Thursday, April 29, 2010

Kolot ke naik gerabak kaler pink ni?

Apabila Keretapi Tanah Melayu (KTM) mula memperkenalkan gerabak merah jambu (pink coach) khusus untuk penumpang wanita untuk perjalanan Sentul-Port Klang, ada juga segelintir manusia yg menyifatkannya idea bodoh. Ada yang menyifatkan usaha ini merendah2kan taraf kaum wanita. Ada yg kata sapa yg naik gerabak ni golongan yg kolot dan macam2 lain. Suara2 ini datangnya daripada puak2 yg kononnya memeperjuangkan kesamarataan hak gender.

KM pun xretila ngan otak2 manusia cmni. Adakah ngan menaiki koc yg disediakan khas utk keselesaan, keprivasian serta mengelak gangguan2 yg sering berlaku terhadap wanita ketika menaiki kenderaan awam ini dianggap boleh merendahkan martabat wanita?

Apakah mekanisme atau kayu ukur yg mereka pakai utk membuat justifikasi begini, KM pun xpasti.

* Tahniah KM kepada KTM yg prihatin pada permasalahan wanita yg menggunakan perkhidmatan awam. Thump up to KTM!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Anak-anak..jgn nakal2 ye


Apa yang berlaku terhadap arwah Aminul Rasyid Amzah, 15 tahun di Shah Alam beberapa hari lalu amatlah menyedihkan terutama keluarga mangsa. Bagaimana ia berlaku & salah siapa biarlah ia disiasat seadil2nya. Kalau ada pihak cuba nak cover up ini cerita, terpulangla. Sebab di dunia, manusia bleh lepas punya tp bagaimana di akhirat kan?
Bukan kali pertama kejadian org awam ditembak atau terbunuh semasa dlm tahanan pihak berkuasa di Malaysia ni tp bila melibatkan budak2 amatlah menyayat hati. KM sebagai bapak terasa sedihla. Bayang mak dia yg besarkan dia dr dlm kandungan tiba2 polis tembak mati dia dan dakwa budak ni geng penyamun & bawak parang.
Apa2pun pasni jgnla keluar statement dr pihak berkuasa cakap budak ni menembak diri sendiri plak mcm Teoh Beng Hock yang didakwa terjun bunuh diri hehehe.......Kepada anak2 di luar sana jgn nakai2 sangat, tetambah kalau naik moto xde lesen. Jangan lari kalau polis nak tahan sebab yang bayar saman bukan anda tp bapak anda hehehe......
* KM harap negara ni tak jd cam High Charparal (cerita koboi yang 90-an yang KM suka tengok)

Minyak mau naik?

Sudah ada ura-ura harga minyak RON95 akan naik mulai 1 Mei ini. Ditanya pemberita, Menteri yang jaga harga barang, Bapak Kepada Dafi menjawab " Tiada kenaikan harga sehingga saya membuat pengumuman rasmi".

Maksudnya kalau menteri umum nanti ada kenaikanla, gitu? Ini yang selalu jadi di Malaysia, menteri mati2 umumkan xde kenaikan...tup2 ada kenaikan. Jd siapa yg "siakap senohong, gelama ikan duri?".

Harga RON95 dijangka boleh naik ke RM2 seliter dengan alasan harga minyak mentah dunia sekarang telah melepasi US$80 setong. Jika berlaku juga kenaikan 1 Mei nanti maka kita boleh katakan ia " Satu lagi hadiah kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat".

* KM harap harga minyak gamat jgnla naik juge ye hehehe........

Friday, April 23, 2010

Kecundang di malam jumaat...........

Bila korang baca tajuk, jgn korang pikiaq ke lain plak. Cuma KM nak maklumkan yg semlm di Eropah ( pagi td waktu Malaysia) LIVERPOOL tumpas 0-1 di Vicente Calderon di tangan Atletico Madrid dalam saingan pertama separuh akhir Europa League.

Keseluruhan permainan xla bagus sangat sebab pemain The Red's keletihan setelah travel melalui jalan darat hampir 24 jam. Atletico yg sepatutnya mengambil kesempatan itu pun gagal menjaringkan lebih gol.

Kesimpulannya, dengan agregat 0-1, Liverpool mempunyai peluang cerah lagi utk layak ke final jika boleh membenam Atletico di Anfield, minggu depan.

* Europa League atau dulunya dikenali sebagai UEFA Cup adalah peluang terakhir Liverpool musim ni tuk merangkul gelaran setelah gagal dlm saingan2 di peringkat domestik mahupun di Champion League.

MJ: Malam Jumaat la bukannya Micheal Jackson.....


Bila Mem cakap adanya produk bernama Malam Jumaat ni, Km tryla search kat internet untuk buktikan betul ada produk sedemikian. Dan nyata memang ada ropanya produk MJ ni. Kegunaannya saya rasa tuan-tuan & puan2 bleh agakla sesuainya namanya. Yang pasti bukan untuk sakit perut atau sakit mata.


Napa pengeluarnya memilih nama produk tersebut Malam Jumaat, mungkin ada nilai2 komersil pada nama tu. So kalau korang nak jual produk pasni, taruhla plak Malam Minggu ke, Ladies Night ke, pendek kata ikut suka hati korangla....janji mau power hahaha........

* Bila sebut MJ, ada org terkenang Micheal Jacksen.....

Thursday, April 22, 2010

Manchester United still world most valuable club


Majalah bisnes Amerika, FORBES terus meletakkan Man U sebagai kelab bolasepak terkaya untuk tahun ke-6 berturut2 dengan nilai US$1.8bilion. Senarai kelab bolasepak 10 terkaya seperti berikut:

1. Manchester United - $1.8b
2. Real Madrid - $1.323b
3. Arsenal - $1.181b
4. Barcelona - $1++b
5. Bayern Munich- $990m
6. LIVERPOOL - $822m
7. AC Milan - $800m
8. Juventus- $656m
9. Chelsea - $646m
10. Inter - $413m

* KM terfikir berapalah nilai kelab/pasukan bolasepak di Malaysia? hehehe............

Eyjafjallajokull: Kuasa Allah yang Maha Hebat


Namanya ja dah pun susah nak menyebut. EYJAFJALLAJOKULL. Tapi dengan kuasa Allah, dia telah bikin gempak di Europe dan di seluruh dunia. Asap & debu hitam yang dikeluarkan telah melumpuhkan industri penerbangan & ribuan manusia terkandas apabila kebyakan penerbangan terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Dipercayai debu & asap gunung berapi ini jika memasuki enjin pesawat yg terlalu panas akan bertukar menjadi kristal2 kaca dan merosakkan enjin pesawat. Dahsyat sekali ciptaan Allah ini.

Malaysia dulu pernah terkena tempias debu2 Gunung Berapi Pinatubo di Pulau Luzon, Filipina sekitar 90-an xsilap KM.


Friday, April 9, 2010

Liverpool New Kits For Season 2010-11


Kepada penyokong2 The Reds, next season punya kits management dah revealed. So, no more Carlsberg's lagi next season. Apa2 pun yg penting 4th spot Champion League musim depan....nampak sukar tp tak mustahil..........we still waiting for that............
KM rasa bukan Liverpool sahaja derita season ni tp Manchester United mungkin lebih sengsara. Selepas tersingkir di tangan Bayern pagi semlm, Red Devil mungkin akan terlepas gengaman liga jika Chelsea mampu meneruskan kosistensi dengan baki 5 perlawanan lagi hehehe..........I like...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin