Friday, December 21, 2012

Tough draw for Man Utd & Arsenal!!!!

Wakil Inggeris, Man Utd dan Arsenal berdepan undian sukar dalam kempen Liga Juara- Juara 2012/13. Red Devil bakal berdepan juara Sepanyol, Real Madrid manakala Gunners yg bergelut mencari kejuaraan selepas beberapa musim tanpa piala diundi menentang Bayern Munich....Satu lagi pasukan pilihan, Barcelona akan menentang AC Milan...semuanya pasti menarik utk disaksikan!!! Pilihan KM, Liverpool diundi menentang pasukan Rusia, Zenit dalam laluan kejuaraan Liga Europa!! Harapan KM tak besar utk melihat kejayaan The Reds musim ini yg masih bergelut mencari retak di bwh kendalian pengurus baru, Brendan Rodgers....

Wednesday, December 12, 2012

Dividen ASB 2012 between 9% to 10%?

Tak silap KM, PNB akan menangguh urusniaga ASB mulai minggu depan, 18 Disember hingga 2 Januari 2013 untuk urusan pengumuman dan pengiraan dividen & bonus utk tahun kewangan 2012. Ramai menjangkakan agihan pendapatan lebih tinggi untuk tahun 2012 selepas PNB mengumumkan agihan memberangsangkan utk tabung2 yang lain sebelum ini..Lebih mengujakan ialah menjelang PRU-13 adalah tidak mustahil utk agihan pendapatan lebih tinggi sebagai simbolik pengurusan kewangan yg cekap serta persekitaran ekonomi yg lebih baik....KM menjangkakan agihan antara 9-10% untuk mengembirakan hati semua pelabur....bagaimana prediction anda pula? Kalau ada around RM100K bermakna boleh genggam around RM10K...campur plak bonus sebulan gaji(setengah bulan Disember & setengah bulan Januari) pakcik kayo!!!! Hehehehe......melawok ja...

Thursday, December 6, 2012

2012 hampir ke penghujungnya...KM menanti Chempaka Adriana....

Rasanya dah 2 bulan kot KM resigned..entahla tak pernah kira pun sejak kali terakhir meninggalkan ofis aritu....Cikgu Watie selalu tanya camna after early retirement from makan gaji? Frankly say, I feel much better..tido malam pun lena & bangun pagi pun KM rasa feel good...tak terbayang lg muka2 yg hati sakit bila memandang hahaha.... KM dan keluarga sekarang fokus pd minggu2 terakhir Cikgu Watie mengandung sebelum menerima kelahiran puteri kedua kami..persiapan dah hampir 100% sebab semua barang keperluan dh dipaking dan jika berlaku sakit, kita terus ja gi hospital hehehe.... Persiapan utk persekolahan Budak Kacak juga siap siaga memandangkan jika Cikgu Watie bersalin hujung bulan ni pasti kalut bila sekolah dibuka Januari nanti...so semua persiapan dh dibeli atau ditambah mengikut keperluan....tabik utk Cikgu Watie sebab harap KM sure kelam kabut hehehehe.... Jika anakanda ketiga KM lahir di hujung Disember ni, ia akan mengimbau kenangan kelahiran Budak Kacak pada 28 Disember, 8 tahun lalu...2 hari selepas tsunami yg menggegarkan Asia dan membunuh ribuan manusia....ketika mangsa tsunami kesedihan menangis kehilangan anggota keluarga dan harta benda, KM dan Cikgu Watie menerima kelahiran Budak Kacak aka Nur Batrisya dgn penuh kesyukuran.....after 8 years, kami akan menerima seorg lagi puteri selepas Muhammad Adam Irfan di antaranya... Seperti biasa..sayangkan isteri, ikut2kan...maka sekali lagi, Cikgu watie akan memilih nama utk anakanda KM kali ni...so utk anakanda KM, nama adik dah ummi prepare...nanti lahir, abah pi JPN apply surat beranak ja hehehe....semoga semuanya berjalan lancar....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin