Monday, June 20, 2011

Bila aku dah jadi doktor..........

KM takde idea ni menulis. Banyak benda nak fikir & buat. Anyway sebenarnya, KM sekarang sibuk plak nak jadi doctor hehehe..........

Apa cita sebenarnya....nantikan episod seterusnya dalam Bila KM jadi Doktor!!!

Thursday, June 16, 2011

Myvi baru 2011 dilancarkan....berminat??



Kelmarin Perodua melancarkan model Myvi versi baru menggantikan model lama yang dah berusia 6 tahun & jualan pun dah hampir 1/2 juta unit. Model baru ni didatangkan dengan 6 warna termasuk warna baru iaitu purple.


Ada 3 gred iaitu Standard, Premium & Elegance dengan harga antara RM43,900 hingga RM57,400. Model baru ni mungkin produk ditambah baik & yang berhajat nak tukar kereta tu blehla pergi ushar-ushar model baru ni. Mana tau kalau2 berkenan............


Selamat Hari Bapa........

Tak silap KM, Hari Bapa akan disambut di Malaysia pada Ahad ini, sebagai tarikh mengenang jasa & pengorbanan seorg bapa (walaupun jasa bapa memang tak terdaya kita balas). Makam bapa juga semulia ibu yang wajib kita taati & hormati selagi tidak bertentangan dengan syariat.


Rasanya masa kita kecik2 dulu, bapa kita selalu gembirakan kita. Ada benda yang kita hendak, bapa belikan. Rasanya bila dah besar ni & ada duit sikit2, apa kata kita plak belikan apa yg bapa kita hajatkan walaupun dia tak penah minta.


KM tengah fikir ni, apa hadiah yg KM nak beli bagikan pada abah & ayah (my father in law) tahun ni......


* Tumpang masa masih ada, apa salahnya kita gembirakan hati ibu bapa kita yang selama ni terlalu byk jasanya pada kita............Selamat Hari Bapa

Wednesday, June 15, 2011

Van MILO sudah mari!!!!



Selepas mencapai kejayaan mengumpul kesemua glass Coke edisi McDonald, KM berhasrat nak memiliki kesemua 6 edisi van Milo plak. Terdapat 6 model van Milo ini sejak tahun 1950-an hingga sekarang. Van Milo lah yang dulunya selalu melawat sekolah untuk promosi minuman percuma kepada kanak-kanak sekolah.


Untuk penebusan van ni, anda perlulah mempunyai bukti pembelian yang dinilai berdasarkan mata penebusan. Van ni plak ada 2 versi, yang besar panjang lebih kurang 14.5cm & yang kecik 8cm. Memang menarik dalam hobi mengumpul barangan ni. Tetambah bagi barangan yang terhad keluarannnya. KM dah pos borang penebusan semalam utk 2 model bulan Jun hehehe......


*Tip nak dapatkan bukti pembelian...kalau korang sukar nak beli produk tu sebab mahal or whatever, korang minta je ngan peniaga warung air. Mereka tentu beli Milo pada kuantiti/pek yang besar!! Kalau diorg pun ada hobi yang sama maka carila peniaga yang lain hehehe!!!


Tuesday, June 14, 2011

Semakan Keputusan Permohonan E-Rayuan Kemasukan IPTA Lepasan SPM Setaraf Sesi 2011/2012

Kepada adik-adik kita yang masih mengharap tempat ke IPTA sesi 2011/2012 & telah mengemukakan rayuan sebelum ini, bolehlah menyemak keputusan rayuan anda mulai tengahari ni di alamat berikut:

a) Saluran 1

b) Saluran 2

c) Saluran 3

Kepada yang berjaya, selamat menempuhi alam pengajian tinggi. Yang tak berjaya sila jgn putus asa. Cuba lagi!!!

Terengganu plak declared cuti umum Ahad ini!!!

Kelantan dah bercuti peristiwa Ahad lalu walaupun mereka tumpas di final Piala FA di tangan Terengganu. Kali ni Terengganu plak mengumumkan cuti umum Ahad datang atas kejayaan merangkul Piala FA & menjadi juara keseluruhan SUKMA ke-14 yang lalu.

So, selamat bercuti buat warga Terengganu di Terengganu sahaja hehehe.....tempat lain tak kira cuti tau walaupun anda kelahiran Ganu.........

Friday, June 10, 2011

Ingat Ipad tu Ahmad Albab yang punya ke???


Thanks Cikgu Watie sebab dah bagi hadiah Hari Bapa awal dari tarikhnya. KM hajatkan tablet susu kambing tapi dia bagi tablet Ipad plak hehehe......

Tapi sekarang ada anasir2 yang cuba menodai Ipad KM. Alasan mula yg biasa kita dengar ialah nak tengok ja.....pastu guna cm harta sendiri hehehe.........Dia ingat itu Ipad Ahmad Albab yang punya???

Wednesday, June 8, 2011

I'm got another 2 BE.....

Alhamdulilah, walaupun kebelakangan ni KM takde idea nak menulis terutama di calculatorbuta.blogspot tetapi Nuffnang baik hati nak kasi lagi another Buffered Earning (BE). Semalam dapat 1 BE untuk tendanganpenalti.blogspot. Arini dapat plak untuk calculatorbuta. Mungkin ni semua sebagai motivasi untuk KM kembali cargas menulis.....hehehe

Friday, June 3, 2011

Bertemu Penyampai Sinar FM...........

Seperti yang dijanjikan I Follow.....maka KM followla SY @ Salih Yaacob N Geng di Karnival Bank Rakyat Sg. Petani Sabtu lepas. Walaupun sibuk ngan kenduri & aktiviti sekolah Batrisya, KM sempat gak bertemu SY dan beberapa penyampai SinarFM yang lain.




Selain SY aka Pengantin Baru Malaya, KM & Cikgu Watie sempat gak bersembang ngan Abg JJ (Jamal Jamaluddin) yang terkenal dengan segmen Cetusan Hati & Dedikasi...



Tak ketinggalan sempat juga bersembang dengan abang botak tu hehehe....Abg Zaidi Zainal yang selalu kedengaran sebelah petang.




Waktu jumpa Sy tu, takde plak dia sebut nak kawen....tup..tup ari Isnin tu kuar paper dia menikah dah hehehe....hebat yo SY ni.


KM berhajat jugak nak jumpa Kak Engku (KE) & Kyril tapi dua2 tak bleh datang sebab ada program lain kat KL. So apa yang ada layan je la..............

* Cikgu Watie kata 'Bleh nak follow SY di Sinar Pagi tapi jangan berani follow SY kawen lebih satu hehehehe'..........




Wednesday, June 1, 2011

E.coli....bukan pakaian tapi malapetaka lagi!!!

Kementerian Kesihatan harini meminta sesiapa yang pulang dari Eropah sejak Mei lalu & mengalami cirit-birit berdarah supaya melaporkan di hospital/pejabat kesihatan yang berdekatan. Ini berkait rapat dengan penularan wabak yang disebabkan bakteria E.Coli yang telah meragut nyawa 16 orang di Eropah.

Escherichia colu @ E.coli yang kebiasaannya didapati najis dilaporkan telah mencemarkan produk pertanian di Eropah khususnya di Jerman.

So, berhati2 kita semua....manatau kalau2 ada produk pertanian yang kita beli di pasar2 hyper diimport dari negara2 terbabit........

* Tak henti2 Allah turunkan bala pada manusia supaya manusia beringat2.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin