Monday, October 24, 2011

Penyokong Man U paling malang...Najib Razak hehehe...

Kekalahan 1-6 Man United di tangan pasukan jiran, Man City terus menjadi cerita panas samada di meja kedai kopi mahu pun di media2. Kekalahan terbesar Red's Devil sejak 1955 tak silap aku. Penyokong Man U dah tak tau nak letak muka hehehe...

Anyway, aku sempat tengok sedutan rakaman situasi yg berlaku di kediaman Perdana Menteri yg jemput org mai tengok perlawanan tu kat rumah rasmi dia. Tak terkata pa penyokong Man U di sana & Najib Tun Razak muka merah ja sebab kalah.....Mungkin Mat Najib berharap Man U bleh membelasah Man City seperti mereka laukkan Arsenal aritu.....tp sebaliknya yang berlaku keh..keh..keh...

* Lain kali kalau nak ajak tengok team kita lawan jgn ajak waktu mereka nak lawan team yg kuat2....ajak je waktu mereka lawan Blackburn ke sure bleh buat lauk hehehe...........

Sunday, October 23, 2011

Deepavali...cuti seminggu...

Pertengahan minggu nanti orang hindu akan sambut Deepavali. Maka akan public holifay satu hari. Cuti..cuti..hari yg aku suka. Bukan aku tak suka keja tapi keja aku sekarang byk kasi stress...malasla nak cerita pasai keja.

Cikgu Watie dah cuti seminggu sempena Deepavali sebb sekolah dia ramai pelajar hindu. Dia dan anak2 dah pun balik bercuti di kampung sejak Jumaat lepas. Aku plan nak ajak depa jalan2 tapi cuti aku plak sengkek. Tapi jalan utk family tetap jalan even cuti tinggai sikit pun. Insyaallah, kami nak Kelantan lagi kali ni.....jumpa Tok Guru hehehe...

All Black won IRB World Cup 2011!!!

Pasukan pilihan & juga tuan rumah, New Zealand menepati ramalan apabila muncul juara dunia ragbi Piala Dunia 2011 apabila menang tipis, 8-7 ke atas Perancis sebentar tadi. Ketinggalan 0-5, Perancis di babak kedua untuk memberi saingan sengit terhadap All-Black namun akur terhadap kekentalan pasukan tuan rumah itu.

Kemenangan New Zealand ini merupakan kemenangan kedua mereka ke atas Perancis di pentas final selepas menang ke atas lawan yang sama pada edisi pertama pada 1987. Dengan kemenangan ini, All Black menjadi pasukan ketiga yg menjuarai Piala Webb Ellis dua kali di samping Australia & Afrika Selatan.

Tuesday, October 11, 2011

Perginya Ahmad Jais....

Setelah minggu dilaporkan dimasukkan ke ICU kerana sakit, hari ni Allah menjemputnya pulang awal pagi tadi. Mohd Jais Ahmad @ Dato' Ahmad Jais, seniman yg popular dengan lagu2 nya yang evergreen meninggal dunia pada usia 75 tahun. KM suka juga dengar beberapa lagu dendangan beliau yg rasanya sedap bila didengar.....Semoga Allah merahmati beliau....sesungguhnya dunia ni hanyalah sementara...



Thursday, October 6, 2011

Tido di Parlimen hehehe.......caiyok!!



Kalau mau tido...balik rumahla!!! Kekeke.....kalau demam pergila klinik ambil MC & ambik panadol & balik rumah tido...berehat...

Tuesday, October 4, 2011

IRB WORLD CUP 2011



Kejohanan Ragbi Piala Dunia 2011 yg berlangsung sejak 9 September lalu di New Zealand hampir memasuki peringkat suku akhir. KM bukan peminat tetap rabgi tp setiap kali World Cup, KM jarang melepaskannya.


Perlawanan menarik di peringkat suku akhir Piala Webb Ellis ini akan menyaksikan juara bertahan, Afrika Selatan @ Springbok akan menentang juara 2 kali, Australia @ Walabies. Selain itu pasukan pilihan yg juga tuan rumah, New Zealand @ All Blacks akan menentang semi finalis kejohanan lalu, Argentina @ Pumas.


2 lagi pertemuan akan menyaksikan British darby antara Wales menentang Ireland. Manakala finalis lalu, England akan menentang France. Semua perlawanan akan berlangsung hujung minggu ini.


* KM memilih Walabies untuk mara lebih jauh walaupun berdepan lalu sukar.......


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin