Thursday, March 22, 2012

City merapati pendahului liga....

Man City bangkit daripada ketinggalan 0-1 melalui jaringan pertahanan Chelsea, Gary Cahill untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Chelsea. Gol City dijaringkan oleh Sergio Aguero & Samir Nasri. Kemenangan ini merapatkan jurang perbezaan mata dengan pendahulu liga 1 mata sahaja.


Dalam aksi lain semalam, Arsenal terus mengukuhkan kedudukan dalam kelompok 4 teratas selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Everton. Manakala, Liverpool kecundang di minit akhir perlawanan 2-3 di tangan pasukan penyingkiran, QPR walaupun selesa mendahului 2-0 di separuh pertama. Kekalahan ini menyaksikan sasaran Liverpool untuk meraih 4 kelompok teratas semakin sukar.

Thursday, March 15, 2012

Perkembangan Kedai Runcit ku...

Sekarang masa terbatas. After kerja, KM bertukar kerja plak sebagai tuan kedai..Masa nak menulis blog pun terbatas. Alhamdulilah, esok cukupla sebulan KM mengendalikan kedai tu.

Memang berlaku banyak perubahan pada kedai. Dulu bukanya tak ikut masa tp ikut suka tuan kedai. Sekarang KM buka daripada kol 8 pagi hingga 10 malam setiap hari (Ahad pun KM buka tau). Buat masa sekarang tak mampu lagi nak operasi sampai kol 12 malam..letih2.

Sekarang barang pun makin banyak daripada dulu & kepelbagai tu sentiasa ditambah dari masa ke masa. Cuma sekarang modai ja mengekang usaha KM nak mempelbagaikan lebih banyak barang. Perniagaan baru ni cash sangat penting untuk modal pusingan sementara mencari supplier untuk kemudahan kredit yang baik.

Beberapa supplier sebelum2 ni pun sudah kembali untuk menawarkan kredit yg lebih baik setelah hampir fed up dengan owner yang lama. Hopefully, kemudahan kredit nanti akan memudahkan usaha mesing modai perniagaan.

Sales harian pun sekarang dah maintain around RM400 ke atas & pelanggan2 baru sentiasa ada setiap hari. Mungkin ada yg masih tak tahu bahawa kedai tu dah ditakeover oleh KM & bukan lagi owner yang lama.

Kejayaan KM di bulan pertama ni ialah berjaya membayar sewa bulanan & gaji pekerja tanpa menggunakan duit poket sendiri...Namun banyak lagi yg perlu ditambah baik...

* Takdak sapa ke nak inject modai kat biznes KM ni? kekekeke......Membina semua imej perniagaan yang tercalar memang perlukan kekuatan & semangat....

Tuesday, March 13, 2012

Nurul Nadirah: Kenapa sampai begitu kejam pada kanak-kanak tu....



Akhirnya teka-teki kehilangan kanak-kanak berusia 5 tahun, Nurul Nadirah terjawab. Dia dilaporkan dibunuh & mayatnya dibakar. Amat menyayat hati mendengar berita kekejaman terhadap kanak-kanak tu.


Walauapapun motifnya, kita sebagai manusia sangat2 mengeji perbuatan tidak bertamadun tu. Menjadikan kanak-kanak mangsa pada kerakusan nafsu & kekejaman.


Thursday, March 8, 2012

SBPA akhirnya dibatalkan!!

Senjata makan tuan...itulah yg mungkin boleh digambarkan dengan SBPA & kerajaan. Secara personally, KM melihat SBPA sebagai alat untuk menarik sokongan kakitangan kerajaan mejelang PRU ke-13 nanti. Namun, kaedah & struktur pelaksanaannya dilihat wujud ketidakseimbangan & ketidakadilan hingga menyebabkan ia dibantah oleh majoriti pihak yg mewakili kepentingan penjawat awam & terpaksa direview semula.


Diberikan tempoh beberapa bulan untuk dikaji & dibaikpulih antara JPA & pihak yg mewakili kakitangan awam namun nampaknya mcm menemui jalan buntu. Akhirnya, sebentar tadi PM Najib mengumumkan SBPA dibatalkan dan SSM yang lama diperbaiki.


Soalannya berapa banyak kos & tenaga negara ini yg habis untuk merancang & melaksanakan skim tersebut yg akhirnya dibatalkan?? Anda mungkin boleh menjawabnya di PRU ke-13 nanti dengan penuh hikmah.....

Barca menang besar tapi bakal kehilangan Pep Guardiola??

Seperti dijangka, Barcelona tiada masalah untuk mengatasi Bayern Leverkusen bagi melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara. Namun yang menariknya, mereka membelasah bekas finalis Liga Juara-Juara itu dengan jaringan 7-1.

Lionel Messi melakar sejarah Liga Juara-Juara sebagai pemain pertama menjaringkan 5 gol dalam suatu perlawanan. Turut melangkah ke pusingan seterusnya ialah kelab dari Greece, APOEL yang menang penalti ke atas Lyon.

Kemenangan besar agregat 10-2 Barca itu meletakkan mereka sebagai pilihan di samping sebuah lagi pasukan Sepanyol, Real Madrid untuk merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara musim ini.

Persoalannya ialah adakah ini musim terakhir pengurus Barca, Pep Guardiorla di Nou Camp. Khabar angin kencang meletakkan beliau sebagai calon utama untuk Chelsea dengan gaji sekitar 12 juta pound setahun.....Kontrak Guardiola di Nou Camp akan berakhir hujung musim ini.

Monday, March 5, 2012

Hidupku dah berubah hampir 360 darjah...

Hampir seminggu tak menulis....bukan takde idea tapi xde masa dah...

Lepas takeover kedai 17hb lalu, kehidupan KM dah berubah hampir 360 darjah hehehe....sekarang gua kerja dari kol 6 pagi sampai 11 mlm baru balik rumah....pastu buat setel segala urusan kira duit, buat akaun & apa bala lagi....kol 1 or 2 baru tido. Kol 6 bangun kembali hehehe..rutin berlangsung setiap hari sepanjang minggu..

Takde lagi masa nak round2 pasar malam sebelah petang atau lepak2 kat shopping complex ari minggu...Perubahan ni jangkit kepada wife & anak2 KM. Yang pasti Cikgu Watie selaku majority shareholder sgt memahami...terima kasih yang...

Kalau nak ikutkan penat...memang sangat penat tetapi ku gagahkan juga sebab nak senang bukan senang....nak susah pun bukan susahkan...

* dah lebih 2 minggu menguruskan bisnes baru ni....byk lagi yg perlu ditambahbaik untuk memajukan bisnes ni....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin