday, March 23, 2011

Elizabeth Taylor dies at 79........


Selepas 6 minggu berada di hospital akhirnya lagenda filem Hollywood serta pemenang Oscar, Elizabeth Taylor meninggal dunia hari ini pada usia 79 tahun akibat kegagalan jantung. Sehebat mana pun manusia di dunia ini akhirnya dia kembali ke tanah jua........

Inikah Datuk T yang mendedahkan video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim?

Sebaik sahaja pembubaran DUN Sarawak Isnin lalu maka timbullah video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim plak. Itu belum kira kes liwat beliau yang tak setel2 sampai sekarang ni. Mula2 timbul Datuk T yang mendedahkan video tu di Sri Carcosa, pastu arini timbul plak nama Rahim Thamby Chik & Datuk Eskay....macam2 dunia politik sekarang. Belum abis satu, timbul satu lagi.

Tapi orang ramai pasti ternanti2 siapalah Datuk T tu ye......Kalau Datuk K semua orang kenal hehehe.......Bila terkenang, KM teringat Mr. T dalam siri tv dulu The A Team hehehe...........sempoiiii.

I'm not a Datuk T okkk!!!



Ayam pun mahal......minyak pun nak naik harga.............

Beberapa hari ni timbul plak isu harga ayam naik mendadak. Tak silap KM harga ayam mentah sekilo dah melepasi RM8. Kerajaan cakap Malaysia sekarang kekurangan bekalan ayam hehehe.....Secara amnya, KM rasa rasa bukan ayam je yang naik harga tapi barang keperluan lain pun puratanya turut naik harga.
Terbaru kerajaan dah mula hint2 yang harga RON95 berkemungkin tak dapat dikekalkan dengan situasi sekarang hehehe......Itu tanda harga minyak akan naik xlama lagi tu....Jenuhla golongan marhaen nak mengharungi hidup dengan kadar sara hidup yang makin meningkat..........

Friday, March 18, 2011

SPM kuar Rabu ni hehehe!!!

Arini KM sengal, xde mood something. So dengan hormatnya KM umumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan kuar Rabu depan. So kepada yang menduduki SPM 2010 tentu dah berdebar2 ni nak tau result masing2 hehehe..............Anyway, semoga dpt result yg best ........

Al-Fatihah buat Cikgu Ku Sham.........



Bila KM buka FACEBOOK tadi, KM dimaklumkan melalui entry kawan sekolah dulu, Aliza Farah yang ibunya telah pergi mengadap Ilahi beberapa hari yang lepas semasa menunaikan umrah. Ibunya, Cikgu Ku Sham Ku Hamid dulunya Penolong Kanan di sekolah menengah KM dulu. Orangnya sangat baik & soft spoken...Adik KM mungkin lebih kenal sebab dia sekolah di Taiping sampai form 5. Malah suami Cikgu Ku Sham, Tuan Hj. Shafie pun pernah jdi bos dia masa di KMPP....

Semoga keluarga Farah diberikan kesabaran di atas pemergian insan tersayang & moga roh Cikgu Ku Sham dirahmati Allah & dibalas segala kebaikannya.................Insyaallah.


Kelayakan permohonan kad kredit dinaikkan........

Bank Negara hari ini mengumumkan kenaikan kadar kelayakan minima untuk permohonan kad kredit daripada RM18000 setahun kepada RM24000 berkuatkuasa serta merta untuk pemohonan baru.

Di samping itu, Bank Negara juga menghadkan maksima kredit limit utk pemegang kad berpendapatan bawah RM36,000 setahun kepada 2x jumlah pendapatan bulanan.


* KM just info korang ja sebab KM tak layak pun nak pakai kredit kad & Mem pun xpakai kad hehehehe...........

Wednesday, March 16, 2011

Doraemon pun tak dipedulikan lagi waktu ini.............

Si saat manusia dirundung derita & sengsara, barang yang kita jadikan hiburan pun kita tidak akan peduli lagi. Mungkin inilah nasib patung Doraemon yang ditinggalkan di kawasan bencana...tidak dipedulikan lagi...hanya nyawa yang menjadi taruhan..........

* Terkini dari Jepun, krisis kebocoran dikatakan semakin serius.......berdoalah kita agar bahana itu tidak merebak lebih besar.......




Monday, March 14, 2011

My nostalgia report card hehehehe......


Bila KM buka kotak2 lama tok kemas, KM jumpa buku laporan @ report card masa zaman sekolah menengah dulu. Bila congak2 dah berusia hampir 22 tahun sebab kali pertama digunakan tahun 1989 waktu KM form 1 kat SMDB di Taiping. After SRP, KM continue guna lagi buku tu walaupun di sekolah baru di SDOB Butterworth sampailah KM tamat STPM tahun 1995.

Bila buka & belek report card tu mengimbau kenangan biru & merah markah2 yang KM dapat tiap2 subjek yang KM belajar termasukla komen2 dari cikgu2 kelas KM dulu. Memang nostalgia hehehe.........At least report card KM masih lagi cantik walaupun kat dalamnya takla cantik mana hehehe.............korang punya report kad ada lagi ke????? kekekeke....


Kerugian ekonomi Jepun akibat gempa bumi dianggarkan........

Menurut nota penyelidikan Credit Suisse, kerugian ekonomi akibat gempa bumi & tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas dianggarkan mencecah antara 14 hingga 15 trillion Yen (US$171-US$183 billion). Jumalah tersebut dijangka bersama 40% daripada kerugian ekonomi akibat gempa bumi Kobe tahun 1995.

* Dashyat..dashyat!!!

Saturday, March 12, 2011

Jepun mula mengistiharkan Darurat Nuklear selepas TSUNAMI.....

Selepas gempa bumi & tsunami melanda semalam, Jepun mengistiharkan darurat nuklear ke atas negaranya selepas kerosakan di dua loji nuklear ekoran gempa bumi tersebut. Beberapa reaktor nuklear dilaporkan gagal disejukkan ekoran kerosakan sistem penyejukannya. Dan dilaporkan kerajaan Jepun telah memberi amaran kemungkinan berlaku kebocoran radiasi & telah memindahkan penduduk2 di kawasan berhampiran.

* Walaupun tsunami semlm tak sekuat tsunami Asia 2004 tapi kemusnahannya consider teruk jugakla..........


Friday, March 11, 2011

Tsunami melanda Utara Jepun!!!!

Jepun dilanda tsunami besar di bahagian utara selepas digegarkan dengan gampa bumi berskala 8.9 magnitud petang ini (pagi waktu Malaysia)!!!!

Wednesday, March 9, 2011

Skim Rumah PertamaKU akhirnya dilancarkan......

Selepas ramai yg menunggu2 selepas diumumkan dalam perbentangan Bajet 2011 tahun lalu, akhir Skim Rumah PertamaKu dilancarkan semalam. Antara main point skim ini ialah:

1) Individu khususnya golongan muda yang berpendapatan bawah RM3,000 layak membeli rumah pertama dengan pembiayaan sehingga 100% berbanding pembiayaan ketika ini sehingga 90% dari nilai harga rumah. Yang dah ada rumah tak layak!!

2) Pembeli akan layak memohon utk pembelian harga rumah antara RM100k hingga RM220k dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.

3) Untuk pembelian rumah siap atau dalam pembinaan. Subsale @ belian dari tangan org mungkin tak kira kot.

4) Bagi pekerja swasta mesti sekurang2nya telah 6 bulan disahkan jawatan. Bagi yang bekerja sendiri tidak layak memohon tapi permohonan bersama dibenarkan dengan kedua2nya bekerja di sektor swasta & merupakan ahli keluarga seperti suami isteri atau adik-beradik.

5) Bayaran balik bulanan mestilah tidak lebih 1/3 drp pendapatan kasar pemohon tetapi boleh sehingga 50% jika ada sumber2 kredit lain yang layak dengan syarat2 bank.

6) Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menyediakan baki 10% terhadap harga rumah tersebut dengan kadar faedah yang biasa dikenakan....

7) Skim ini tidak boleh untuk tujuan refinance rumah......

Itulah serba-sikit maklumat yang bleh KM kongsi ngan anda.....Tak faham pi tanya bank sendiri sebab 25 institusi kewangan & bank mengambil bahagian dalam skim ini......

Tuesday, March 8, 2011

Loan umah dah lulus!!!


Dia senyum sampai ke telinga sebab loan umah dia dah lulus kali ke-2. Setelah cara pertama gagal mencukupi untuk melepasi keseluruhan harga umah maka kita pakai cara ke-2. Loan umah kita campurkan ngan personal loan untuk mencukupkan harga umah tersebut.

Katakan harga umah RM80k. Kebiasaannya bank akan beri sehingga 90% je pinjaman dari harga umah. Dalam certain2 keadaan, S&P mungkin boleh dinaikkan utk pastikan loan melepasi harga umah sebenar. Tapi kadang2 jumlah pendapatan serta potongan juga boleh menghalang kita mendapat jumlah maksima pinjaman.

OLeh itu, kita guna taktik kedua. Dapatkan 90% pinjaman melalui pinjaman rumah & baki kita apply personal loan. Maka berjaya juga kita memiliki rumah tanpa mengeluarkan duit dari simpanan. Bukan semua org mampu nak sediakan 10% cash di tangan tok beli umah.......

Kepada Abg Elvis, tahniah sebab usaha nak memilik rumah sendiri dah hampir menjadi kenyataan.....KM tumpang gembira!!!

Happy Women Day......


Hari 8 Mac bersamaan Hari Wanita Sedunia. Sambutan tahun merupakan yang ke-100 tahun sejak ia mula disambut pada 1911 di Jerman. Kepada semua wanita, KM ucapkan Selamat Hari Wanita.....wanita lambang kehebatan sebuah keluarga, masyarakat & negara....Tanpa wanita siapalah kita......

Monday, March 7, 2011

BN menang selesa di Merlimau & Kerdau.....Man U plak kalah selesa di Anfield....

Hari ini hari Isnin...hari yang kebanyakan orang jadi malas sebab kena mai keja lepas cuti mingguan. Anyway life must goes on.....

Bagi yang belum maklum, parti pemerintah BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Merlimau & Kerdau selepas calon2nya menumpaskan calon2 PAS. Mungkin lebih gembira buat BN ialah majoriti undi meningkat berbanding PRU 2008. Dengan kemenangan selesa itu adakah PM Najib telah bersedia untuk menghadapi PRUke-13???

Buat penyokong & petugas PAS & Pakatan Rakyat yang telah bertungkus-lumus diharap kekalahan itu tidak memadam semangat untuk menghadapi PRU 13 kerana kemenangan hanyalah sebahagian daripada cita2 perjuangan......Yang penting lawan tetap lawan hehehe.........

Begitu juga dengan Man United....kekalahan 1-3 di Nafield seharusnya tidak mematikan semangat untuk merangkul kejuaraan liga kali ke-19......hehehe (ayat menyedapkan hati peminat Man United).

* menanti hadiah kemenangan besar BN hehehe........

Thursday, March 3, 2011

Ning Baizura free concert in Penang........


Sebelum kerajaan negeri Pulau Pinang dah plan nak buat konsert free Datuk Siti Nurhaliza kt Stadium Batu Kawan hujung tahun lepas tapi terpaksa dibatalkan sebab alasan kesihatan Datuk Siti. Tapi kali ni bertempat di PISA pada 12 Mac ni, kerajaan negeri dah bersetuju utk adakan konsert percuma Ning Baizura sebagai meraikan kejayaan menarik pelaburan terbesar di Malaysia tahun 2010.

Konsert percuma ni terbuka kepada semua rakyat Malaysia, nak masuk just show ur MyKad. Stadium tertutup PISA boleh menampung kapasiti 9,000 pengunjung & kalau tak bleh masuk, bleh layan giant screen kat luar.

Kerajaan Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan bernilai RM12 bilion lebih iaitu kenaikan sebanyak 465% berbanding tahun sebelumnya.....syabas!!!!

Akademi Fantasia 9 tak jadi lantik Ahmad Dhani jadi pengetua???

Menurut sumber Mstar online, pihak Astro dah tak jadi nak melantik vokalis Dewa, Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9 ekoran bantahan serta rasa tidak puashati di kalangan banyak pihak. Ahmad Dhani bukan sahaja kontroversi dengan pelbagai pandangannya tetapi yg terbaru dikhabarkan bergaduh dengan wartawan di Jakarta.

* hehehe...dunia..dunia....

Wednesday, March 2, 2011

Affina Bay.....cam menarik!!!!

Tahun 2011 dah menginjak ke bulan 3, KM dalam proses akhir nak siap umah baru sebelum disewakan. Kalau fully furnished blehla sewa lebih sikit berbanding unit kosong. Lagipun KM target untuk Uitm female student tok sewa unit tu. Range sewa pun nampak menarik sekarang ni utk Casa Prima, harap2 blehla untung sikit2....

Bila unit ni dah disewakan blehla KM fikir nak cari unit baru. Antara papan iklan yang menarik minat KM beberapa minggu ni ialah unit kondo Affina Bay. Offer clearence unit ini ialah from RM189K. Memang menarik berbanding harga di pasaran melebihi RM300k tp masih menjadi persoalan kenapa ada unit kosong sehingga kini?? akan KM cari jawapannya nanti.......

Tuesday, March 1, 2011

Breast Milk Ice Cream..yummmy!!!!


Mungkin pelik tapi itulah kenyataannya yang berlaku di London apabila pihak berkuasa tempatan merampas ais krim yang dibuat daripada susu manusia. Sajian ini sebagai dessert dijual dalam martini glass dengan harga 14 pound @ RM69.....

Transformers 3:Dark of the Moon

Transformers 3: Dark of the Moon merupakan sequel dari filem Transformers 1 & 2. Merupakan sequel terakhir yang diarahkan oleh Micheal Bay & diterbitkan oleh Steven Spielberg & dijangka ditayang pada Julai 2011.

Dalam filem ini kita akan disaksikan watak Autobots yang baru iaitu Sentinel Prime yang merupakan master kepada Optimus Prime. Watak ini akan bertukar menjadi jentera bomba lapangan terbang.

Selain itu, watak Mikaela yang dilakonkan oleh Megan Fox akan digugur & Rosie Huntington-Whiteley akan beraksi sebagai Carly, teman baru Sam yang diadaptasi dari siri animasi asal 1984. So tunggu kemunculannya Julai nanti!!!

Hepi Besday Sinar FM!!!

1 Mac arini, radio komersil, Sinar FM menyambut ulangtahun ke-7 nya....seusia dengan perkahwinan KM yg berulangtahun pada 21 Feb lalu. KM & Mem memang suka layan radio ni terutamanya sebelah pagi. Kita ada Sinar Pagi yang ada Kak Engku (KE), Salih Yaacob (SY) & Kyril....memang merapu hehehe.... Penyampai2 lain pun sempoi cam Abby, Najman, ZZ & JJ dengan segmen masing2.....

* Dengar radio pun penting jugak kdg2 nak release tension waktu memandu dalam kesesakan, nak dapat berita2 terkini.....so KM suka layan radio time drive........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin