Tuesday, July 31, 2012

Kadar Zakat Fitrah Untuk Negeri Pulau Pinang tahun 2012

Pejam celik, pejam celik, kita sudah memasuki hari ke-11 Ramadan tahun ni. Bagaimana dengan puasa kita? ibadah kita? keinsafan kita? kesedaran kita? semuanya kita fikir dan tentukan sendiri...

Setahun sekali ni juga menjadi kewajiban kita untuk menunaikan zakat fitrah pada diri & tanggungan kita. MUngkin ada yg memilih awal untuk menjelaskan fitrah ini tapi ada juga yg suka last minut baru nak buat hehehe...anda tentukan.

Untuk negeri Pulau Mutiara, kadar fitrah tahun ni kekal pada nilai RM7 seorang & kalau KM insyaallah kena kuarkan RM28 ....

Kepada semua selamat berpuasa & selamat menunaikan fitrah!!!

Tuesday, July 24, 2012

Penyokong Arsenal bakal berputih mata??

Berputih mata bukan sebab Harimau Malaya terlalu kuat untuk menumbangkan Arsenal tapi The Gunners berkemungkinan besar kehilangan kapten mereka, Robin Van Persie menjelang musim baru 2012/13 ini.

Van Persie yang menuntut gaji baru sekitar 190k pound sterling after tax dijangka menjadi perebutan antara Man City, Man United dan Juventus.

KM melihat pemergian bintang utama Arsenal ini menyebabkan mereka hilang motivasi & sentuhan untuk mencabar. Pastinya cupless lagi untuk mereka musim ini!!!

Thursday, July 19, 2012

Tarikh melihat anak bulan & penetapan puasa tahun 1433


Insyaallah hari ni, pihak berkuasa Malaysia akan menjalankan acara melihat anak bulan Ramadhan untuk menetapkan permulaan puasa bagi negeri2 di seluruh Malaysia berdasarkan rukyah & hisab. Tapi orang ramai menjangka permulaan puasa bagi tahun hijrah 1433 pada hari Sabtu, 21 Julai 2012.

Kepada semua sabahat & rakan2, KM mengucapkan Selamat Berpuasa. Semoga Allah merahmati & memberkati puasa kita kali ini, insyaallah..

Tuesday, July 17, 2012

Duit baru @ note Bank Negara Malaysia 2012 memasuki pasaran...


Tak silap KM mulai 15 Jualai lepas, note baru BNM mulai memasuki pasaran untuk menggantikan design yang lama. Edisi baru ni mengembalikan note nilai RM20. Dengan pengeluaran note baru ni, insyaallah duit raya tahun ni pun guna duit baru le hehehe...

* pada KM, nilai duit bukan terletak pada kecantikannya atau designnya tapi pada nilai mukanya hehehe......cantik sekalipun duit 10ringgit tapi tak sama nilainya dengan buruknya duit RM50!!!

Monday, July 16, 2012

MasterChef Selebriti Akhir: Dato' Fazley vs Angah Raja Lawak

 Sesiapa pun mungkin tak menjangka Angah Raja Lawak yang KM sifatkan sebagai peserta underdog melangkah ke Grand Final MasterChef Selebriti Malaysia untuk menentang peserta pilihan Dato' Fazley Yaacob. Angah menyingkir peserta faveret juga, Juliza Adlizan (mungkin ramai juga yg suka beliau tersingkir).



Ramai mungkin memilih Dato' Fazley untuk muncul juara & beliau akan menyediakan western food pada saingan akhir manakala Angah akan menyediakan masakan tradisional tak silap KM. Anyway. selamat berjuang pada mereka!!

Saturday, July 14, 2012

Rozaimi Abd Rahman aka Neymar Malaysia??


Selepas meletopp di kelayakan Piala AFC bulan lepas, Rozaimi Abd Rahman meledak lagi. Malam ini, Rozaimi membantu negeri kelahirannya, Sabah memenangi pinga emas SUKMA dengan menewasakan Perak, 3-0 di Kuantan, Pahang.

Yang menariknya, Rozaimi membuat penampilan dengan rambut ala pemain Brazil, Neymar. Rozaimi yang telah menempah namanya di Wikipedia akan mewakili Selangor untuk kempen Piala Malaysia nanti. Dia juga dilaporkan sedang diintai oleh kelab Liga Thailand.

Nama Rozaimi, pemain Piala Presiden Sabah tiba2 saja meniti di bibir2 peminat bolasepak tanahair. Hopefully, dia akan diberi peluang untuk membarisi skuad kebangsaan menentang Arsenal ataupun Man City!!!

Friday, July 13, 2012

Saya bleh dapat RM24K sebulan dengan berblog??

Kalau blogger cm KM sure tak mampu nak dpt sebyk tu tapi org lain mungkin bolehlakan...Nak dapat RM24 setahun belum tentu hehehe....

Kalau melalui cara lain mungkin bleh...Lama sudah tak bercerita dengan kedai runcit KM. Sudah hampir 5 bulan menjadi peniaga runcit. Niaga kecil-kecilan....

Anyway..alhamdulilah dengan perniagaan KM...walaupun kurang tumpuan tapi KM ada player2 yg boleh memajukan perniagaan ini. KM beri kuasa & modal sendiri pandai rolling....Hasilnya KM pulangkan berdasarkan komitmen & hasil yang kita dapat...Aku jadi boss, insyaallah orang bawah takkan menderita...

Alhamdulilah..kedai kecil KM sudah mampu mencapai sales harian melepasi RM800. Kalau berterusan, sebulan sales boleh mencecah RM24,000....Andainya KM kira untung kasarnya sekitar 10% sahaja dan kemudian ditolak kos2 seperti upah pekerja & sewaan, KM masih lagi untung walaupun sikit....Alhamdulilah...ada untung lagi maa!!!

KM dalam stage meninjau kalau2 ada premis atau peluang baru untuk buka cawangan lain...tentang modal insyaallah kita bleh cari...Kalau ada 2 cawangan mungkin perlu tumpuan lebih...mungkin bleh ucap selamat tinggal pada kerja tetap sekarang yg menyakitkan jiwa....bayangkan nak masuk ofis pagi2 rasa cam separuh jiwa ku mati hahaha..besar punya falsampah!!

Insyaallah KM berharap Allah memberi kelapangan rezeki kepada KM...kesenangan KM kesenangan orang sekeliling juga...KM tak makan sorang sebab nafsu makan KM pun tak sebesar mana...kdg2 makan sekali ja sehari hahaha....

Thursday, July 12, 2012

Rintihan di malam Jumaat.....

KM kira org yang selalu cpt meningkat naik dlm negara, masyarakat mahupun dalam komuniti pekerja, antara sifatnya ialah suka memutar (tak semuala). Orang begini pandai memanipulasi keadaan & situasi org lain. Ligat dalam membuat percaturan berdasarkan situasi semasa. Pandai berpura2 & bahaya dalam kata2.

Berhadapan org2 macam ni, memang mematah semangat KM. Yang ada cuma jasad saja yg terus berkerja tapi jiwa sudah tiada. KM mungkin tak pandai berterus-terang & belum ada kekuatan utk berterus-terang. Tapi syabas kepada my colleague yg telah MELEDAK!!! Keberanian anda, KM tabik!! Anda tidak membiarkan salah laku berterusan....biar ada orang tahu, ada antara kita yg tidak berdiam saja...

Ceritanya mudah...bagaimana mahu jadi adil kalau kita DOUBLE-STANDARD?? Bagaimana mahu jadi orang dihormati kalau kita menilai orang mengikuti FAVOURITISM??

KM bercakap sebagai antara MANGSA saja....Bila KM cuti pasti ada bisik2 bertanya kenapa KM bercuti? Sakit? Sibuk dengan kerja lain?? Saja2 ?? Malas??

Tapi yang pasti KM bercuti atas cuti tahunan atau cuti sakit!!! Kalau dah habis cuti...KM tak bercuti...betul tak cik kerani cuti yang budiman?? Tapi KM juga yang selalu jadi mangsa....

KM ingin memulangkan buah keras kepada yg suka bertanya....Bagaimana dengan mereka yg bercuti tanpa ada kelayakan cuti??? Patutnya bleh kena potong gaji tu tapi alasannya kita kena faham masalah mereka...Aiitt jawapan camtu bleh ke?

Bagaimana plak yg suka tipu cuti?? Ambik cuti tanpa rekod atau merekod cuti secara salah!!!...Ini ibarat kuman di seberang laut nampak tapi gajah depan mata buat2 tak nampak hehehe...betulkan cik Karam???

Banyak lagi yg berbuku tapi malas nak berbasa-basi dengan sikap begitu...kita ibarat mentimun...digolek, dilambung akhirnya sakit itu milik kita jua....

Cuma bersabar dengan keadaan & melihat kemampuan kita untuk bertahan....Kalau dah tahan nanti aku MELEDAK juga....

Anyway syabas sekali to my colleague...i think it's great move!!! Anda berani...aku??? hahahaha....i simpan bedilan!!!!

Arsenal new away kits 2012/13..


Kelab EPL yang akan berkunjung ke Malaysia untuk pra-musim, Arsenal telah memperkenalkan away jersi terbaru untuk musim 2012/13 akan datang. Yang menariknya mereka menggunakan tema pink & purple untuk jersi tersebut. Nampak lebih fancy sikit!!!

Kesesakan teruk di Jambatan Pulau Pinang 12/7/12

Jambatan Pulau Pinang sebelah pagi ni (12/7/12) mengalami kesesakan teruk di kedua-dua arah ekoran satu kemalangan maut di kilometer 1 menuju ke Seberang Perai itu menghampiri susur keluar ke Tanah Besar.

Kesesakan berpanjangan hingga ke USM & arah menuju ke pulau juga sesak teruk kerana pemandu memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian yang berlaku.

Tuesday, July 10, 2012

Malaysia vs Man City...30 July 2012


Selain Arsenal & QPR, Man City juga dijadualkan akan berkunjung ke Malaysia untuk program jelajah pra-musim 2012/13. Juara BPL itu akan melayan tuan rumah, pilihan Malaysia di Bukit Jalil, 30 Julai nanti.

Mungkin peminat2 Man City di Malaysia mengharapkan kehadiran bintang seperti Kun Aguero, David Silva, Yaya Toure, Tevez dsbnya. Berita baik untuk Man City ialah pengurus mereka, Roberto Mancini baru saja pen new contract hingga 2017 dan sekaligus menutup spekulasi beliau diintai oleh Persekutuan Bolasepak Russia untuk dijadikan pengurus kebangsaan negara itu.

MasterChef Selebriti Malaysia akhir....siapa pilihan anda?


MasterChef Selebriti Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Ketika ramai menyangka Farouk Hussein akan meninggalkan dapur MasterChef sebelum persaingan akhir, pihak juri membuat keputusan untuk memanggil semula beliau untuk turut serta ke pertandingan akhir bersama 4 lagi finalis iaitu Dato' Fazley, Juliza Adlizan, Soo Wincci & Angah Raja Lawak.

Di atas kertas, Juliza kelihatan confident untuk merasakan beliau faveret untuk muncul juara sulung MasterChef Selebriti ni. Berdasarkan episod2 sebelum ini, beliau kelihatan yakin dengan kemampuan sendiri serta kelihatan juga memandangkan rendah pada peserta lain.

Dato' Fazley & Soo Wincci mungkin juga antara faveret untuk muncul juara berdasarkan kemampuan mereka sehingga kini. Angah & Farouk rasanya calon underdog. Mereka hampir2 tersingkir dalam ujian penyingkiran semalam tapi Angah menang ujian tu & Farouk mendapat surprise untuk ke final!!

So, ada bagaimana? siapa pilihan anda???

Monday, July 9, 2012

BR1M kali kedua dalam pertimbangan...

Itulah kata Timbalan Menteri Kewangan ketika menjawab soalan di Dewan Negara hari ini. So, kepada rakyat yg telah mendapat bantuan RM500 kali pertama aritu mungkin ada sikit sikit gumbirala....hehehe...doa2 kalau dapat lagi.

Anyway, jika sentimen sokongan kepada BN menjelang PRU-13 masih tidak menyakinkan, rasanya tak mustahil kerajaan akan hulur lagi sorang RM500.

Yang terbaru Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) & apa ntah lagi....

Buta IT, Celik Ringgit...new ebook from Abang Ensem (AE)

Akhirnya KM berjaya juga menjadi bakal pembeli terawal ebook terbaru Abang Ensem (AE) berjudul 'Buta IT, Celik Ringgit' yang akan dilaunchkan pada bulan Ramadhan ni. 20 pembeli terawal akan menikmati diskaun ebook tersebut pada harga RM20 sahaja.

Ebook tersebut dijangka menceritakan tentang kemampuan penulis (AE) sendiri menjana pendapatan tambahan melalui internet walaupun beliau agak kurang pengetahuan IT pada awalnya. Apa yg beliau buat? bagaimana beliau buat? apa teknik/strateginya sila dapatkan buku ini nanti..

Sunday, July 8, 2012

Tahniah ELLA!!! Semoga perkahwinan kekal bahagia...


Alhamdulilah, akhirnya Ratu Rock ELLA @ Norazila Aminuddin menamatkan zaman bujang beliau pada usia 46 tahun. KM ingat Ella nak membujang sampai bila2 tapi takdir Allah itu lebih baik untuk Ella. Semoga rumah tangga beliau bahgia....

Friday, July 6, 2012

Gelas McDonald...aku ada, ko ada??


Macam biasa, peminat & pengumpul collectibles jgn lepaskan peluang mengumpul koleksi 6 edisi gelas Olimpik McDonald yang start hari ini bersama set Coca-Cola menu.

KM baru ja singgah drive-thru & kelihatan ramai dah mula menyerbu utk dapatkan koleksi ni. Mungkin esok lusa sure abis stock!!

Edisi 6 gelas akan berlangsung selama 6 minggu & sure hot!!!

Promosi Carlsberg Sempena Ramadhan?? Memang kurang ajaq!!!


Berdasarkan maklumat, promosi jualan arak ni dibuat oleh The Store di Sri Petaling. Kalau nak juai arak pun, agak2la sensitiviti org Islam. Bulan Ramadhan tu sikit punya mulia ka tapi arak tu sikit punya haram ka nak diregukan?? Minum arak dalam hukum Islam bleh kena sebat 40 rotan!!

Inilah nasib Islam di negara yang orang Islam sendiri tak reti nak menghormati Islam!!! Chua Soi Lek lagi cilaka bila dia kata ADUN Umno kat Johor yg cadang nak HUDUD  gila!!! Kepala UMNO lain buat pa? Takdak teloq ka??? hahaha....


Malaysia lwn Arsenal tanpa Van Persie???


Skuad Malaysia dijadualkan bertemu Arsenal pada pertemuan persahabatan pra-musim The Gunners pada 24 Julai nanti. Yang menjadi teka-tekai sekarang ialah sama ada kapten Arsenal akan turun serta setelah beliau enggan menandatangani kontrak baru dengan The Gunners.

Kontrak asal akan berakhir hujung musim hadapan & Arsenal mungkin tengah berkira2 untuk menjual beliau untuk mengelakkan beliau terlepas secara percuma. Antara kelab yg dalam radar untuk menyambar bintang Belanda ini ialah Man City. Turun mengintai ialah juara Serie A, Juventus.

Penyokong2 Arsenal mungkin akan bersedih untuk kehilangan ini hehehe...

Thursday, July 5, 2012

Uncle Seekers ditahan polis plak...

Ahli paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau dikenali Uncle Seekers kena tahan polis semalam berikut laporan polis yg dibuat terhadap beliau. Dia dikatakan menyiarkan beberapa artikel atau tulisan di laman blog beliau, uncleseekers.blogspot.com yang didakwa menghina kerbat raja Johor.

KM penah ke blog beliau & memang byk artikel yg beliau tulis kepada kerabat Johor. Beliau sebelum tu penah mengeluarkan artikel kontroversi berhubung hubungannya dengan bekas Permaisuri Agong.

Buffered Earning....Menanti BE sulung selepas 6 bulan...

Menulis di blog memang memberi kepuasan terutama bila kita mempunyai idea yang banyak utk berkarya. Lebih menambah kepuasan apabila usaha kita mampu memberi pulangan dalam bentuk tunai walaupun sedikit. Walaupun ada orang kata, duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit sekarang ni. Tak caya? nak melepaskan hajat pun kena duit tau!!

Anyway, sebahagian besar blogger mendaftar dengan perantara pengiklanan seperti Nuffnang misalnya. Dengan harapan situasi menang-menang akan memberi pulangan dalam bentuk kewangan.

Ramai yg selalu mengharapkan mendapat Buffered Earning (BE) kerana BE lebih berpotensi memberi hasil yg lebih tinggi berbanding CPC biasa. Malah dengan rates BE yang tinggi, ada blogger yg mampu menjana pendapatan 3 hingga 4 angka.

Bagi KM, blogger picisan yang entrynya tak seberapa juga masih mengharap BE sulung selepas 6 bulan lebih menunggu!! Kali terakhir KM dapat BE, Disember tahun lalu!!! Lamanya menunggu hahaha....Anyway lama pun, semangat belum hilang untuk terus menulis....aku menulis bukan kerana duit tapi kalau bagi aku sapu ja....Bonus camna?? Berita palsu?? KM dah tahu...ada yg nak memancing di musim pilihanraya ni hehehe....PM Najib sila beri respon....



Wednesday, July 4, 2012

Bila nak resign??? soalan takleh blah hehehe....

KM terima sms dari Cikgu Watie berbunyi " Bila nak resign?"

Terkasima sekejap & tersenyum sendiri sekejap....

Cikgu Watie memang sporting & memahami kesukaran yg KM alami sekarang.

KM plak sedang fikir panjang sebab persediaan berbuat demikian sangatlah penting...Keberanian untuk berbuat demikian sangatlah penting.

Keputusannya? Entahlah....bergantung pada keadaan...

Pemenang Teka Juara EURO 2012...

Menjelang EURO 2012 aritu, KM ada minta anda meneka pasukan manakah yg akan menjuarai EURO kali ini. Tak ramai yg sudi meneka tp terima kasih buat yang sudi. Di antara beberapa tekaan, Encik Khairul Bakhtiar telah memilih Sepanyol untuk muncul juara sekali lagi....

Memandangkan KM terlupa address blog beliau, mohon beliau respon entry ini untuk KM kirimkan saguhati tekaan tepat beliau. Harap maklum!!!


** Hadiah berupa tunai...berapa? biarla rahsia hehehe....

Perkhidmatan Telegram ditamatkan berkuatkuasa 1 Julai 2012...

Suatu masa dulu ketika tiada lagi perkhidmatan komunikasi yg canggih seperti internet, telefon, mobile phone dsbnya, perkhidmatan telegram mungkin sangat penting untuk menghantar berita yg mustahak dan segera.

Namun masa berlalu pantas, selepas menabur jasa lebih 138 tahun & kepentingannya mula pudar dengan kehadiran medium2 baru, Telekom Malaysia @ TM akhir mengumumkan penamatan secara rasmi perkhidmatan telegram berkuatkuasa mulai 1 Julai 2012.

Sekalung tahniah & jasamu dikenang buat TELEGRAM!!!

Tuesday, July 3, 2012

Cek Nuffnang dah sampai??


Sebenarnya bukan cek Nuffnang yang KM terima sebab dalam masa terdekat KM tak penah pun cash-in income dari Nuffnang sebab totalnya tak seberapa pun. Cek di atas daripada Takaful Malaysia untuk Rebat Tanpa Tuntutan atas takaful kereta.

Insyaallah separuh daripadanya akan disumbangkan kepada fund untuk program sumbangan Ramadhan nanti. Alhamdulilah juga sebab ada sahabat yang sudi menyumbangkan. Terima kasih kepada Pakcik Elvis aka Tuan Rumah Kedahung yang sudi menghulurkan sumbangan. Moga kerja buat anda diberkati Allah.

Secara keseluruhan dana untuk program sumbangan Ramadhan masih rendah & kalau convert baru boleh dapat 6 kampit beras. So, kena kerja keras lagi untuk increase fund tersebut menjelang Ramadhan yang tinggal kurang 3 minggu lagi.


Malaysia 1 Myanmar 2...Harimau Muda pulang hampa!!

Kekalahan 1-2 ke atas tuan rumah, Myanmar menyaksikan Malaysia terlepas peluang untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia Bawah-22. Kegagalan ini memang memeritkan serta menghampakan harapan penyokong & peminat yg menaruh harapan tinggi terhadap skuad kendalian Ong Kim Swee.

KM pun tak pasti apakah ramuan atau rancangan yang perlu dilakukan lagi sekiranya dengan pasukan Asia Tenggara seperti Myanmar pun tak mampu kita tundukkan. Pendedahan demi pendedahan sehingga ke luar negara tapi kita masih gagal. Yang pasti kita telah terlepas peluang untuk beraksi di satu pertandingan kompetatif yang lebih baik daripada persaingan Piala AFF.

Kelantan vs QPR....19 Julai!!

Skuad Kelantan dijadualkan bertemu pasukan Liga Perdana Inggeris milik Tony Fernandez, Queens Park Rangers (QPR) pada satu pertemuan persahabatan 19 Julai ini di Stadium Shah Alam.

Perlawanan dijadual 9.15 malam memandangkan ia berlangsung dalam bulan puasa & tiket2 berharga RM33, RM53 & RM73.

Gangguan Perkhidmatan Internet JARING

Sesiapa ada menghadapi masalah akses internet awal pagi ini?

Untuk makluman semua, perkhidmatan internet JARING mengalami masalah sejak pukul 5 pagi tadi & pengguna tidak dapat mengakses perkhidmatan internet mereka.

Rasa after pukul 10 pagi perkhidmatan telah dapat dipulihkan....

Monday, July 2, 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)...

Apabila kerajaan merasakan sebahagian rakyat sudah pandai berfikir & tidak berada dalam kepompong tradisional hanya menurut apa saja yg diperkudakan oleh kerajaan kepada rakyat maka pelbagai insentif & bantuan akan diberikan untuk menjaga rakyat.

Terbaru, kerajaan melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) untuk tujuan mengurangkan kos sara hidup mereka sepanjang pengajian. Melalui kad ini, mahasiswa akan mendapat potongan/diskaun harga antara 5 hingga 60% di lebih 50 syarikat & 30 koperasi yg terlibat dalam program ini. Berkesan atau tidak tunggu bila ia dilaksanakan...

Motif penting...kerajaan apabila merasakan kuasanya rapuh & rakyat sedia berubah maka dia akan cuba buat yg terbaik untuk memastikan rakyat sentiasa dengannnya.....tanpa rakyat siapalah kerajaan....


Bonus raya untuk kakitangan kerajaan??? Kalau bagi ambik saja....

Hebohla arini di media sosial & mulut ke mulut, orang bercakap yang kakitangan awam nak dapat bonus menjelang raya nanti. Bab duit  ni semua orang suka & pantang disebut pasti akan orang akan bercakap. Linkkan plak dengan artikel suratkhabar yang entah bila tarikhnya maka hebohla kerajaan nak bagi bonus minima RM500 hehehe.....

Anyway kalau bagi pun bagus & mungkin dalam fikiran PM Najib pun dia pun berhasrat nak bagi...terutama melihatkan sokongan semasa kepada kerajaan!!!

Peluang Niaga Di Bulan Ramadhan..

Lebih kurang 3 minggu lagi umat Islam akan menerima kunjungan bulan mulia, Ramadhan al-mubarak. Golongan peniaga ramai terutama peniaga makanan ramai dah start cari tempat atau peluang niaga di pasar Ramadhan.

Ada yang telah dapat tapak niaga. Ada yang baru nak cabut undian. Ada yang dah start rancang menu & pelbagai lagi. Yg tak niaga pun cuba2 nak meniaga, cari duit raya.

Selain meniaga hidangan berbuka puasa, apa kata anda try plak menyediakan hidangan bersahur. Mungkin ada yang dah buat tapi mungkin tak ramai. Kalau anda takde premis yang sesuai untuk meniaga makanan bersahur mungkin bleh try secara delivery macam penghantaran pizza tu. Setkanlah senarai menu setiap hari kemudian iklankan. Mungkin dapat memudahkan golongan yg berkerja khususnya yang kerja secara syif.

* Jangan plak korang niaga sahur kol 7 pagi....ini buat tabiat namanya hehehe...

Malaysia vs Myanmar...Harimau Muda perlu menang!!

Kisah EURO 2012 sudah pun melabuhkan tirai. Walaupun kecewa dengan perlawanan akhir awal pagi tadi yg berat sebelah selepas Italy bermain 10 pemain tapi hakikatnya Sepanyol telah dinobatkan selaku juara 2 edisi berturut-turut.

Tumpuan sekarang terarah kepada cabaran skuad Harimau Muda di Kelayakan Piala Asia Bawah-22 di Myanmar. Skuad kendalian Ong Kim Swee akan berdepan dengan tuan rumah pada perlawanan terakhir esok dengan tekad perlu menang untuk sekurang-kurang layak secara automatik selaku runner-up Kumpulan G.

Cabaran Myanmar dilihat agak sukar terutama bermain di laman mereka & mereka berkedudukan ke-2 di belakang pendahulu kumpulan, Korea. Manakala kita berada di kedudukan ke-3. Menang adalah keputusan wajib kerana jika gagal Malaysia mungkin sukar untuk pusingan akhir berdasarkan format kelayakan hanya 1 pasukan tempat ketiga dari kesemua kumpulan akan ke pusingan akhir nanti.

Semoga ROzaimi Abd Rahman dan rakan-rakan akan meledak lagi esok!!!!

Sunday, July 1, 2012

EURO 2012 Final: La Roja vs Azzurri

EURO 2012 sudah sampai ke kemuncaknya hari ini. Perlawanan akhir atau perlawanan ke-31 untuk edisi kali ni. Stadium Olimpik Kiev, Ukraine akan menjadi venue penutup selepas Poland membuat pembukaan.

Pedro Proenca dari Portugal akan mengadili perlawanan akhir antara juara 2008, Sepanyol dengan pasukan tradisi, Italy. Peluang dilihat 50-50 dan peminat yg relevan pasti tidak berani untuk claim yg pasukannya mempunyai peluang lebih untuk muncul juara, lebih sekadar berharap!!

Sepanyol mahu mencari kejuaraannya yg ke-3 selepas 2008 & 1964 mereka menjuarai Piala Henry Delaunay. Manakala Azzurri pula mencari kejuaraan kali ke-2 selepas hanya sekali menjuarainya pada 1968.

I pick Azzurri to upset againt even majority still choose La Roja!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin