Friday, November 30, 2012

Masterchef Musim ke-2 Akhir.... Siapa pilihan anda?

Tak silap KM, penentuan akhir juara Masterchef Malaysia musim ke-2 akan bersiaran secara langsung kol 10 malam esok, Sabtu....So, antara Ah Hong, Along, Etiqa dan Izyan siapa akan ke final & siapa bakal bergelar juara Masterchef musim 2? Pada KM, peluang mereka semua seimbang dan mungkin keempat2 mereka akan berentap di final dan siapa yg melakukan kesilapan paling minima akan bergelar juara....selamat berentap!!!!!

Nik Aziz Penyesat No. 1! Anwar Berahim Pengkhianat No. 1! UMNO parti pilihan Allah?

Itu bukan kenyataan KM tapi statement Al-fadhil Tok Guru Reezal Merican, yang satu masa dulu antara kroni kuat Khairy Jamaluddin & tak slap KM dia antara setiausaha Pak Lah semasa beliau menjadi PM...Reezal Merican antara yg tengah melobi calon utk kerusi Parlimen Kepala Batas jika Pak Lah mengosongkan kerusi tersebut... Kenyataan ini dibuat ketika Persidangan Agung UMNO arini yg antara medan untuk menyerang PAS...hairan aku sebab pa takut sangat kat PAS ni hehehe....Mat Sembab aka TPM melabelkan PAS hanyalah parti tunggangan Keadilan & DAP dalam Pakatan Rakyat. So apsal takut sangat kat PAS huhuhu.... Untuk makluman Datuk Reezal, jika Dia menyatakan UMNO dipilih Allah utk diberi kuasa pemerintahan, bagaimana dgn kerajaan2 terdahulu seperti Firaun & Namrud? Mereka juga diberi kuasa oleh Allah...tapi apakah mereka menjadi pilihan Allah juga?.... Untuk pengetahuan Reezal, org yg melawan Allah samada musyrik or munafik juga diberi if'tirad atau kelebihan yg Allah beri pada hambaNYa dalam keadaan Dia murka seperti kuasa, kekayaan, kesenangan dan seumpamanya di atas muka bumi ni.....so jgn rasa dengan berkuasa lebih 50 tahun, UMNO merasakan diri telah dipilih Allah sedangkan selama ni degan kekuasaan tersebut mereka telah byk membuat penyelewengan...so jgn angkuh sgt dengan kuasa yg ada sebab itu pemberian sementara kepada manusia......so kepada reezal Merican, jgn angkuh...takut nanti memalukan anda sendiri....seperti yg terjadi pada saudara Khairy Jamaludin selepas PRU 12....dia pun angkuh dulu tp sekarang cam melukut tepi gantang wpun masih bergelar Ketua Pemuda....satu jawatan pun tak dpt dalam Kabinet Najib....hahahaha....selamat berjuang semua....

Tuesday, November 27, 2012

Pilihanraya umum 13 selepas Piala AFF??....Malaysia perlu membaham Laos kalau mau pertahan piala!!!!

Malaysia akan turun dalam perlawanan kedua kumpulan esok menentang pasukan yg dulu2 dikenali pasukan belasahan, Laos. Laos mencipta kejutan di perlawanan pembukaan apabila seri dengan Indonesia. Malaysia perlu menang utk memberi sedikit kelegaan sebelum perlawanan terakhir kumpulan menentang Sang Garuda...Tok Najib sendiri dah turun padang memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya yg dikritk hebat selepas kalah 0-3 di tangan Singapore....Hebat dan prihatin sekali PM tentang pasukan negara....KM melihat keprihatin ini sebagai interpretasi Najib menjelang pembubaran Parlimen...Siapa pun tak boleh menolak kemungkinan rakyat Malaysia akan mengundi pada bulan hadapan sekiranya Tok Najib mendapat ilham mengadakan pilihanraya bulan depan....Najib tengah usaha keras sekarang untuk menang dalam pilihanraya sulung buat beliau selaku Perdana Menteri...Kalau 2008, Pak Lah angkat sebagai PM setelah BN hanya simple majority, adakah Najib pula akan angkat kaki apabila BN tumbang sebagai kerajaan persekutuan setelah lebih 50 tahun memerintah???....jawapannya kita tunggu bila rakyat memilih nant!!!!!!

Monday, November 26, 2012

Harimau Malaya jadi sayur di laman sendiri....

Skuad kebangsaan menempah laluan sukar utk mempertahankan Piala AFF Suzuki apabila tumpas 0-3 di tangan Singapore...Pertemuan seterusnya menentang Laos...kalau kalah gak ngan Loas, KM taktau nak kata pa dah...mungkin bukan Rajagopal yg perlu meletak jawatan tapi pemimpin dlm badan induk bolasepak fikir utk beri laluan pd org lain pulak...dah lama sangat dah...idea pun dah takdak...kuang..kuang...

Sunday, November 25, 2012

Piala AFF Suzuki: Malaysia vs Singapore

Malaysia membuka tirai kempen mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012 menentang Singapura. Di atas kertas, peluang kedua-dua pasukan agak seimbang dengan masing2 memberi pendedahan pasukan di liga pasukan lawan...Anak buah Datuk K. Rajagopal dikritik hebat ekoran persembahan hambar dalam beberapa siri perlawanan persahabatan kebelakangan ni...Jika mengambil kira semangat patrotik, KM menyokongla Harimau Malaya tapi dalam masa yg sama sakit hati juga dengan bolasepak Malaysia sebab jika mengambilkira perancangan serta duit yg dilaburkan sejak berpuluh tahun yg lalu kira bolasepak kita mengecewakan...Bolasepak kita naik turun di peringkat Asia Tenggara saja sedangkan di peringkat Asia, kita terus tenggelam sedangkan lawan setara kita dulu, seperti Korea Selatan sudah jauh gah di peringkat dunia....Di mana silapnya pembangunan bola kita? Adakah Kita sudah kemarau idea di peringkat badan yg menguasai bola kita? KM takmau ulas lanjut nanti dituduh oleh juak2 sebagai menderhaka pulak kekeke....biarlah luncai dgn labu2nya sebab KM tak ralat pun kalau terlepas perlawanan bolasepak Malaysia hehehe...

Saturday, November 24, 2012

Memiliki rumah ke-3.....sekadar menambah aset

KM berminat untuk memiliki rumah ke-3 ni tapi menyuarakan minat sahaja sebab belum berkemampuan....kos utk memiliki apartment kos rendah ni sekitar 60-70K, peningkatan nilai lebih 100% berbanding harga asal...kadar sewa mungkin antara RM300-350 tapi penyewa jgn bimbang sebab sentiasa ja ada yg ingin menyewa...lokasi cun dan access utk semua kemudahan mudah...berdasarkan maklumat ajen, loan boleh cecah 69K tp mungkin ada syarat2 yg perlu dipatuhi memandangkan ianya kos rendah...Anyway, KM masih merancang dan belum ada sebarang movement masa ni...Rumah akan datang kalau beli pun bukan keperluan tapi sekadar tambah aset sebab installment bulanan bleh cover ngan sewaan....Tumpuan sekarang menjelang kelahiran anakanda baru KM bila2 masa dari sekarang walaupun due antara hujung Disember until early January tp kuasa Allah kita tak tahu kan....Ada rakan Cikgu Watie yg duenya hujung bulan depan juga tapi dah bersalin sehari dua yg lepas....

Thursday, November 22, 2012

Save for Gaza or Help for Israel?

Bumi Gaza sudah lebih seminggu dibedil oleh artileri Israel dan sudah lebih 100 orang rakyat Palestin terkorban mangsa kekejaman rejim Zionis. Umat Islam seluruh dunia mengutuk kebiadaban Zionis termasuk di Malaysia....Ramailah rakan2 kita yg kononnya prihatin dengan nasib yg menimpa saudara kita di Gaza..ramai yg mempost keprihatinan itu di FB dan sebagainya...ada yg menukar profile picture semata2 menyatakan keprihatinan itu....dalam masa yg sama, mereka2 ini juga yg berebut2 mendapatkan makanan free di restoran2 yg dikatakan menjadi penyumbang dana kelansungan rejim tersebut hehehe....kita prihatin atau kita berpura2 saja?...Begitu dengan kerajaan BN yg melalui Parlimen memanggil usul tergempar utk mengutuk kekejaman Israel...dalam masa yg sama, kerajaan Malaysia ini tidak pernah mengiktiraf kerajaan Hamas yg diberi mandat oleh rakyat Palestin untuk memerintah Gaza...so kita sebenarnya byk berpura2...kalau KM cakap bahasa kasarnya, ramai yg akan marah....so fikir2kanlah.....

Saturday, November 17, 2012

Dah bersunat ke? Keputusan UPSR camna?

Sekejap rasanya, cuti sekolah hampir seminggu berlalu....KM gembira musim cuti sekolah ni sebab Cikgu Watie yg sarat tu ada di rumah, Budak Kacak pun di rumah, juga tidak ketinggalan Encik Adam aka Pemakan Nasik yang kuat jugak sekejap2 mengajak KM menemani dia ke toilet..aduila!!!! Anyway..we are happy family... Isnin depan result UPSR akan kuar...ramai mak bapak mungkin tak sabar nak tahu keputusan berbanding anak2 mereka yg syok bercuti...tak silap, KM batch pertama ambik UPSR tapi anak KM melalui KSSR nanti takkan lagi menduduki UPSR yg hanya akan tinggal sejarah selepas 2-3 tahun lagi....Result UPSR KM dulu antara kenangan manisla buat budak cam KM yg hanya sekolah kampung...KM score gak 4 A's even my parent's tak penah janji apa2 reward sekali pun...waktu tu kalau da gambar yg boleh ditunjukkan, semua org pasti akan gelak kat KM yg mcm nerd ja masa tu tapi homework KM tiap2 pagi ada kawan2 yg minta nak copy hahaha....Budak Kacak sekarang nak kena siap rotan baru nak habiskan homework dia....alahai... Musim cuti panjang ni juga byk juga 'burung2' yg telah dan akan terkorban kerana memenuhi syariat...Suka atau tidak, kita mesti pilih hahahaha.....Tapi berkhatan sekarang dah moden dan tak menyakitkan pun...dah takyah landing atas batang pisang cam dulu2....tempoh masa nak sembuh pun cepat...arini potong esok minggu dah leh main bola..ada berani??? Tahun depan Encik Adam akan berusia 4 tahun...KM masih berfikir kesesuaian utk menghantar dia ke kindy....Walaupun dia membayangkan kegagahan dia seperti Ultraman Mebius dengan badan yg tegap sebab makan nasik banyak serta sepakan yg kuat tapi dia masih ada sifat malu terutama di kalangan org yg baru dikenali kekeke...Anyway dia sangat aktif dan cuma bekalan nasi saja perlu dicatu supaya tidak overweight dan Cikgu Watie ada helahnya untuk masalah ini...kekekeke.. Sebulan atau lebih sedikit dr sekarang, insyaallah kami akan menerima org baru tp barang baby apa pun belum beli lagi hehehe....tp dr persiapan mental..i'm very2 happy to get a new baby...hanya Allah mengerti kegembiraan ini...semoga Cikgu Watie selamat melahirkan baby kami nanti....yg ni pun aktif juga....

Saturday, November 10, 2012

Chelsea vs Liverpool on Super Sunday....

Brendan Rodger dikritik atas kekalahan 0-1 di tangan kelab jutawan Russia, Anchi dalam saingan Liga Eropah kerana menurunkan rata2 pemain tidak berpengalaman...KM melihat tindakan Rodger satu keperluan menjelang pertemuan dengan Chelsea esok... Liverpool dengan sumber pemain terhad ekoran kecederaan serta kegagalan pemilik dalam pasaran perpindahan pemain awal musim memang menyulitkan cabaran The Reds musim ini terutama untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.... Pertemuan dengan Chelsea di Stamford Bridge esok diramalkan oleh kebanyakan peminat sebagai satu lagi siri kekalahan untuk Liverpool....Kemenangan untuk Liverpool mungkin satu keputusan upset!!!!

Friday, November 9, 2012

Cuti sekolah sudah mari!!!!

Bagi kebanyakan negeri, arini ari last sesi persekolahan tahun 2012....horreyyy esok dah start cuti sekolah..cuti panjang sampai awal Januari 2013. Apasal aku plak yg suka? Sebab Cikgu Watie akan cuti panjang....cuti sampai awal April mungkin... KM takde papa perancangan lagi untuk cuti sekolah ni sebab Cikgu Watie dah sarat and susah nak jalan2 ni...So fokus utama menanti kelahiran anakanda kami....rasa cam menanti anak pertama tu hahaha... So, kepada yg terlibat secara langsung ngan cuti sekolah ni, diucapkan selamat bercuti...jangan main parit di musim hujan ni!!!!

Thursday, November 8, 2012

Obama elected for 2nd time...how about PM Najib? Can he score his first victory?

Sehari dua ni, seluruh dunia terarah kepada proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat..hampir keseluruhan media termasuk Malaysia memberi tumpuan tersebut....Keputusan mungkin telah diketahui apabila Barrack Obama berjaya mengekalkan kedudukan beliau di Rumah Putih untuk penggal kedua. Di tanahairku tercinta persoalan berkisar pada kemampuan PM Najib Razak untuk mencipta kemenangan pertama selaku pemimpin BN dalam PRU 13 yang entah beliau rasa selamat untuk dilaksanakan.... Perlu diingat, beliau adalah PM Malaysia ke-6 yang dilantik setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi memberi laluan setelah diasak teruk dengan pretasi buruk BN pada 2008. Kenyataannya, PM Najib belum mengharungi pilihanraya umum selaku pemimpin utama BN....so ramai menanti keputusan transformasi Najib...adakah akan membawa kemenangan besar kepada beliau atau beliau akan menjadi PM pertama daripada BN yang gagal dalam pilihanraya umum?????

Thursday, November 1, 2012

Kakitangan kerajaan bakal dapat kenaikan gaji 5% ??

Assalamualaikum semua....KM back!!!! Sudah 2 minggu berstatus bekerja sendiri. Hari2 yang berlalu, KM hanya fikirkan camna nak run business sebaik yang mungkin. Tiada lagi pening fikir apa sterusnya yg boss nak suruh buat..malam pun KM tido lena sekarang...alhamdullilah. Cakap byk pun tak guna tentang perkara yg dah lepas walaupun tak lama lagi goverment servants akan dapat bonus & mungkin tahun depan juga akan ada kenaikan gaji 5% untuk kerajaan menghadapi PRU 13 hehehe... Fokus KM ialah menjelang kelahiran anak ke-3 kami yang dijangka doktor penghujung Disember nanti. Mungkin akan berkongsi bulan kelahiran dengan kakaknya, Budak Kacak yang 28 Disember. Hadiah utk baby dah mula terima walaupun tak lahir lagi hehehe...rezeki baby la tu..terima kasih kepada semua yg baik hati itu...Encik Adam yang dah berusia 3 tahun pada 25 September lalu pun sangat2 mengerti yang dia akan menjadi abang tak lama lagi...Sudah membahasakan dirinya Abang Adam hahaha... Sesi persekolahan 2012 juga hampir ke penghujungnya...tinggal 7 hari ja lagi..byk dah budak2 yang start ponteng terutama yg tak terlibat ngan peperiksaan penting..bermakna 7 hari ja lagi utk Cikgu Watie bekerja sebelum bercuti panjang hampir 5 bulan!!! Cuti sekolah bermakna lebih panjang masa yg KM akan spend dengan family..alhamdulilah.. Okla geng...KM rasa sudah lapar sangat sebab jam dah kol 3.30 am & i mau pergi tgk ada maggi dlm dapur sebab games Chelsea lawan Man U sudah mau start...chow!!!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin