Wednesday, April 28, 2010

Minyak mau naik?

Sudah ada ura-ura harga minyak RON95 akan naik mulai 1 Mei ini. Ditanya pemberita, Menteri yang jaga harga barang, Bapak Kepada Dafi menjawab " Tiada kenaikan harga sehingga saya membuat pengumuman rasmi".

Maksudnya kalau menteri umum nanti ada kenaikanla, gitu? Ini yang selalu jadi di Malaysia, menteri mati2 umumkan xde kenaikan...tup2 ada kenaikan. Jd siapa yg "siakap senohong, gelama ikan duri?".

Harga RON95 dijangka boleh naik ke RM2 seliter dengan alasan harga minyak mentah dunia sekarang telah melepasi US$80 setong. Jika berlaku juga kenaikan 1 Mei nanti maka kita boleh katakan ia " Satu lagi hadiah kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat".

* KM harap harga minyak gamat jgnla naik juge ye hehehe........

Friday, April 23, 2010

Kecundang di malam jumaat...........

Bila korang baca tajuk, jgn korang pikiaq ke lain plak. Cuma KM nak maklumkan yg semlm di Eropah ( pagi td waktu Malaysia) LIVERPOOL tumpas 0-1 di Vicente Calderon di tangan Atletico Madrid dalam saingan pertama separuh akhir Europa League.

Keseluruhan permainan xla bagus sangat sebab pemain The Red's keletihan setelah travel melalui jalan darat hampir 24 jam. Atletico yg sepatutnya mengambil kesempatan itu pun gagal menjaringkan lebih gol.

Kesimpulannya, dengan agregat 0-1, Liverpool mempunyai peluang cerah lagi utk layak ke final jika boleh membenam Atletico di Anfield, minggu depan.

* Europa League atau dulunya dikenali sebagai UEFA Cup adalah peluang terakhir Liverpool musim ni tuk merangkul gelaran setelah gagal dlm saingan2 di peringkat domestik mahupun di Champion League.

MJ: Malam Jumaat la bukannya Micheal Jackson.....


Bila Mem cakap adanya produk bernama Malam Jumaat ni, Km tryla search kat internet untuk buktikan betul ada produk sedemikian. Dan nyata memang ada ropanya produk MJ ni. Kegunaannya saya rasa tuan-tuan & puan2 bleh agakla sesuainya namanya. Yang pasti bukan untuk sakit perut atau sakit mata.


Napa pengeluarnya memilih nama produk tersebut Malam Jumaat, mungkin ada nilai2 komersil pada nama tu. So kalau korang nak jual produk pasni, taruhla plak Malam Minggu ke, Ladies Night ke, pendek kata ikut suka hati korangla....janji mau power hahaha........

* Bila sebut MJ, ada org terkenang Micheal Jacksen.....

Thursday, April 22, 2010

Manchester United still world most valuable club


Majalah bisnes Amerika, FORBES terus meletakkan Man U sebagai kelab bolasepak terkaya untuk tahun ke-6 berturut2 dengan nilai US$1.8bilion. Senarai kelab bolasepak 10 terkaya seperti berikut:

1. Manchester United - $1.8b
2. Real Madrid - $1.323b
3. Arsenal - $1.181b
4. Barcelona - $1++b
5. Bayern Munich- $990m
6. LIVERPOOL - $822m
7. AC Milan - $800m
8. Juventus- $656m
9. Chelsea - $646m
10. Inter - $413m

* KM terfikir berapalah nilai kelab/pasukan bolasepak di Malaysia? hehehe............

Eyjafjallajokull: Kuasa Allah yang Maha Hebat


Namanya ja dah pun susah nak menyebut. EYJAFJALLAJOKULL. Tapi dengan kuasa Allah, dia telah bikin gempak di Europe dan di seluruh dunia. Asap & debu hitam yang dikeluarkan telah melumpuhkan industri penerbangan & ribuan manusia terkandas apabila kebyakan penerbangan terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Dipercayai debu & asap gunung berapi ini jika memasuki enjin pesawat yg terlalu panas akan bertukar menjadi kristal2 kaca dan merosakkan enjin pesawat. Dahsyat sekali ciptaan Allah ini.

Malaysia dulu pernah terkena tempias debu2 Gunung Berapi Pinatubo di Pulau Luzon, Filipina sekitar 90-an xsilap KM.


Friday, April 9, 2010

Liverpool New Kits For Season 2010-11


Kepada penyokong2 The Reds, next season punya kits management dah revealed. So, no more Carlsberg's lagi next season. Apa2 pun yg penting 4th spot Champion League musim depan....nampak sukar tp tak mustahil..........we still waiting for that............
KM rasa bukan Liverpool sahaja derita season ni tp Manchester United mungkin lebih sengsara. Selepas tersingkir di tangan Bayern pagi semlm, Red Devil mungkin akan terlepas gengaman liga jika Chelsea mampu meneruskan kosistensi dengan baki 5 perlawanan lagi hehehe..........I like...

Thursday, March 18, 2010

Penang International Property Expo 2010

Mulai esok hingga Ahad (19-21 Mac) bertempat di PISA akan berlangsung expo hartanah Pulau Pinang. Kepada yang berminat tentang hartanah sama kediaman atau komersil bolehlah berkunjung untuk melihat peluang2 baik yang ada dalam sektor hartanah khususnya di Pulau Pinang.

Selain Lembah Kelang, Pulau Pinang juga mempunyai prospek yg besar bagi pelabur2 hartanah. Dengan kadar permintaan yg semakin meningkat serta penawaran yg semakin terhad, usaha untuk mencari peningkatan nilai itu sangat berbaloi.
So, jgn lupakan peluang ini. Jumpa KM di sanaaaaaaaaaaaaa..............

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin