Tuesday, December 10, 2013

Masyarakat biri-biri kah kita??

Selepas mendapat mandat baru utk memerintah Mei lalu, kerajaan mula menyembelih rakyat dengan satu persatu kenaikan...Bermula dgn kenaikan harga bahan bakar, harga gula, duti rokok, tarif elektrik, cukai pintu di KL dan mungkin byk lagi akan menyusul seperti GST, kadar tol lebuhraya, harga minyak mungkin lagi...yg semua atas alasan fiskal utk mengurangkan belanjawan defisit serta kadar hutang negara yg sudah mencecah 53% daripada KDNK negara, yg tertinggi di kalangan negara2 Asia Tenggara...suka atau tidak, tanggunglah wahai rakyat jelata hehehe...Seperit mana bebanan ini, anda terpaksa pikul...mungkin setahun dua nanti menjelang PRU14, kerajaan akan kembali menggula2kan rakyat dgn pelbagai tawaran dan insentif yg akhirnya menyebabkan kita lupa keperitan hari ini....Mungkin benarlah kata seorg wartawan, masyrakat atau rakyat kita seperti biri2....ada waktunya kita akan dijamu sekenyang2nya...sebelum kita disembelih hehehe...salah siapa? Dari rakyatlah yg membina sebuah kerajaan....

Monday, December 9, 2013

Nak cari modal...nak cari modal....

Menjelang Februari depan, perniagaan runcit KM sudah mencecah usia 2 tahun...Keadaan stabil tapi KM merancang utk memasuki gear yg lebih tinggi utk memajukan perniagaan ini...Yang terbaru, kedai KM sudah bersedia menyediakan perkhidmatan membayar bil utiliti utk pelanggan...Byk lagi idea yg sedang bergegar2 dlm kepala KM ketika ini...Di sebalik peluang, ada juga kekangan yg membelenggu perniagaan kecil seperti KM ni...Antaranya ialah kekangan modal...sebelum ni ada sleeping partner yg mampu sedikit sebanyak menyuntik modal extra tp bila mereka perlukan cash utk tujuan lain maka modal terpaksa ditarik...KM masih melobi ketika ini dgn tawaran yg berbaloi rasanya utk mereka yg tidak berani meniaga sendii atau yg jemu dgn keuntungan simpanan yg terlalu rendah....Ada pelabur lama yg berminat tp short cash...So buat masa skrg, KM terpaksa full force dgn kemampuan semasa...dgn harapan mungkin sedikit masa lagi ada investor baru yg mahu inject new capital hehehe.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin