Monday, August 9, 2010

Rumah baru..........Nilam Sari Central Park

Kalau tanya sesiapa pun berhajat untuk memiliki hartanah landed. Persoalannya, antara mampu & tidak sahaja. Mungkin di sesetengah negeri & kawasan, harga hartanah landed masih mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah & sederhana. Tapi ada sesetengah kawasan, harganya terlalu tinggi & kita hanya berputih mata untuk memilikinya.


Semalam, KM ke Sungai Petani ronda-ronda. Salah satu destinasi KM ialah Taman Nilam Sari @ Nilam Sari Central Park yang terletak di Lingkaran Barat berhampiran Toll Exit Sg. Petani Selatan. KM dah ushar lama projek ni sejak ia bermula lebih kurang 3 tahun lepas. Sekarang dalam fasa akhir untuk menyiapkannya. Tak salah KM, kerja2 menyiapkan kemudahan jalan.
Selain unit kediaman, ia juga menawarkan unit komersil. Ada beberapa unit kedainya dah mula beroperasi. Memandangkan berdekatan dengan exit PLUS serta berhampiran pasaraya2 besar seperti Tesco & Giant (lebih kurang 5 minit ja), harga yang ditawarkan memang marvelousla hehehe......range from RM358,000 to RM 450,000++. Memang gua tak mampu hehehe......mampu tengok ja......

Secara pandangan peribadi, untuk mendiami sendiri mungkin berbaloi dengan harga & kemudahan yang ada. Tapi jika untuk sewa memang tak berbaloila sebab installment loan mungkin lebih besar dr kadar sewa yang kita akan dapat.

* KM tengah mencongak di manakah destinasi sasaran KM seterusnya...............Tanah Pulau Pinang @ Tanah Kedah? Tapi KM sayangkan tanah Pulau Pinang.......kalau kita lari dari tanah ini...sapa lagi nak bertahan di sini........



1 comment:

Dee said...

aku ingat ko beli rumah baru ni..kalo beli..mmg cantiklah..hehehe..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin