Monday, November 29, 2010

Tak dapat cutila woi!!!

Memandangkan KM Pulau Pinang xberhasrat memberi cuti umum hari ni maka terpaksa semua orang di Pulau Mutiara ni mai keja hari ni dengan perasaan Monday Blues @ mungkin Black Monday hehehe................Next week, KM bagi cuti Awal Muharram ok!!!

Friday, November 26, 2010

Public Holiday for Penang this monday???



Menurut sumber yang dipercayai, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka akan mengumumkan cuti umum pada 29 November ini atau Isnin ini sebagai menghormati kematian bekas Ketua Menteri, Tun Lim Chong Eu. Namun ia bergantung kepada keputusan mesyuarat exco hari ini.

* kalau dapat cuti..horrrayyyy!!!!


Thursday, November 25, 2010

Macam2 ada!!!

Korang perati betui2 & buat kesimpulan sendiri. Mungkin musim2 orang ramai nikah kawen ni, ada yang tak sabar2 dah nak eksperimen hehehe..........


Wednesday, November 24, 2010

Akhirnya berjaya juga cecah 500!!!

Untuk makluman anda, hasrat KM melepasi entry ke-500 akhirnya tercapai jua. Next target mungkin 1000 tapi mungkin makan tahun hehehe..........Untuk nak bagi menarik lagi KM menjenguk blog ni, KM dengan rendah hati menjemput rakan2 blogger yg budiman meninggalkan link anda di sini supaya dapatlah KM linkkan anda di blog list Calculatorbuta nanti. Bila blog anda tersenarai di blog list maka lebih senangla KM menjengok blog2 anda.

Bagi yang telah tersenarai di blog list, KM memang selalu juga mengunjungi blog anda walaupun jarang sekali KM meninggalkan komen coz i'm your silent reader...................

* Jangan rasa segan untuk meninggalkan link anda di sini...............




Tuesday, November 23, 2010

Program Cuti Sekolah Budak Kacak

Cuti sekolah dah bermula dampir seminggu. Bermakna macam Hari Raya la bagi kanak-kanak sekolah. Celik2 mata ja, asyik nak main ja. Main tak salah & memang natijah kanak2 suka bermain tapi kenala berpada-pada sebab dunia hari ni terlalu mencabar, bukan sahaja pada masa depan kanak2 tapi juga keselamatan semasa bermain.

Memandangkan Budak Kacak akan memasuki Tahun 1 Januari ini maka persedia perlu untuk menghadapi Korikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal menggantikan KBSR mulai tahun 2011. So, dia kena work out sikitla untuk menghadapi ujian LINUS sebelum diletakkan pada mana2 kelas yang sesuai. Sebagai ibu bapa, kita bantula apa yang patut sekurang2nya dia tak ketinggalan di belakang. Sabtu lepas, Mem & KM dah start beli buku kerja yg patut utk persiapan dia menghadapi ujian LINUS.

Selain persiapan akademik (KM tahu dia malas & baloq bila disuruh belajar walaupun dia tahu nak buat.....hehehe ikut sapa ekkk), KM & Mem dah bagi dia projek istimewa untuk cuti sekolah ni hehehe.........Manatau dia ada prospek mahu jadi tokey di masa depan? Apa projeknya? Nanti KM ceritakan lagi............

* Terlalu memaksa & menekan anak2 dalam akademik kdg2 menimbulkan pelbagai kesan jangka pendek & jangka panjang.....so berpada2 berdasarkan kemampuan sebenar anak2....Tidak semua kanak2 dilahirkan utk mendapat straight A's dalam peperiksaan....Dan tidak semua manusia yang straight A's boleh jadi insan kamil hehehe....betul ke apa yg KM cakap ni ekkk?

Friday, November 19, 2010

Itu Bird Flu sudah mari balikla........adoi!!!


Wabak Selsema Burung @ Bird Flu dilaporkan telah kembali menyerang. Setakat ini, seorang wanita berusia 59 tahun telah dikesan positif dijangkiti wabak tersebut di Hong Kong. Pihak berkuasa China dilaporkan telah menetapkan tahap berwaspada terhadap kemungkinan wabak tersebut merebak.

* KM berharap wabak tersebut tidak menyerang sampai ke Malaysia sepertimana yang berlaku sebelum ini.....


Jom layan Fun Fair plak....

Memandangkan sekarang ni terlalu banyak acara hiburan, acara fun fair dah semacam dilupakan. Rasanya di era 80-an dulu, fun fair ni tumpuan utamala. Bila ada ja tapak fun fair dibuka pasti akan menjadi tumpuan utama masa tu.

Dua minggu lepas, Budak Kacak beriya-iya mengajak KM & Mem bawa dia ke fun fair. Tumpuan utama dia ialah nak ajak naik Roda Ferris hahaha.............Memenuhi hajatnya maka kami pun bawaklah dia merasai kemeriahan fun fair.............






* Walaupun itu fun fair bukan bapak KM yg punya tapi keseluruhannya Budak Kacak terhiburla ngan aktiviti malam tu. Boleh tido lena la kata orang hehehe.............

Tuesday, November 16, 2010

Air Supply Consert at PISA tonight!!!

Kalau tak salah KM, malam ni di PISA, Penang ada konsert group duo yang tidak asing asing lagi, Air Supply. Lagu2 duo ni memang sempoi & evergreen kalau korang dengar. Tapi macam tak sesuai plak nak gi layan malam2 raya ni hehehe......harga tiket KM tak pasti berapa.

Monday, November 15, 2010

Hari Raya Aidiladha.............

Dua hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban @ Aidiladha. Maka, dengan itu diistiharkan public holiday satu hari. Bagi sesetengah negeri akan bercuti selama 2 hari hehehe..........


Friday, November 12, 2010

Lawak pagi Jumaat hehehe..........


Korang cuba perhatikan kertas jawapan tersebut. Nampak tak apa yg pelik kat situ? Hehehehe......layan.......

Thursday, November 11, 2010

Perginya Seorang Sahabat & Shamrin Fotograf..........


Hari ni KM terpaksa bercuti......pertama KM hampir terlupa Mat Adam ada appointment ngan klinik arini....Kedua, Nur Batrisya ada majlis anugerah pelajar arini......Ketiga, KM ada kematian seorang sahabat, Hasli Samsudin @ Ali.

Teman baik KM sejak form 4, satu class, satu sekolah, kaki bola & satu line perjuangan pergi buat selamanya malam semalam selepas 3 hari terlantar koma ekoran pendarahan dalam otak dipercayai akibat tekanan darah tinggi yg menyebabkan strok. KM & Mem sempat menziarahi jenayah beliau sebelum dikebumikan sebelum Zohor tadi. Sayu hati KM waktu melihat 2 anak beliau(lebih kurang seusia Batrisya) waktu menjirus air terakhir semasa diberi peluang masa memandikan jenazah ayah mereka......Si kakak nampak sayu & mengerti situasi yg menimpa mereka berbanding si adik yg mungkin kurang mengerti.....

Kepada anak, isteri & keluarga beliau, banyaklah bersabar............ berat mata memandang, berat lagi hati yg memikul....semoga roh beliau mendapatkan kerahmatan & keredhaan Allah. Lebih kurang 3 minggu lalu kami berselisih semasa balik kerja.....Arini dia pergi selamanya & xkan bertemu lagi di dunia ini......

* Petang ni juga diberitakan Shamrin vokalis Fotograf yang pernah popular di era 90-an meninggal dunia semasa sedang main bola..............

Wednesday, November 10, 2010

Keputusan UPSR keluar esok 11/11/10!!! Harap maklum..

Insyallah, esok para pelajar sekolah rendah yang menduduki UPSR 2010 akan mendapat keputusan mereka masing2. Bagi sesetengah budak2 yg concern bab2 pelajaran ni tentu tak sabar2 nak melihat keputusan mereka esok. Bagi yang kaki main je, mungkin takde masalah nak terima result esok.
KM rasa KM batch mula yg start ambik peperiksaan ni pada tahun 1988. Sebelum tu diorang ambik Penilaian Darjah 5. Result yang KM dapat pun like 'flying colour' masa tu wpun KM sekolah kampung je masa tu. See the leg la hehehehe...........Anyway syabar kepada yg akan berjaya esok....yg tak begitu berjaya...jgn berputus asa sebab UPSR bukan segala......

Mencari Janda Sunyi...........

Bila KM semak Nuffnang stat, KM lihat ramai pulak cuba mencari JANDA SUNYI hehehe...........Tak tahula sapa yg punya angkara ni tengah cari jandu sunyi plak. Apa yg dia nak buat ngan janda sunyi, hanya mereka yg tahu...........

* Tengah desperate kot......nak cari Janda Kesunyian......ada ke?



Hangat di UK: Kelayakan DR.Fazley Yaakob meragukan??

Sekarang di UK tengah panas cerita, University of Wales menggantung sementara hubungan dengan Fazley International College selepas wujud keraguan berhubung kelayakan akademik pegawai utama kolej itu yang tidak perlu diperkenalkan lagi, DR. FAZLEY YAAKOB. Beliau didakwa memiliki dua kelayakan palsu di peringkat Sarjana & Kedoktoran. So, kita tunggu apa hasil siasatan kelak...............Tapi yg akan rugi kalau dakwaan itu benar ialah student2 kolej yg ambil kursus2 yg ada kerjasama dengan Universiti itu sebab mereka tak akan recognise sijil kolej tersebut.

Cerita tentang memilik kelayakan akademik palsu bukan perkara baru sebab dengan apa pun boleh maaa!!!! Berita lanjut korang bacalah sendiri kat link di bawah:

BBC London 1
BBC London 2

* Kalau betulla ada penipuan, memang betullah kata Uncle Hishamuddin Rais "Ini baru betul2 Melayu tipu Melayu" hehehehe.........

Tuesday, November 9, 2010

Sekitar Hari Terbuka TUDM Butterworth 2010...Part II

MIG-29....

Apa nama pesawat ni ntah??


Abang2 PROVOS.....


Sebahagian pengunjung.......


Sempoi.......


Wah!!! suka bebenor kalau dibiarkan berlari di atas trek...


Skuadron Hawk.......


Monday, November 8, 2010

Semakan ujian MTest 2011

Ini info sekadar untuk memudahkan orang lain & memberi khidmat pada masyarakat. Kalau yang ada buat permohonan KPLI-SR & KPLI-jQAF untuk ambilan Januari 2011 bolehlah menyemak panggilan ke Ujian MTest pada Sabtu ini dengan cara korang klik ja di sini: Kementerian Pelajaran mulai arini.
* Tak semua org pandai ICT, so bagi memudahkan mereka yang cari tak jumpa....kita hulur cara yg mudah......

Sekitar Hari Terbuka TUDM Butterworth 2010........Part I

Sabtu lepas, KM sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Pangkalan Butterworth. Acara yg bermula sekitar 9 pagi hingga 5 petang tu memang mendapatkan sambuatn luar biasa daripada orang awam. Sebelum kol 9, ramai yang dah datang awal untuk memastikan tak ketinggalan dengan acara yg diadakan.

Pengunjung bukan sahaja daripada kawasan sekitar tapi rasanya orang jauh pun ramai yang datang. Memang bersaing jugalah dengan program Jom Heboh di Batu Kawan hari tu. Walaupun pesawat yg dipamerkan terhad kepada pesawat2 TUDM yang beroperasi di Pangkalan Butterworth saja tetapi rata2 mereka yang tidak pernah berkunjung ke Pameran LIMA Langkawi pasti teruja melihat sebahagian kekuatan sayap ATM ini.


Pancaragam TUDM yang membuat persembahan pembukaan. Lagu yg dimainkan memang menarik



Kereta perisai ATM turut mengambil bahagian..


Helikopter milik TUDM...Nuri kah ini?


Pesawat tempur jenis Mikoyan buatan Russia kalau tak silap...


Ini skuadron F-5E...............


Pesawat pengangkut C-130 Hercules...Banyak jasa ni



Sunday, November 7, 2010

Ini bukan Makjun Salasa!!!


Sebenarnya kat atas tu bukanlah ubat kuat mahupun makjun salasa....tapi sekadar multivitamin. KM nak try makan kalau2 boleh meningkatkan selera makan. Mat Adam pun makan tapi untuk kanak-kanak dalam bentuk sirup. Harap-harap berjayala..........


Thursday, November 4, 2010

Pembiayaan rumah dikurangkan kepada hanya 70%???


Seperti yang telah dijangka, Bank Negara (BNM) akhirnya mengumumkan langkah menyekat aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah apabila mengumumkan langkah mengetatkan kadar pembiayaan pembelian rumah ke-3 kepada maksimum 70% sahaja. Bermakna, sesiapa yang hendak beli aset property (senang cakap nak beli rumahla) yang ke-3 memerlukan dia menyediakan 30% daripada nilai rumah tersebut sebab bank akan bagi maksima 70% ja. Sebelum ni, kita boleh dapat sampai 90% atau lebih bagaimana keadaan dimanipulasi hehehe...........

Langkah kerajaan dilihat sebagai protection pada aktiviti spekulasi & 'gelembung hartanah' yang menjadi masalah besar kepada ekonomi US pada penghujung 2006 hingga sekarang. Korang mungkin pernah dengar aktiviti spekulasi, bagaimana org beli umah sebelum dilancarkan & menjualnya selepas dilancar atau bila dia siap dengan pulangan yg begitu lumayan....KM tak pernah buat lagi tp memang nampak ia memang berbaloi kalau buat.....

* Arini rakyat di Galas & Batu Sapi akan mengundi memilih wakil rakyat baru.......selamat mengundi!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin