Friday, April 23, 2010

MJ: Malam Jumaat la bukannya Micheal Jackson.....


Bila Mem cakap adanya produk bernama Malam Jumaat ni, Km tryla search kat internet untuk buktikan betul ada produk sedemikian. Dan nyata memang ada ropanya produk MJ ni. Kegunaannya saya rasa tuan-tuan & puan2 bleh agakla sesuainya namanya. Yang pasti bukan untuk sakit perut atau sakit mata.


Napa pengeluarnya memilih nama produk tersebut Malam Jumaat, mungkin ada nilai2 komersil pada nama tu. So kalau korang nak jual produk pasni, taruhla plak Malam Minggu ke, Ladies Night ke, pendek kata ikut suka hati korangla....janji mau power hahaha........

* Bila sebut MJ, ada org terkenang Micheal Jacksen.....

Thursday, April 22, 2010

Manchester United still world most valuable club


Majalah bisnes Amerika, FORBES terus meletakkan Man U sebagai kelab bolasepak terkaya untuk tahun ke-6 berturut2 dengan nilai US$1.8bilion. Senarai kelab bolasepak 10 terkaya seperti berikut:

1. Manchester United - $1.8b
2. Real Madrid - $1.323b
3. Arsenal - $1.181b
4. Barcelona - $1++b
5. Bayern Munich- $990m
6. LIVERPOOL - $822m
7. AC Milan - $800m
8. Juventus- $656m
9. Chelsea - $646m
10. Inter - $413m

* KM terfikir berapalah nilai kelab/pasukan bolasepak di Malaysia? hehehe............

Eyjafjallajokull: Kuasa Allah yang Maha Hebat


Namanya ja dah pun susah nak menyebut. EYJAFJALLAJOKULL. Tapi dengan kuasa Allah, dia telah bikin gempak di Europe dan di seluruh dunia. Asap & debu hitam yang dikeluarkan telah melumpuhkan industri penerbangan & ribuan manusia terkandas apabila kebyakan penerbangan terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Dipercayai debu & asap gunung berapi ini jika memasuki enjin pesawat yg terlalu panas akan bertukar menjadi kristal2 kaca dan merosakkan enjin pesawat. Dahsyat sekali ciptaan Allah ini.

Malaysia dulu pernah terkena tempias debu2 Gunung Berapi Pinatubo di Pulau Luzon, Filipina sekitar 90-an xsilap KM.


Friday, April 9, 2010

Liverpool New Kits For Season 2010-11


Kepada penyokong2 The Reds, next season punya kits management dah revealed. So, no more Carlsberg's lagi next season. Apa2 pun yg penting 4th spot Champion League musim depan....nampak sukar tp tak mustahil..........we still waiting for that............
KM rasa bukan Liverpool sahaja derita season ni tp Manchester United mungkin lebih sengsara. Selepas tersingkir di tangan Bayern pagi semlm, Red Devil mungkin akan terlepas gengaman liga jika Chelsea mampu meneruskan kosistensi dengan baki 5 perlawanan lagi hehehe..........I like...

Thursday, March 18, 2010

Penang International Property Expo 2010

Mulai esok hingga Ahad (19-21 Mac) bertempat di PISA akan berlangsung expo hartanah Pulau Pinang. Kepada yang berminat tentang hartanah sama kediaman atau komersil bolehlah berkunjung untuk melihat peluang2 baik yang ada dalam sektor hartanah khususnya di Pulau Pinang.

Selain Lembah Kelang, Pulau Pinang juga mempunyai prospek yg besar bagi pelabur2 hartanah. Dengan kadar permintaan yg semakin meningkat serta penawaran yg semakin terhad, usaha untuk mencari peningkatan nilai itu sangat berbaloi.
So, jgn lupakan peluang ini. Jumpa KM di sanaaaaaaaaaaaaa..............

Thursday, March 4, 2010

Loan dah lulus..........

Lama tak menulis blog, rasa malas ja. Anyway, permohonan loan umah baru KM tu dah dimaklumkan telah diluluskan oleh bank. Minggu lepas submit, kelmarin dh diberitahu ianya dh lulus. Mungkin takde halangan & cukup syarat. Proses seterusnya, ke bank tok sign Letter Offer. Pejabat lawyer pun dh panggil tok sign S&P. Lagi cepat sign S&P, lagi cepat bleh withdraw duit EPF kan hehehe.........Duit tu bleh buat persediaan tok renovate or beli furniture umah pas serah kunci nanti.

Kalau korang tengok apartment ni memang betul2 bersebelahan pagar UiTM Permatang Pauh. Dekat juga ngan Politeknik Seberang Perai. Kemudahan2 lain tip-top daripada hypermarket sampaila ke hospital ada dalam radius kurang 2 km. Daripada survey KM, average sewa apartment berkeluasan 700 s.f ke atas adalah RM500 ke atas bagi area tersebut.

Monday, February 8, 2010

Selangkah ke alam hartanah................

Lama sangat dah KM xmengupdate calculatorbuta.blogspot.com, mungkin sengaja atau memang KM malas nak menaip sekarang ni. Sebenarnya, KM sekarang sibuk study hal-hal pelaburan hartanah. Mungkin KM nak beralih angin ke bidang pelaburan hartanah. Mungkin juga sekarang ni peluang terbaik tok pembelian hartanah memandang kadar pinjaman agak rendah termasuklah jika dibandingkan ngan kadar faedah loan kerajaan.

Jika loan kerajaan menawarkan kadar tetap 4%, bank sekarang menawarkan kadar di bawah 4%. Kadar ini dijangka akan kekal rendah untuk setahun dua lagi sementara ekonomi kembali pulih.

Memandangkan KM masih di peringkat pembelajaran, KM belum bersedia nak menyertai mana2 lelongan buat masa ni. Tapi itu tak bermakna KM akan duduk diam sahaja sehingga kadar pinjaman meningkat. Langkah awal KM ialah mengunjungi Nusmetro Ventures Sdn. Bhd (syarikat pemaju yg fames beberapa bulan lalu krn terlibat dlm memajukan kaw. Kmpg Buah Pala) sabtu lalu, utk melihat projek2 mereka. Yang ramai aritu ialah org2 cina yang nyata memang berminat ngan hartanah di Pulau Pinang. Harga unit yg ditawarkan oleh pemaju ni pun bleh tahan jugak, majoritinya above 100k.

Sebagai permulaan, KM berminat ngan projek Casa Prima, apartment yg terletak di berhampiran UiTM Permatang Pauh. Luas 865 s.q & maintanance kira 10sen per s.q. Harga offer masa lunch 90k. Skrg tgh tunggu OC, harga 110k + 5k for parking. Dlam S&P, harga akan tulis RM130k. So, KM tengah fikir, kalau masuk loan 90% akan kaver sampai 117k. Kalau kaver sekali MRTA mungkin leh pi 125k. Yang penting, KM xmau kuar modai utk pembelian kali ni, bleh ke????? hehehe............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin