Monday, January 16, 2012

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Ke MRSM Bagi tahun 2012

Semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM sesi 2012 boleh dibuat bermula 20 Januari 2012 .

Sila layari Portal Rasmi MARA di http://www.mara.gov.my

atau

SMS: mara jarak mrsm jarak angka giliran dan hantar ke 15888"

* kepada yg memohon tu mungkin berdebar2 menanti permohonan mereka berjaya atau tidak...maklumlah peluang untuk masuk ke sekolah elit ni bukan mudah...

Pelajar USM ditahan berikut ancaman bom yg diposkan ke FACEBOOK...

Gara2 mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan di FACEBOOK, seorg pelajar USM ditahan polis untuk siasatan. Pelajar tersebut dikatakan mengeluarkan ayat untuk mengebom helikopter yg dinaiki PM Najib semasa lawatannya ke USM minggu depan.

Sepatutnya bukan begitu caranya kalau tidak berpuashati dengan PM & kerajaannya. Kita da saluran yg lebih demokratik utk digunakan. Contohnya melalui undi dalam pilihanraya.

Sunday, January 15, 2012

Liga Super Malaysia-14/1/2012

T-Team-3
Kuala Lumpur-0

Sabah-2
Sarawak-1

Terengganu-3
Felda United-0

Selangor-1
Perak-0

Negeri Sembilan-2
Johor FC-0

Kedah-0
Lion XII-0

Saturday, January 14, 2012

Lee Chong Wei & Malaysia Open

Juara 7 kali Terbuka Malaysia, Lee Chong Wei tiada masalah untuk mara ke final apabila menundukkan cabaran pemain China, Chen Long dengan permainan 3 set.
Chong Wei menang 21-18, 17-21 & 21-13 untuk bertemu pemain Jepun, Kenichi Tago di final esok. Di atas kertas, Chong Wei dilihat tiada masalah untuk merangkul kejuaraan ke-8 beliau di Terbuka Malaysia.
* dengan hanya Chong Wei seorg di puncak dunia, harapan untuk merampas Piala Thomas tahun ini bagaikan misi mustahil buat Malaysia..........

Hari Keputeraan Sultan Kedah

Esok Hari Keputeraan Sultan Kedah yg ke-84 & pastinya public holiday buat rakyat Kedah. Mungkin ada sebilangan org yg sudah bersedia untuk mengadap menerima anugerah/darjah kebesaran yg menjadi kelaziman bila tiba hari keputeraan sultan/raja mahupun TYT.

KM bukan nak bercerita pasai anugerah tp nak bercerita ttg cuti. Di tempat KM bekerja, ada org yg bertanya, Isnin ni cuti ke tak sebab Ahad kan Hari Keputeraan Sultan Kedah & baginda kan sekrg jd Agong?

Apa punya yakpur la yg bertanya soalan mcm tu? Kalau pakcik2 tua yg bertanya aku consider juga tp yg bertanya ni yg berpangkat pegawai....hehehehe....hampeh2.

Baucer Buku 1Malaysia pun diseleweng!!!

Melalui pembentangan Belanjawan 2012 Oktober lalu, PM Najib mengumumkan pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada penuntut IPT bernilai RM200.
Yang menariknya sudah ada dengar2 cakap ada pihak yg menyeleweng daripada matlamat asal utk membeli buku. Mereka tukarkan baucer tersebut dengan tunai.
Ini berlaku apabila koperasi/kedai buku dilaporkan menukarkan baucer tersebut dgn tunai sekitar RM100-RM150 kepada pelajar. Maka pelajar dpt tunai, kedai dpt untung jugak!!
* inilah parahnya bila menteri tipu juta2 maka rakyat terdidik untuk menipu juga!!!

Friday, January 13, 2012

Malaysia bakal pengeluar No.1 KONDOM dunia!!!

Ini berita bukan main2 tau. Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia meramalkan Malaysia akan mengatasi Thailand sebagai pengeluar utama KONDOM dunia tahun ini. Malaysia dijangka akan menguasai 1/3 daripada pengeluaran kondom dunia.

Jangkaan ini dibuat berdasarkan masalah banjir yg melanda Thailand baru2 ni. Kualiti kondom Malaysia juga baik (tidak mudah bocor kekekeke...) dan disalurkan utk program PBB.

** Berita baik ni kekeke.....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin