Monday, October 8, 2012

Syarikat pelaburan emas diserbu Bank Negara.....anda ada syer jugak ke?

Berita serbuan Bank Negara dan beberapa agensi berkuasa ke atas syarikat pelaburan emas sejak awal minggu lalu terus hangat dibicarakan. Ramai juga yang tengah berpeluh2 disebabkan dana yang dilaburkan tersangkut... Bercerita tentang pelaburan emas memang mengujakan kalau anda mendengar sendiri daripada mulut2 konsultan yg terlibat. Bayangkan ada konsultan yg meraih komisyen hampir RM200k sebulan!!! Takat 5k hingga 10k tu biasa bagi kebanyakan konsultan yang terlibat.. Dengan return antara 2 hingga 3% sebulan ramai yg all out duit simpanan atau pinjaman utk dilaburkan dlm pelaburan emas.. KM beberapa kali juga dipujuk oleh kawan2 yg terlibat tapi tak mampula nak beli emas sebab duit pun tak banyak dan KM bimbang ngan tindakan Bank Negara....kalau ada byk duit pun KM target nak beli umah sebijik lagi atau pun kedai... Serbuan minggu lalu menyebabkan ramai yg sudah seperti cacing kepanasan...Selagi pending siasatan bermakna urusniaga akan tertangguh & pelaburan akan tersangkut di situ.... So kepada semua yg terlibat, harap bersabar dan berdoa tiada tindakan terhadap syarikat pelaburan anda....bimbang jika ada kesalahan, anda mungkin akan hilang pelaburan anda!!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin