Monday, June 18, 2012

Membantu sesama saudara kita.....


Dua tiga hari lagi kita akan memasuki bulan Syaaban, bermakna lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut puasa Ramadan. Seperti mana tahun lalu, KM & Cikgu Wati berhasrat menyediakan sumbangan lagi kepada individu/keluarga yg memerlukan. Mungkin sumbangan kita kecil & mungkin tak mampu mengatasi kesusahan org lain tetapi sekurang2nya memberi mereka sedikit keceriaan di bulan Ramadan & Syawal nanti.

Tahun lalu, kita berjaya memberi buah tangan kepada lebih kurang 15 individu/keluarga & harapan tahun ni, bilangan yg menerima dapat ditambah tetapi masih bergantung kepada kemampuan dana yang ada. Sebahagiian dana simpanan KM, Cikgu Wati dah chup untuk sumbangan kepada anak2 muridnya yg akan mengadakan persembahan di hari kecemerlangan sekolah Sabtu ni.

So, KM berhadap ada lagi rezeki2 untuk tempoh sebulan ni dapat dikumpulkan sebelum dapat membeli barangan untuk tujuan sedekah Ramadan itu. Kalau da rakan2 yg membaca entry ni & berhajat nak beri sumbangan dari lebih duit untung ke, zakat ke atau lebihan rezeki yg Allah beri, amatlah dialu-alukan.

Program kita mudah ja, duit yg ada, KM akan beli barangan keperluan makanan asas macam beras, gula, tepung dsb. Kemudian kita hulurkan sebagai hadiah kepada individu/keluarga yg kita rasa mereka memerlukan.

Semoga sumbangan kita dapat membuatkan mereka tersenyum gembira, Insyaalah....

EURO 2012: Holland tersingkir awal...


Selepas tuan rumah, Poland & Russia tersingkir di peringkat kumpulan, giliran pasukan pilihan, Holland pula tersingkir. Oranje menamatkan saingan dengan prestasi terburuk apabila gagal mengumpul sebarang mata. Finalis World Cup 2010 itu tumpas ketiga2 perlawanan mereka. Turut teringkir ialah Denmark.

Awal pagi esok, penentuan 2 lagi slot ke suku akhir antara Spain, Italy & Croatia.

Sunday, June 17, 2012

Ben Ashaari masuk paper lagi!!!


Nama Ben Ashaari memang terkenal sebagai blogger antara yg fames...So far KM bukan regular follower beliau...jarang sekali KM membaca tulisan beliau. Utk pengetahuan anda, hari ni di suratkhabar KOSMO, cerita Ben Ashaari atau nama sebenarnya Salbani Ashaari menghiasi mukasurat 54.

Kisah bagaimana keyakinan beliau utk bergelar blogger sepenuh masa & house husband hingga nekad utk meninggalkan kerjaya tetap beliau di sektor awam. KM salute la mamat ni kerana beliau yakin bekerja sendiri mampu memberi beliau kepuasan & boleh juga utk survive!!! Syabas Bro!!!

Saturday, June 16, 2012

Mourinho bakal jurulatih bolasepak M'sia ???


Kalau Mourinho dioffer tawaran melatih pasukan kebangsaan Malaysia...rasa2 dia nak tak?? hehehe...KM rasa dia mungkin patut jadi calon BN untuk PRU akan datang...mungkin dia calon bleh menang kekekeke....

Wednesday, June 13, 2012

Semakan Rayuan ke IPTA/Politeknik Ambilan 2012/13

Kepada adik2 kita yg sedang menunggu untuk mengetahui status keputusan rayuan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh membuat semakan mulai 12 tengah hari Khamis ini di website berikut:

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan kelmarin berkata semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 16888.



Tuesday, June 12, 2012

Membekukan PTPTN macam keja bodoh sahaja...

Cubaan membekukan bantuan pinjaman PTPTN kepada 2 buah IPT di Selangor mendapat kecaman ramai hatta kepada Menteri PT mahupun kepada kerajaan BN. Tindakan mengacah Pakatan Rakyat khususnya PKR yg melaungkan ingin memberi pendidikan percuma jika menang PRU akan datang dilihat satu tindakan politik yg buduh. Masakan boleh membiarkan kerajaan negeri Selangor menunjukkan kemampuannya untuk menyediakan pendidikan percuma memandangkan kerajaan negeri mempunyai kemampuan & kuasa yg terbatas dalam mengumpulkan sumber & pendapatan.

 Cubaan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat dilihat menikam diri apabila rata-rata rakyat yg terbuka hatinya & rasional melihat tindakan PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar UNISEL & KUIS satu tindakan politik yg tidak matang.

Jika Menterinya berkata cubaan tersebut bukan untuk membebankan pelajar, Km kira itu jawapan mengarut. Apabila mereka berbuat demikian, beberapa ramai pelajar & ibu-bapa yg sudah stress memikirkan pengajian & masa depan mereka?

Kalau nak berlawan biarlah anak jantan...federal nak berlawan ngan state, aku kira macam bodoh ja....nak tengok mampu dak janji Anwar Ibrahim nak bg pendidikan percuma kepada rakyat, sila beri PR kuasa pada PRU akan dtg...blehla tengok dia omong ka betui2...

Menyekat pinjaman begitu dengan harapan untuk membiarkan kerajaan Selangor menunjukkan kemampuan mereka, satu tindakan politik yg kurang matang..macam budak2...

Berapa ramai anak Melayu kita yg akan teraniaya jika tidak sebegini diteruskan? Tak cukup ka dengan diskriminasi terhadap negeri2 yg dikuasai pembangkang?? Apakah hasil yg kerajaan kutip semata2 dari rakyat yg menyokongnya sahaja?

Sila jadi lebih matang...jgn jadi negara kelas ke-3...

Wednesday, June 6, 2012

Penjawat awam tak mampu membeli rumah..kenapa ya?

Bulan lepas hebohla kesatuan pekerja awam, CUEPACS melaporkan lebih 60% di kalangan kakitangan awam khususnya yg bergaji di bawah RM3,000 masih belum mampu membeli rumah sendiri. Pinjaman perumahan kerajaan sehingga sekarang masih mengekalkan kadar faedah 4% berdasarkan baki terendah tak silap KM.

CUEPACS sejak beberapa lama penah meminta kerajaan mempertimbangkan permintaan agar kadar tersebut diturunkan lagi tapi belum ada maklum balas yg positif. Bila CUEPACS mula membuka cerita ini semula sekarang terutama di musim semua pihak menanti PRU ke-13 mungkin boleh mendapat sedikit harapan.

Usaha untuk membeli/memiliki rumah sendiri ini bergantung banyak pada diri sendiri. Kita kena set keutamaan dalam perancangan. Ada orang melengah2kan usaha membeli rumah ni. Mereka lebih mengutamakan barang2 lain dahulu seperti kenderaan dan hal2 lain.

Akibatnya bila umor meningkat baru sibuk nak mencari rumah. Bila umur meningkat, tempoh kelayakan pinjaman pun menurun & bayaran balik bulanan pasti lebih tinggi & timbul masalah komitmen bulanan di situ.

Mungkin sesetengah org tak suka hutang lelama tetapi sekarang lebih lama hutang lebih rendah bayaran bulanan & kalau mati pun waris yg terbeban dengan tanggungan sebab kebanyakan pinjaman sekarang dilindungi insuran.

So, merancang lebih awal untuk membeli rumah. Lebih awal korang kerja tetap, lebih bagus korang rancang beli rumah. Jangan rancang nak buat personal loan saja untuk perkara2 yg tak pasti.

Antara sebab orang gagal membeli rumah (berdasarkan pemerhatian KM) ialah:

1) melengah2kan usaha atau rancangan membeli rumah hingga usia & komitmen lain meningkat...ada org yg cakap tunggu kawen dulula baru plan...nak beli bersama katanya....time is running out babe..

2) terlalu lama memilih sama ada dari segi lokasi & harga...Lokasi & harga sangat berkait...kalau ko duduk penang, nak cari hartanah landed pada harga yg murah surela impossible...so, beli secara ukur baju di badan....kalau anda di kawasan hartanah strategi jgn terlalu lama memilih...sebab harga makin naik...kalau ko nak murah kena cari kawasan yg remote sikitla...

3) ada juga antara kita yg mind set dia masih belum terbuka...nak beli umah dia fikir kena sedia duit yg byk & akan membebankan (memangla perlu sedia duit tp kalau kena caranya kos tu boleh diminimizekan)...kelemahan ini berlaku sebab kita takde ilmu hal ni & kita tak bersedia nak mencari ilmu bab2 ni...sekarang dah byk cara bleh cari ilmu melalui seminar2..bengkel2...yang besar ada yang kecik pun ada...kat internet pun byk org2 yang ahli menulis dan berkongsi pengalaman mereka...boleh tanya kalau malu nak attend course2 yg diadakan.

4) hilang atau kemampuan & kelayakan meminjam menurun kerana komitmen2 lain yg diutamakan terlebih dahulu. Pinjaman peribadi & kenderaan byk mengurangkan kemampuan kita untuk meminjam beli rumah....

Selain tu, ada lagi faktor2 luaran yg menyebabkan kita xmampu membeli rumah seperti kenaikan kadar faedah, bank mengetatkan syarat pinjaman dsbnya.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin