Thursday, June 11, 2009

Cerita-cerita dunia

Rasanya hampir 2 minggu KM tidak menulis. Bukan tidak mahu menulis tapi sibuk ngan keja hakiki & kerja sampingan, menguruskan duit orang. Jika kurang fokus, KM boleh mencatat kerugian. Sepanjang tidak menulis ini byk sekali isu yg terus mendominasi negara ini.

Virus Selsema Babi (H1N1) tampak jauh dr penyelesaiannya. Sehingga artikel ini ditulis terdpt lebih 9 kes jangkitan H1N1 & mungkin berpuluh kes disyaki di seluruh hospital di Malaysia. Manakala kelmarin, menurut jurucakap WHO, mereka dalam langkah utk mengistiharkan H1N1 ini sebagai salah wabak berjangkit di seluruh dunia. Cuba anda bayangkan kesannya nanti?

Jika ekonomi tampak mungkin mengambil masa utk pulih, masalah jerebu & pemanasan iklim juga makin buruk terutama di sesetengah kawasan. Sesetengah kerajaan negeri tengah menimbangkan untuk catuan air jika keadaan kering & kemarau ini berterusan untuk 2-3 bulan lagi memandangkan penurunan kadar air di empangan.

Keadaan politik Malaysia tampak sunyi sedikit sehari dua ini walaupun PAS sebaik tamat muktamar parti ahad lalu menerbitkan kembali isu kerajaan perpaduan yg sebelum ini ditentang sebahagian besar ahli parti. KM memerhatikan juga dari jauh apa sebenarnya berlaku sama ada dorongan sebahagian pemimpin utk merealisasikan hasrat itu atau semua lebih kepada bagaimana media @ musuh memainkan isu itu utk melemahkan kekuatan dalaman parti atau sekurang2nya meleraikan ikatan parti2 dalam Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, ketika kerajaan belum lagi memberi kata putus terhadap pelaksanaan PPSMI, al-menteri pendidikan bersuara utk mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib utk lulus SPM serta mengurangkan pengambilan subjek SPM kepada 10 subjek sahaja. Bila KM tgk tv semlm, ramai yg beri mcm alasan utk meyakini hasrat menteri itu bagus. (tv tentula nk tunjuk org yg setuju sahaja. Kalau tidak abisla kerja editor berita tv itu). KM pun cakap bagusla senang walaupun dari pemerhatian KM sama ada di bandar atau di kampung (lagi terukla) ramai lagi org kita yg bukan sahaja penguasaan BI nya teruk tapi BM pun lingkup.Tapi KM rasa, adalah lebih senang kerajaan tukar ja terus bahasa kebangsaan kepada BI. Itu lebih afdal & semua dasar2 pelajaran lebih senang kita nak gubal kalau BI dah bahasa kebangsaan. Hehehe....biarkan Melayu ini hanya tinggal KTM saja atau pun baju Melaju saja......puashati bangsa Melayu sendiri...

Lebih kurang dalam tempoh KM berdiam ini, sebahagian besar bumbung Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu telah runtuh. Nasib baik perasmian Sukan Staf-staf IPTA seluruh Malaysia berlangsung beberapa hari selepas tu. Kalau pada hari yg sama, berapa ramai plak orang yang akan kehilangan orang tersayang. Motifnya, makanlah rasuah byk-byk sebab pemberi & pemakan rasuah tempatnya nyata di dalam neraka.

Dalam marah2 dengan kedurjanaan yg berlaku, KM ada kesempatan utk ucapkan Selamat Hari Bapa. Bila? KM tak pasti. Yang pasti dalam bulan Jun. Dalam kita mengingati kemurnian ibu membesarkan kita, jgnlah kita lupa tentang kepayahan bapa juga membesarkan kita. KM sendiri tak mampu nak ulas bagaimana utk menyatakan kehebatan kasih sayang bapa itu. Cuma jika dia masih ada, berbaktilah pada dia sebagai anak. Tapi jika dia telah tiada, selalu berdoa agar dia sejahtera.


Akhirnya, Selamat Hari Bapa utk semua bapa-bapa.

Thursday, May 28, 2009

Man U Tersungkur Di Rome..........

Berat mata memandang, berat lagi kekecewaan yg dipikul oleh seluruh team Man U & penyokong2 setelah kecundang di tangan Barcelona dalam final European Champions League di Rome pagi tadi. Hasrat mereka untuk menambah koleksi kejuaraan musim ini tidak kesampaian apabila ditumpaskan oleh pasukan dr Catalan dengan jaringan 0-2.

Jaringan oleh Samuel E'too & Lionel Messi sudah cukup memusnahkan harapan United untuk mempertahankan kejuaraan yg dimenangi mereka musim lalu. Berdasarkan undian media & di internet, Man U turun selaku pilihan utk bergelar juara. Malangnya, sejak awal kesebelasan diumumkan KM sudah jangka Man U akan kena hehehe....Lebih malang, cubaan2 Christiano Ronaldo secara bersendirian di awal perlawanan nampak macam dia megah hendak menjadi hero di perlawanan akhir. Tp itulah malangnya Man U kerana terlalu konfiden hehehe....



Kepada Barcelona, sekalung tahniah kerana berjaya menjawab keangkuhan Red Devil. KM rasa duit gaji bulan ramai yg susut kerana bertaruh or betting atas Man U hehehe......sesungguhnya berjudi, bertenung nasib itu haram.......so jgn main judi.

* Kalau musim ni Man U kalah 2 kali ngan The Red's, takkan Barcelona mereka boleh tumpaskan. Lagipun ramai pengulas/penganalisis mengandaikan laluan Man U ke final lebih mudah berbanding pasukan pilihan yg lain. Pendek kata, coba lagila tahun depan hehehe......

Tuesday, May 26, 2009

Happy Holiday.........

Cuti persekolahan dah nak mula hujung minggu ni. Cuti sekolah takpe, jgn cuti umum. Itu akan merugikan perkiraan KM sebab sure market akan tutup. Bila cuti sekolah, ramai org plan nak bawak anak2 gi jalan2. Bila cuti sekolah, ramai orang rancang mengadakan kenduri kawen. Bila cuti sekolah, ramai juga yg mengerjakan umrah.

Cuti sekolah ini nikmat bagi pelajar2 sekolah khususnya yg malas ke sekolah. Cuti sekolah ni, Mem & Budak Kacak sure bercuti 2 minggu tp KM cuti sehingga Mei sudah abis digunakan. Mungkin bleh berjalan2 di hujung minggu sahaja. Yang pasti bulan Jun, takpe satu pun public holiday untuk negeri Pulau Pinang.
Bagi pengundi DUN Penanti, jgn lupa menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi utk kali ke-3 dlm tempoh lebih kurang setahun pada Ahad ni, 31 Mei. Mungkin ada sesetgh pengundi sudah berkira2 tidak turun membuang undi kerana parti mereka tidak bertanding. Khamis ini, SPR akan menentukan pula tarikh penamaan calon & pembuangan undi bagi DUN Manek Urai, Kelantan.

Cuti musim panas di Amerika juga menjadi peluang kepada pengeluar2 filem utk memasarkan filem baru khususnya yg mampu mencecah "Kotak Rumah". Antara yg menarik mungkin Night At The Museum, Terminator Salvation, Star Trek, Angel & Demon dsbnya.
Jika di Amerika sekarang memasuki musim panas, di M'sia sekarang memasuki musim jerebu & panas. Bagi utara Semenanjung, keadaan jerebu kelihatan agak buruk terutama di waktu pagi & tengahari dengan kenaikan suhu. Jangan terkejut kalau anda berpeluh selepas mandi. Permintaan utk pendingin hawa sekrg mungkin meningkat hehehe....Keadaan cuaca yg kurang sihat ini mampu mengundang pelbagai masalah & penyakit (dengan takdir Allah).
* Apa-apa pun, KM mengucapkan selamat bercuti kepada semua yg telah merancang percutian anda. Moga percutian anda selamat sejahtera. Kepada teman sekerja, Ina yg akan melangsungkan perkahwinan hujung minggu ni & pasangan2 lain, KM mengucapkan Selamat Pengantin Baru, semoga Allah merahmati perkahwinan anda.

Friday, May 22, 2009

Live From Mahkamah Rayuan: Keputusan Kemelut Di Perak

- Para penyokong PR dilihat telah memenuhi sekitar mahkamah sejak lepas Jumaat tadi.

- Sebahagian wartawan tidak dibenarkan masuk.

- Semua ketiga-tiga hakim yg mendengar rayuan telah mengambil tempat.

- Mahkamah Rayuan memutuskan Zambry MB Perak yang sah...........

* Kemelut Perak pasti lebih panjang jika rayuan dikemukakan di Mahkamah Persekutuan...

Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Ibu & Hari Guru

Rasanya belum terlewat untuk menyatakan pada yang berkenaan Selamat Hari Ibu & Hari Guru yang disambut pada bulan Mei ini. Untuk Hari Ibu, KM telah mengucapkan selamat kepada Mem tercinta selaku umi kepada Nur Batrisya a.k.a Budak Kacak serta anak kami yang dalam kandungan. Budak Kacak dah belanja umi dia makan ice cream Wall's Moo tp KM janji akan bagi hadiah kt Mem bila KM withdraw duit EPF nanti hehehe.....tungguuuuuu.

Selamat juga KM ucapkan buat bonda KM, bonda mertua serta bonda2 yang lain sama yg masih hidup atau yg telah pergi, semoga Allah memberkati & merahmati pengorbanan anda sebagai ibu yg kasih sayangnya tidak bergalang ganti (KM xnak cakap lebih2 nanti KM sedih plak hehehe).

Selamat Hari Guru pula untuk semua guru-guru & mereka yang telah membimbing kita semua sepanjang hidup ni ke jalan yang baik & diredhai Allah wpun mereka bukan bekerja sebagai cikgu. Ini termasuklah mak ayah kita, saudara-mara, sahabat handai or sesapa saja yg telah sudi membimbing di sepanjang kehidupan ini.

Tuesday, May 19, 2009

BN Tak Menyertai Pilihanraya, Apa Pandangan Anda?

Berkatalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Perdana Menteri 'rakyat Malaysia', Mohd Najib Abdul Razak bahawa BN tidak akan menyertai pilihanraya kecil Penanti dengan alasan pilihanraya itu hanya permainan pembangkang. Mungkin rakyat melihat ini pelik bin ajaib bagi sebuah parti pemerintah yg sudah lebih 50 tahun menguasai tanah air ini.

Ada seorang sahabat bertanya, wajarkah BN tidak menyertai pilihanraya kecil ini dengan alasan ianya membazirkan wang rakyat?? Jawapnya KM, mungkin dunia dah nak kiamat apabila pemimpin BN/UMNO sudah pandai bercakap pasai pembaziran dan berjimat cermat. Balas sahabat di zaman universiti dulu, mungkin BN/UMNO dah sedar bahawa kiamat dan ajal mereka sudah hampir hehehe.....

Di ketika era Pak Lah, dia memimpin BN/UMNO memasuki medan pilihanraya umum pertama kalinya pada 2004, mereka menang besar. Tapi di era Mohd Najib yang terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak penah dibersihkan, nampak hayat BN/UMNO makin hari makin uzur. Sejak dia memimpin BN memasuki pilihanraya, mereka tidak menang kecuali di Batang Ai, Sarawak. Pergolakan kuasa di Perak yang dimulakan oleh melalui rampasan kuasa yg tidak mengikut Perlembagaan juga nampak sukar dari penyelesaian. Walaupun ramai pihak melihat pilihanraya mungkin jalan terbaik tp seperti kata Chek Det, kalau BN bertanding pilihanraya Perak, sure kalah!!

Kepada pemimpin yang nyawa2 ikan, mungkin masanya belum terlewat untuk anda bertaubat dan menyedari tugas/tanggungjawab sebenar anda sebagai pemimpin yg dipilih rakyat. Menjadi pemimpin bukan tiket utk anda mencipta kekayaan/kemewahan di kalangan anda......

* Bayangkan pilihanraya2 akan datang takde calon BN/UMNO. Bayangkan juga PRU ke-13 takde parti BN/ UMNO lagi bertanding. Apa pandangan anda?

Friday, May 15, 2009

Kes Pertama H1N1-Selsema Babi Di Malaysia

Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama Selsema Babi (H1N1) di Malaysia apabila seorang pelajar yang baru pulang dari US disahkan dijangkiti virus tersebut. Lelaki tersebut kini dirawat di Hospital Sungai Buloh. Harap maklum.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin