Wednesday, January 18, 2012

Melepasi 750....

Entry ke-34 KM tahun 2012 merupakan entry ke-750 calculatorbuta.blogspot sejak hampir 4 tahun bersiaran. Rasanya terlalu kecil untuk dibandingkan dengan blogger2 otai yg lain.


Tapi KM bermotivasi untuk terus mengejar entry ke-1000 tak lama lagi. Hopefully dapat dicapai sebelum pertengahan tahun ini. Harap2 tak ketandusan idea untuk meneruskan cita-cita tersebut.

* Ada kala kekangan keadaan, idea & masa membantutkan kita untuk menulis entry....


Tuesday, January 17, 2012

BERSIH 2.0 lancar Jom100



Gabungan Pilihanraya BERSIH 2.0 hari ni mengumumkan perlantikan Datuk A.Samad Said sebagai pengerusi bersama gabungan tersebut. BERSIH 2.0 juga melancarkan kempen JOM100 untuk memastikan jumlah yang membuang undi pada PRU ke-13 nanti mencapai peratus tertinggi.

AirAsia X launches KL-Sydney route...

AirAsia X hari ini melancarkan promosi penerbangan terus KL-Sydney dengan tambang sehala serendah RM199 & penerbangan pertama akan bermula 1April ini. AirAsia X juga melihat Adelaide sebagai destinasi pilihan seterusnya.

Sebelum ini, AirAsia X telah terbang ketika telah terbang ke Gold Coast, Melbourne & Perth. Kepada yg berhajat untuk ke sana bolehla menempahnya sekarang!!!

Jambatan Pulau Pinang sesak....lori rosak

Trafik di atas Jambatan Pulau Pinang 17/1/2012 menuju ke pulau pagi ni mengalami kesesakan teruk berikutan lorong kiri terhalang akibat kerosakan sebuah treler sejak sebelum pukul 7 lagi.


Jadi pagi ni ramai orang yg bekerja di pulau pasti sampai lewat kekeke. KM yg kuar awal sekarang pun sampai cun-cun je ke ofis pagi ni.


Kalau ikut law, kenderaan berat takleh masuk jambatan awal pagi waktu puncak tapi selalunya tak diendahkan kecuali bila nampak pihak berkuasa terpacak tunggu kat tepi jalan!!!

Monday, January 16, 2012

Bagaimana kalau terlepas Majlis Penyampaian BR1M?

Mungkin ramai dah dapat duit bantuan RM500 sejak semalam. Mungkin ada yg dah abis RM500 tu hehehe.....Mungkin ada yg masih menunggu keputusan dapat atau tidak RM500.

Mungkin sebahagian besar yg berjaya terpilih dah attend majlis bersama pemimpin BN kelmarin untuk collect baucer tunai & sekaligus tunaikan di situ juga. Bagaimana yg berjaya tapi terlepas gara-gara terlepas pandang surat jemputan atau terlewat terima surat ke majlis penerimaan tersebut.

Anyway jgn bimbang, tak sempat ke majlis tak semestinya BR1M akan dibatalkan. Bertenang...KM akan tolong kongsi apa yg KM tahu. Setahu KM, Perbendaharaan Negara dah buka satu talian hotline mulai hari ni untuk semak kelulusan permohonan tapi sayangnya talian tu terlalu sibuk & sukar ditembusi.

Kepada yg dapat surat hari ni tapi majlis penyampaiannya kelmarin maka anda boleh ke pusat wakil rakyat BN atau penyelia DUN BN di tempat anda untuk menuntut baucer tersebut atau mendapatkan maklumat lanjut untuk menuntut baucer tersebut. Tak silap KM baucer tersebut boleh dituntut dalam tempoh 3 bulan. Jangan korang pi pusat wakil rakyat Pakatan Rakyat plak....hehehe.

* KM tak layak tapi sedia memberi anda maklumat sebaik mungkin sebab itu duit RM500 datang daripada anda jugak!!!

Human Milk Bank..HARAM

Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan Fatwa bahawa cadangan menubuhkan Bank Susu Manusia adalah haram. Pengharaman ini mengambilkira bahawa bayi2 yg menggunakan Bank Susu ini akan menjadi saudara susuan & haram antara mereka berkahwin.





Happy Birthday my dear....

20hb ni Cikgu Watie punya besday. Ke berapa? itu kena tanya dia tp yg pasti dia muda 1 tahun 11 bulan dari KM hehehe...


Untuk besday kali ni, KM buat keputusan beli presen awal daripada tarikh besday dia. KM minta dia yg pilihkan sendiri ikut kesesuaian dia & bajet yg sesuai.


Pilih punya pilih, dia nak kan adp CK Beauty. Harga bolehla tahan juga tp sebab sayang bini...kita mesti beli hehehe....tetambah pengorbanan isteri kita besar.


Kepada Cikgu Watie semoga gembira, kejutan2 lain kita tunggula time besday nanti..








LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin