Thursday, August 16, 2012

Ngidam kari sotongla pulak....


Menjadi kesukaan pulak beberapa hari kebelakangan ini Cikgu Watie untuk makan gulai atau kari sotong. Beberapa hari lepas dah beli untuk berbuka. Semalam mahu lagi walaupun hanya berjaya membeli di kedai nasik kandar. Hari ini katanya mahu lagi untuk berbuka posa nanti.

Anak kami yg ini suka gulai sotong pula nampaknya...Mengandungkan Mat Adam dulu, gila sungguh dia makan ikan bakar. Kali ni ikan bakar tak jalan hehehe.....

* Raya kali ni biasa2 saja buat KM sebab KM lebih tak sabar2 nak jadi bapak buat kali ke-3!!! Kalau perempuan, KM bagi nama Natalia atau Chempaka apamacam? Kalau lelaki, KM boh nama Muhammad Zidane camna?? hahaha...lebih kurang 4 bulan gi nak menunggu...

Apabila Datuk Tamrin Ghafar berkopiah putih...


Kebiasaannya tanpa kopiah putih pun kepala Datuk Tamrin Ghafar sudah putih.  Kebiasaannya sebelum ini beliau berbaju Melayu dan berkopiah hitam. Hanya pada malam minggu lepas, beliau berkopiah putih & berbaju melayu & mengenakan kain sarung.

Itulah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba. Datuk Tamrin mengumumkan keluar daripada UMNO, parti yang beliau pernah menjadi pemimpin di dalamnya untuk menyertai PAS.

Apa yg KM nak cakap ialah dia lebih segak dengan kopiah putih untuk menutup rambutnya yg sedia dah putih...hehehe..syabas Datuk!!

Wednesday, August 15, 2012

Punch Gunalan meninggal....


Malaysia hari ini kehilangan bekas lagenda badminton tanahair, Punch Gunalan yang meninggal dunia awal pagi tadi. Gunalan pernah menyinar ketika di era 70-an...

Friday, August 10, 2012

Tahniah Pandelela Rinong!!! pingat kedua untuk Malaysia dari Olimpik London 2012..

Penerjun muda, Pandelela Rinong menceriakan harapan rakyat Malaysia di hari2 terakhir Olimpik London 2012 dengan menghadiahkan sebutir pingat gangsa sebentar tadi dalam acara terjun individu 10 meter platform individu.

Pandelela sebenarnya mampu menggapai pingat perak jika beliau konsisten pada terjunan pertama & ketiga. Penentuan pingat perak & gangsa agak kritikal antara beberapa penerjun selepas penerjun China meninggalkan peserta2 lain jauh di depan dan KM anggap Pandelela telah memberi satu persembahan yg cemerlang untuk melonjak daripada tangga ke-7 di terjunan ke-4 untuk menyapu tempat ke-3 pada terjunan terakhir.

Sekali lagi TAHNIAH buat Pandelela Rinong yang mempunyai harapan cerah jika diberi peluang di pertandingan2 antarabangsa selepas ini!!!

* Esok mungkin adala lagi yang PERCUMA selepas nasik kandar & ice cream Baskin Robbin percuma beberapa hari lepas hehehehe......

Thursday, August 9, 2012

Pandelela Rinong mungkin harapan terakhir pingat Malaysia di Olimpik London 2012??


Selepas sebutir pingat perak melalui Lee Chong Wei, Malaysia masih berharap kalau Pandelela Rinong menjelmakan sebutir pingat tambahan selepas harapan ke atas pelumba keirin, Azizulhasni Awang tidak kesampaian.

Pandelela yang beraksi baik dengan tempat kedua dalam kelayakan terjun 10m platform semalam harus mengekalkan momentum beliau hari ini di peringkat separuh akhir jam 5 petang waktu Malaysia dan akhir jika layak pada awal pagi esok. Pembawa bendera di acara pembukaan itu mungkin merupakan harapan pingat terakhir Malaysia selepas semua atlet lain (kecuali LCW) gagal meraih sebarang pingat.

Wednesday, August 8, 2012

Bila isteriku bermimpi lagi....

Malam tadi Cikgu Watie bermimpi lagi...macam biasa juga dia bermimpi KM kawen lagi. Adoi!! camla muka KM ni bleh kawen ramai hahahaha....

Dia cakap KM kawen tu sebab KM nak anak lagi....KM cakap takyah kawen lain pun dah dapat anak hahaha...tengok dah nak masuk 3 orang. Adam Irfan pun dah tau yang dia akan dapat adik tak lama lagi.

Check up semalam, anak ke-3 kami dah nak masuk usia 5 bulan. Paling lewat, insyaallah Januari dapatla anakanda baru kami.

Walaupun dah yang ke-3, keterujaan nak dapat anak baru memang ada dalam hati KM. Kepada Cikgu Watie, jangan bimbang...kita akan stay united walaupun KM bukan penyokong Man United hahaha....

Friday, August 3, 2012

Cuti raya awal....

Budak2 sekolah di negeri2 yang bercuti Sabtu & Ahad diberi cuti berganti awal sehari pada 17hb ni untuk memberi kesempatan kepada mak bapak merancang perjalanan balik raya...

So takyahla kalut2 hari Sabtu baru nak bergerak balik bagi yang perjalanan jauh. Tapi bukan cuti buta tapi 22 September nanti kenala ganti hehehehe....

Tahun ni KM yg paling kerek...cuti tahunan hampir habis & takdak extra untuk cuti raya....So 22hb KM akan menjadi penunggu ofis berseorangan hehehe...sabo je dik!!

Wednesday, August 1, 2012

India Blackout!!


Mungkin terburuk dalam sejarah tenaga apabila lebih 620 juta penduduk India terpaksa bergelap berikutan kegagalan tenaga elektrik di 14 buah negeri di Utara & Timur India.

Krisis tenaga ini menyebabkan kehidupan rakyat di sana jadi carca-marba dengan sebahagian besar sektor ekonomi & sosial mengalami kegagalan kecuali sektor2 seperti penerbangan & industri besar yg disupport oleh generator sokongan.

Kegagalan itu bersama 1 per 10 penduduk dunia bergelap....kerana India antara negara yang mempunyai penduduk teramai selepas China tak  silap KM......


Rafizi Ramli ditahan berikutan pendedahan skandal NFC??


Pemimpin muda PKR yg semakin meningkat naik, Rafizi Ramli dilapor ditahan polis awal pagi ini atas pendedahan butiran akaun yang membabitkan skandal lembu NFC yang akhirnya pemimpin wanita UMNO, Shahrizat Jalil terpelanting kerusi menteri.

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menjadi duri dalam daging kepada parti pemerintah dengan rentetan pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan dalam tadbir urus negara. Yang terbaru ialah campurtangan PM Najib dalam proses tender LRT yang membabitkan syarikat George Kent.

Beginilah nasib di Malaysia, pendedahan kemungkaran/kejahatan akan dihumban ke dalam lokap manakala penyamun & penipu akan disuruh berehat diam-diam....So macamna kadar jenayah nak turun kalau prinsip mengatasi kejahatan itu tidak berlaku secara adil? Orang bawah2 pun bleh kata, kenapa org besar buat salah xkena? tapi org bawah buat kena dakwa???

So, marilah bersama2 menjadi warga negara yg lebih prihatin terhadap apa yg berlaku dalam negara ini.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin