Thursday, December 30, 2010

Malaysia menang AFF Suzuki Cup, esok public holiday!!!

PM Najib umumkan esok 31 Disember, hari terakhir 2010 sebagai public holiday atas kemenangan sulung Malaysia merangkul AFF Suzuki Cup setelah menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2. Public holiday esok dapatlah mengubat kekecewaan kerana jatuhnya Hari Krismas & New Year tahun ni pada hari Sabtu.

Kepada skuad kebangsaan, diucapkan tahniah kerana berjaya menjinakkan Garuda. Semoga kejayaan tidak berakhir di sini saja. Perjalanan bolasepak Malaysia masih jauh................

Wednesday, December 29, 2010

Tender MCA 1 cipta rekod baru.....

Dashyat sungguh bila tender untuk memiliki plat kenderaan MCA 1 melepasi RM300k. Siapala sanggup menghabiskan duit sebegitu byk semata-mata untuk sekeping nombor plat tersebut. Kalau dengan duit tu mungkin dah boleh beli beberapa biji keta atau pun rumah. Tapi itulah hakikat manusia, jika mahukan sesuatu, mereka sanggup walaupun kadang2 di luar pemikiran kita.........
* Anda bagaimana? Sanggup?

Monday, December 27, 2010

Like father, like daughter....Hepi besday my daughter


Pejam celik, pejam celik, esok my lovely daughter dah mencecah usia 6 tahun & jumaat ni akan masuk Darjah 1. Walaupun kadang-kadang suka tak dengar cakap abah & selalu kena marah tapi anak tetap anak. Darah yang mengalir dalam diri dia tetap darah KM. KM belum decide birthday party untuk dia lagi tapi tetap akan buat walaupun kecik sebab hadiah dah beli last 2 week.

Kepada Nur Batrisya aka Budak Kacak, abah sayang kakak sebagaimana abah sayang Dik Dam.........Next year mau belajar rajin2........Kepada Allah, alhamdulilah sebab kami ada 2 anak yang comel & nakal hehehe........sebab kenakalan tulah, hidup kami tak sunyi.........

* kalau korang perasan, budak ni pakai subang sebelah....hehehe...sebelah lagi terkabus sebab salah tebuk...

Thursday, December 23, 2010

Tiket Zoo la Polak!!

Sejak Jumaat lepas, The Star dah war2kan nak kasi hadiah or free gift yang pembaca yang kumpul 5 keratan masterhead akhbar tu dari hari Jumaat hingga semalam. So, KM sebagai pembaca akhbar tu ambil kesempatan kumpul & pagi tadi KM gi ofis The Star untuk claim hadiah. Bila draw, KM dapat 2 keping tiket ke Zoo Taiping hehehe...........
Kalau nak masuk pun dewasa kena RM12 sorang. Selain tiket zoo, banyak lagi hadiah lain seperti tiket wayang, baucer penginapan, tiket ke Lost World dan macam2 lagila....mungkin byk yg sponsor kasi.



* Kadang2 rasa segan nak gi Zoo Taiping sebab kebanyakan binatang dah veteran.hehehe...

Tertelan Syiling Seposen...............

Awal2 pagi je my father in law dah sms. Inform my nephew masuk hospital. Why??? sebab dia tertelan duit syiling seposen hehehe.............budak2 ni mcm2 feelnya....kalau terlepas pandang je macam2 hal bleh terjadi. So far, KM takde pengalaman lagi tentang tertelan syiling tapi doctor sure akan buat sesuatu supaya syiling tu kuar semasa dia buang air besar. Yang pasti tak kena belah perut kan kekeke...........

Wednesday, December 22, 2010

Penang Butterfly Farm

Last 2 week, KM & The Gang gi Penang Butterfly Farm @ Taman Rama-rama di Teluk Bahang sempena pelancaran maskot baru taman tu. Keseluruhannya, menarik juga kalau bawak family jalan-jalan. Selain rama-rama, ada juga hidupan lain yg bleh budak2 tengok cam iguana, cicak, kumbang, ikan arapaima dsb.







Perangai cam belangkas......



Korang besa tgk belangkas?? Mungkin sesetengah orang di zaman ni, belangkas pun tak penah tengok tapi perangai je cam belangkas. Selalunya belangkas ni orang kaitkan dengan kapel2 yang takleh nak berenggang langsung. Ke mana saja pasti nak bersama hatta kalau ke jamban boleh bersama, situ pun nak gi sekali. Cuba ada layan habit belangkas ni.........keja nak berkepit ja...........

Tuesday, December 21, 2010

Agihan dividen & bonus ASB 2010...................

Pagi tadi PNB dah umumkan dividen & bonus untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 dengan agihan dividen 7.5 sen dan bonus 1.25 sen. Secara perbandingan, agihan dividen tahun ni tinggi sikit daripada tahun lalu iaitu 7.3 sen. Manakala, bonus still sama cam tahun lepas. So, kesluruhannya, tahun ni pelabur dapat 8.75 sen sesaham berbanding 8.55 sen untuk 2009.

Monday, December 20, 2010

Konsert Gemuruh DT Seberang Jaya 18 Disember 2010...........


Seperti yang dijanjikan, Konsert Gemuruh DT Search & Wings mengambil tempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang 18 Disember 2010, Sabtu lalu. KM selaku pemegang 2 tiket percuma turut serta menyaksikan konsert tersebut. Rasanya dianggarkan antara 2-3 ribu otai2 rock yang hadir malam tu termasuklah abg2 & kakak2 yang dah veteran.

KM yang tak otai, hadir malam tu bawak sapa lagi kalau bukan buah hati KM, Mem....Budak2 tinggal kat pengasuh (sporting pengasuh anak KM tu hehehe). Lagu2 yang dipersembahkan mengenang kembali zaman2 muda kami berdua (sekarang pun takla tua pun hehehe...........) KM sempat record beberapa klip sepanjang konsert berlangsung tp kualiti rakaman sangatlah menghampakan hehehe.........sebab sound system kuat sangat....

Anyway, secara keseluruhannya konsert memang tak menghampakan dari segi susunan muzik, kesan bunyi & lampu & yang paling penting, Search & Wings masih mampu mengekalkan kehebatan & keotaian mereka selaku kumpulan rock tersohor di negara ini......Dari 5 bintang, KM bagi 4.5 utk konsert malam tu........

* Thanks Nuffnang yang sudi bagi KM 2 tiket tu................Video takleh load plak, internet lembab hehehe.......esokla gua upload beb!!

Friday, December 17, 2010

DUN Tenang: Menanti 1 lagi pilihanraya kecil.............


Malaysia akan sekali lagi mengharungi pilihanraya kecik yg ke berapa belas entah selepas ADUN Tenang, Dato Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi tadi. DUN Tenang terletak dalam PArlimen Labis & dalam Pilihanraya Umum 2008, Dato Sulaiman menang dengan majoriti 2 ribu lebih undi mengalahkan calon PAS. PRK ini juga akan menjadi kayu pengukur kekuatan parti bertanding menjelang PRU ke-13 yang dijangkakan tahun 2011. Ia juga akan menjadi tempat untuk melambakkan wang untuk membeli undi2 manusia yg kurang harga diri..............adios amigos....undi dengan otak bukan dengan duit!!!!

Tuesday, December 14, 2010

Camna nak kaya ni???


KM pun taktau ape idea nak update entry hari ni. Tengah penin2 mencari modal nak meluaskan bisnes. Bisnes kecik ja tapi modai xsempat nak pusing......pastu kepala jadi pusing........

* orang biznes, ko pun nak biznes...pastu penin hahahaha................



Monday, December 13, 2010

Gua menang Tiket Konsert Gemuruh DT Search & Wings la beb!!! hehehe.............

Lebih kurang 2 minggu lepas, KM ada join cam contestla oleh NUFFNANG untuk tiket2 Konsert Gemuruh DT oleg DIGI di Seberang Jaya & Sunway Lagoon. KM pilih untuk menyertai konsert di Seberang Jaya & beri sedikit komen tentang Search & Wings selaku pendokong utama konsert tersebut.

Mungkin rezeki KM kali ni, KM terpilih oleh NUFFNANG antara 30 org yang mendapat 2 keping tiket ke konsert tu di Seberang Jaya, Sabtu ini. Kalau mahu beli pun, sekeping RM70 hehehe.........

* Terima kasih buat NUFFNANG & DIGI atas kesudian memilih KM!!!....

Budak Kacak Nak masuk Tahun 1

Lebih kurang 3 minggu lagi, sesi persekolahan 2011 akan bermula. Tahun 2011 ni, Budak Kacak akan memulakan sesi persekolahan Tahun 1. Sebagai parent, KM & Mem dah lama bersedia menghadapi suasana ni. Budak Kacak pun rasanya takda masalah untuk ke sekolah sebab dah 3 tahun dia bersekolah sebelum ni. Mungkin sikit berbeza, dia akan bercampur dengan semua murid dari tahun 1 hingga 6.

Baju sekolah dah ditempah & yang siap pun dah ada. Beg pun dah lama dibeli. Semlm, KM & Mem bawak dia beli kasut sekolah ja.

* Sekarang ni, masuk sekolah pun nak pakai duit banyak. Pakaian sekolah, buku2, yuran ke hapa lagi. Kalau ada ramai anak jenuh juga ye.....

Friday, December 10, 2010

Pakat Mai Penang Oooiiii.....

Cuti sekolah serta hujung tahun memang waktu yang sesuaiutk ramai org bercuti & makan angin. Rata-rata event & tourism spot sesak dengan penginjung. Aritu, MAHA 2010 saja menarik pengunjung jutaan orang.

Di Penang pun, setiap minggu ada event diorg buat. Last week, kita ada AAM Petronas Cub Prix kat Padang kota Lama. Tapi KM sekeluarga ke Penang Butterfly Farm di Teluk Bahang sempena pelancaran maskot baru. Gambar tak sempat KM download lagi dari kamera.

Sekarang juga tengah berlangsung Pesta Pulau Pinang sehingga 2 Januari 2011. Untuk pengetahuan korang, seumur hidup KM dah lebih 30 tahun dok di Penang, tak penah KM jejak kaki ke pesta tu hehehe............kerek betui!!!

Kalau sesapa datang ke Penang minggu ni, korang bleh gi Pesta Flora 2010 bermula esok hingga 19 Disember. Juga ada Pertandingan Perahu Naga 2010 di Teluk Bahang Dam esok & lusa. Juga ada Pesta Hoki MILO-NSTP di USM bermula arini hingga Ahad. Sesapa free blehla datang ke Penang...macam2 adaaaaaaaaa.............




Khairy pun pandai catwalk hehehe........

Banyak hari juga KM tak menulis. Pertama, sebab KM malas & kemudian KM tak sihat hehehe.................Banyak juga perkara yang berlaku seminggu dua ini. Nanti senang2 kita bercerita. Sebagai perkongsian hari ni, korang layanla gambar Khairy Jamaluddin & isteri bercatwalk di Piala Sri Endon 2010 baru-baru ni.........

Friday, December 3, 2010

Semakan Temuduga KPLI-SR & KPLI j-Qaf 2011


KM tau ada yg dah tak sabar2 nak samada dapat temuduga or tidak untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR & KPLI-j-QAF). Untuk memudahkan ko checkla kat sini.

Thursday, December 2, 2010

Kakitangan kerajaan Pulau Pinang dapat insentif RM800

Kerajaan Pulau Pinang hari ni mengumumkan pemberian RM800 kepada 3 ribu kakitangan kerajaan negeri sebagai insentif kepada mereka. Horrrayyyyyyy.....

Yang KM nak horray lebih napa? Aku bukan kerja ngan state pun hehehe.........

Seronokla sapa-sapa yang dapt tu ekkkk......

Wednesday, December 1, 2010

Pembayaran bantuan kewangan RM500 boleh ambik hari ni!!!

Kepada kakitangan awam termasuk pesara, arini bolehla korang cek akaun gaji sebab pembayaran bantuan kewangan sebanyak RM500 akan mula dibayar mulai harini. Ini sebagai insentif korang tok meninggatkan lagi KPI, KRA, pretasi & ntah apa2 lagi le hehehe............

* Korang jgn jeles ngan civil servants di Singapore yang dapat 2 bulan bonus serta bayaran bonus terdahulu.....Kerajaan Singapore cakap kalau kita mau bersaing ngan sektor swasta, motivasi itu penting tok kakitangan awam hehehe.............Malaysia cakap kalau mau bersaing, kita kena buat bangunan tinggi2 hehehe.....Nasib Samy Vello sudah xjadi menteri.....

RON97 naik 15 sen mulai arini!!

Semalam KM dah terbaca rumour2 kenaikan harga ni. Arini konpomla RON97 naik 15 sen kepada 2.30 seliter. Mungkin ramai tak peduli sebab kebykan motorist kita pakai RON95 yang harganya disubsidikan. Kepada yang mementingkan kualiti, kenaikan harga bahan bakar tu pasti akan terasa......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin