Mungkin ramai dah dapat duit bantuan RM500 sejak semalam. Mungkin ada yg dah abis RM500 tu hehehe.....Mungkin ada yg masih menunggu keputusan dapat atau tidak RM500.
Mungkin sebahagian besar yg berjaya terpilih dah attend majlis bersama pemimpin BN kelmarin untuk collect baucer tunai & sekaligus tunaikan di situ juga. Bagaimana yg berjaya tapi terlepas gara-gara terlepas pandang surat jemputan atau terlewat terima surat ke majlis penerimaan tersebut.
Anyway jgn bimbang, tak sempat ke majlis tak semestinya BR1M akan dibatalkan. Bertenang...KM akan tolong kongsi apa yg KM tahu. Setahu KM, Perbendaharaan Negara dah buka satu talian hotline mulai hari ni untuk semak kelulusan permohonan tapi sayangnya talian tu terlalu sibuk & sukar ditembusi.
Kepada yg dapat surat hari ni tapi majlis penyampaiannya kelmarin maka anda boleh ke pusat wakil rakyat BN atau penyelia DUN BN di tempat anda untuk menuntut baucer tersebut atau mendapatkan maklumat lanjut untuk menuntut baucer tersebut. Tak silap KM baucer tersebut boleh dituntut dalam tempoh 3 bulan. Jangan korang pi pusat wakil rakyat Pakatan Rakyat plak....hehehe.
* KM tak layak tapi sedia memberi anda maklumat sebaik mungkin sebab itu duit RM500 datang daripada anda jugak!!!
No comments:
Post a Comment