Saturday, December 31, 2011

Tahun datang dan pergi....kita juga makin tua....

Tahun Masihi 2011 akan melabuhkan tirainya beberapa jam daripada sekarang. Mungkin dah ramai bergerak menuju point2 sambutan tahun baru malam ni. Semuanya bermotifkan keseronokan dunia yang tak pernah padam hingga hujung kiamat.

Mungkin pada sesetgh org, kehadiran tahun baru sangat berkait dengan azam baru, perancangan baru dan bagai lagi (ada aku kisah hehehe...).

Pada KM, bila hari pergi, bulan berganti & tahun berganti, maka usia kita makin tuala...so bermaksud jua perjalanan kita di dunia makin singkat.....

Kepada yg bersedia nak menyambut tahun baru tu....selamatla menyambutnya....

Wednesday, December 28, 2011

Nur Batrisya turn to 7 today........



Hari ni 28 Dis, 2 hari selepas ulang tahun tsunami Asia ke-7, usia Nur Batrisya genaplah 7 tahun dalam kalender Masihi. Sambutan hari tua dia, KM dah bagitau sabtu ni kami belila kek untuk dia memandangkan Cikgu Watie pun dah start keja sejak kelmarin.


Minggu depan dia dah naik darjah 2....Buku2 sekolah pun dah siap beli.....just tinggal sikit2 je lagi barang sekolah utk dibeli.....


* So Selamat Hari Lahir anakku, Nur Batrisya......


Thursday, December 15, 2011

Fire engine terbabas langgar rumah orang......

Malam kelmarin, Pakcik Elvis telefon KM. Katanya ada kereta bomba langgar umah orang kat Penaga hehehe....KM cakap kalau dia nak pi tengok...dia pi la...

Arini berita tu tak sempat masuk paper lagi...mungkin esok adala berita dia. Sebenarnya fire engine dari Balai Bomba Kuala Muda tu on the way ke satu operasi tapi masa berkejar-kejar tu nak elak motosikal terbabas langgar umah orang....cedera jugala pakcik2 bomba kita tu...kesian.

Itulah malang ni memang tak berbau....Orang yg nak pi selamatkan orang pun kadang2 tak dapat nak selamatkan diri sendiri...semua ni kuasa Allah....

Layan Lagu Cincin....hehehe


video


Korek2 kat youtube...KM jumpa lagu menarik ni. Jom layan layu jiwang ni hehehe..............

Monday, December 12, 2011

Sultan Kedah berkenan melantik Majlis Pemangku Sultan

Tuanku Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah hari ni berkenan melantik Majlis Pemangku Sultan untuk memastikan pentadbiran & urusan Negeri Kedah berjalan lancar sepanjang perlantikan baginda sebagai DYMM yang Dipertuan Agong.

Majlis tersebut akan dianggotai oleh 3 orang adinda baginda serta anakanda baginda, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim. Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah akan menjadi pengerusi majlis tersebut.

Tuanku Sultan Kedah akan berangkat ke Istana Negara pagi esok untuk pemashyuran Baginda sebagai DYMM Yang Dipertuan Agong ke-14 dan sekaligus menjadi sultan pertama yg dilantik menjadi Agong buat kali ke-2 selepas dilantik pada tahun 1975.

* Sultan Kelantan plak bakal dilantik menjadi Timbalan Yang Dipertuan Agong..........

Saturday, December 10, 2011

Prof. Aziz Bari tinggalkan UIAM...

Ahli akademik juga pakar Perlembagaan yg kenyataan2 beliau tidak memihak kepada kerajaan BN akhirnya melepaskan jawatannya dan meninggalkan majikannya, UIAM. Beliau yg diselebungi kontroversi dgn beberapa kenyataan sejak dulu lagi tidak disenangi oleh kerajaan. Bulan lalu, khidmat beliau digantung oleh UIAM tetapi ditarik balik selepas desakan banyak pihak yg mahukan golongan akademik dibeli peluang utk menyatakan kebenaran bukannya sokong membabi buta.

Kepada Prof Aziz....tahniah atas pendirian beliau meninggalkan UIAM. Kita percaya org seperti beliau yakin rezeki bukan manusia yg tentukan tapi semua tu kuasa Allah. Cuma malangnya masih ramai yg takut nak bersuara tentang kebenaran semata2 takut takleh makan.....

Fenomena Gerhana Bulan pada 10/12/11

Fenomena gerhana bulan boleh disaksikan mulai 7.34 malam ini sehingga 1.04 pagi Ahad nanti. Gerhana bulan penuh akan bermula pada 10.06 malam dan berakhir 51 minit kemudian. So, malam nanti jangan lupa menyaksikan kehebatan ciptaan Allah ni, moga2 menambahkan ketaqwaan kita..insyaallah. Kepada sahabat2...jgn lepas peluang solat sunat gerhana....


Friday, December 9, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia: Manfaat pada rakyat atau pada kronisme???

Kalau niatnya nak menjual barangan keperluan harian pada harga yg murah, KM rasa semua org sokongla sebab sesetengah barang keperluan sekarang ni naik macam takdak kawalan.


Tapi kalau barangnya murah tapi berkualiti rendah atau membahayakan pengguna, itu amatlah tidak wajar. Macam projek susu sekolah....memang bagus tapi bila minum, budak2 sakit perut!!


So, make sure program Kedai Rakyat 1Malaysia ni menguntung dan bermanfaat pada rakyat khususnya golongan bawahan yg pendapatannya pun ciput.


Jangan jadikan projek ini sebagai projek kronisme yg menguntungkan sesetengah pihak yg membekalkan barangan murah yg tidak berkualiti & membahayakan pengguna!!!

Tengku Fakhry saman polis RM150 juta!!!

Putera Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry hari ni menfailkan saman RM150 juta kepada Ketua Polis Negara & 3 yang lain ekoran penahanan baginda & ayahanda pada 2009 ketika Tengku Ismail ketika sedang sakit.


Bagainda merupakan adinda kepada DYMM Sultan Muhammad V yg sekarang ni merajai Negeri Kelantan.

Thursday, December 8, 2011

Merintih Nasib Orang Melayu Penang???



Bekas Perdana Menteri, Che Det melalui tulisan terkini beliau dalam blog cuba merintih mengenang nasib orang Melayu Pulau Pinang waktu ini. Org Melayu termasuk segala macam bangsa yg diiktiraf Melayu di bahagian pulau kini tinggal mungkin around 20-30%. Di bahagian tanah besar or Seberang Perai mungkin besar sikit peratusannya.


Orang Melayu ramai yg berhijrah kuar dari Penang selepas menjual tanah mereka atau memilih untuk membeli hartanah yg lebih murah di pinggiran Penang seperti Kulim, Sungai Petani, Padang Serai dsbnya. Org Melayu ini majoritinya tidak mampu untuk memiliki atau membeli hartanah di Penang yg nilainya terlalu tinggi malah di sesetgh lokasi lebih mahai dari KL mungkin.


Ada juga yg kuar daripada Penang kerana dengan kemampuan mereka, mereka tidak mampu untuk memiliki hartanah landed. So pilih kawasan lain yg lebih mampu utk mereka beli hartanah landed. Tapi mereka masih berulang-alik untuk bekerja di Penang.


Senario ini bukan baru tapi telah lama berlaku. Sejak KM budak2 lagi KM dah dapat rasakan perubahan ini. Orang Melayu kita juga cenderung menjual hartanah mereka bila mendapat tawaran yg lumayan dari kapitalis. Mereka tidak hairan apa yg bakal terjadi nanti...yg penting fulusnya masyuk.


Persoalan hari ni Che Det cuba merintih keadaan yg berlaku tetapi apakah yg dia dan kerajaan BN (Persekutuan & Negeri) buat selama memerintah lebih 50 tahun? Adalah dengan menuduh kerajaan Pakatan Rakyat anti-Melayu dapat menutup segala kepincangan UMNO/BN dalam membela org Melayu Pulau Pinang selama ini??

Wednesday, December 7, 2011

Vacancy! Kerja kosong! Mari..mari



Korang tengah cari kerja? Kedai hardware kat umah KM ada kekosongan keja. Selain driver lori ada keja KOREK lori kekekeke.........Sebenarnya tokei kedai tu nak cari kolek lori (bahasa utara) atau kelindan lori. Tapi slang dia terlalu dalam sampai tulis pun dah jadi korek lori hehehe.....



Tuesday, December 6, 2011

Ombak Rindu...best ke??



Best ke cerita Ombak Rindu ni? Katanya 4 hari tayangan bleh collect hingga RM4 juta!! Dashyat ni...Filem yg diadaptasi dari novel tulisan Fauziah Ashari membariskan beberapa pelakon terkenal tanahair seperti Osman Ali...bukan2 tu director dia. Pelakon dia, Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani & ramai lagila..


Mem dah berhajat nak tengok cita tu tp KM xmai semangat pun nak tengok...tp semuanya bleh dipertimbangkan. Sedangkan kilang buat sales mangkuk pinggan kita bleh terjah inikan plak panggung wayang...Semalam gi bookstore cari novel dia tapi unit dah sole out. Kena tunggu order baru...


Friday, December 2, 2011

Program Anak Emas Pulau Pinang RM200

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Lim Guan Eng pada sidang akhbarnya 1 Disember lepas mengumumkan penambahbaikan pada Program Anak Emas Pulau Pinang dengan menambah sumbangan one off daripada RM100 kepada RM200 seorang bayi yang baru lahir.


Ibu bapa layak memohon untuk bayi yg lahir sejak 1 Januari 2011 & pembayaran akan mula dibuat mulai 1 Januari 2012. Antara syarat lain ialah salah seorg drp ibu bapa bayi tersebut mestilah pengundi berdaftar di Pulau Pinang.


Pendaftaran boleh dibuat di mana-mana pejabat wakil rakyat yg berkaitan....jgn korang pi pejabat wakil rakyat UMNO plak hehehe....sure depa kata duit haram plak....hehehe...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin