Monday, December 21, 2009

Enjin F-5E TUDM pun orang lego............

Heboh minggu lalu bila Menteri Pertahanan maklum enjin pesawat pemintas F-5E milik TUDM disedari hilang dijual kepada pihak asing pada harga sekitar RM50 juta. Dalangnya dipercayai orang dalam TUDM sendiri. Bagi sesetengah org mungkin terkejut ngan tindakan seperti ni tp pada KM ini ada adalah perkara yg biasa akan anda lalui di sebuah negara yg tahap salah guna kuasa & rasuahnya berapa pd tahap membimbangkan...........

Pasni apa lagi yg nak kita gadaikan lagi......................?

Wednesday, December 16, 2009

Model Iklanku......hahaha



Memandangkan KM & Mem sukakan collectibles maka kami sepakat buatkan Adam Toys Garden. Memandangkan stok baru sampai semalam maka banyak lagi stok yg tak sempat nk diuploadkan. Memandangkan juga bisnes ni terlalu baru maka modal tok pengiklanan juga terhad. Maka ngan itu terpaksalah KM pakai models in-house secara sambilan hehehe........Kalau rajin2 jomla layan .........

Tuesday, December 15, 2009

Hired women, make sex, harvest babies born & sell them!!

MasyaAllah.....dasyatnya manusia arini. Mcm2 idea jahat diorg bleh fikir & buat. Korang baca & komenla sendiri...............

* Police bust syndicate selling babies - petikan dr TheStar.com.my

Thursday, December 10, 2009

Pisang: Antara Realiti & Fantasinya..........

Semlm pas keja, KM singgah pasar malam. Di pasar malam, selalunya mcm2 org jual. KM tertarik org yang menjual hasilan kampung seperti ulam-ulaman, sayuran & termasuklah pisang. Bila tgk pisang2 yang dijual, KM terfikir betapa manusia itu tidak tahu semuanya. Sebab apa, jika disuruh KM kelaskan jenis2 pisang2 tu, sure KM tak tahu.

Di Malaysia saja ada berpuluh jenis pisang rasanya. Dari yang selalu kita dengar seperti pisang Mas, Rastali, Berangan, Awak (pisang Saya xde kan?), Embun, Tanduk, Rastali hinggalah jenis yang jarang dengar atau xpenah dengar seperti Pisang Lidi, Serendah, Susu, Kapas, Putar, Nipah, Talang dll...

Jika dibuat pertandingan mengkelaskan jenis pisang, KM cepat2 mengaku kalah. Anda bagaimana? Tahu atau tahu makan ja? Hehehe.......

Satu masa nanti, bila anak2 tanya kita:

PISANG PA NI BAH? (kena baca cam nada iklan raya Petronas)

kita mungkin akan jawab:

ENTAHLA NAK....

Realitinya, satu generasi ke genarasi akan mula xkenal hasil maksum dari bumi sendiri mcm KM. Walaupun mengenal pisang itu bukan syarat wajib nikah atau untuk masuk Universiti tp sekurang2 satu pengetahuan juga..hehehe...

Wednesday, December 9, 2009

Adam Diserang Beruk? Tuntutan Budak Kacak & 3 Din's @ Din Bersaudara..........


Alhamdulilah, berkat doa anda semua, Muhammad Adam Irfan dah semakin sihat. Cuma dia ada masalah xleh minum susu banyak sekaligus nanti kuar balik. So, minumla sikit2 tp jenuhla nak bancuh sebab kejap2 ja dah lapar. Kalau KM bagi makan nasik ke, burger ke, cpt kenyang sikit ye? Boleh ekkk? hehehe.........Nanti sure ada org kata............bagi jela apapun sbb anak ko bukan anak aku (ayat sapola tu ye........). Adam sekarang giat berkuntau ngan anak beruknya hehehe.......

Budak Kacak aka Tok Bomoh aka Nur Batrisya plak xsabaq2 nak suruh Mem ngan KM beli benda kat atas tu. Semuanya sebab pengaruh cita Pooh & The Friend's kt saluran 613. KM ckp kalau nk beli, kenala start simpan duit. Ada ka patut, dia cakap, beli dulu, simpan duit kemudian xleh ke? Kecik2 dah pakai nk buat kredit ya.... Sebenarnya, KM dah deserved nak beli benda tu sbg presen besday dia 28 Dis ni..................

1 Disember lepas, KM dpt sorg lagi anak sedara, boy jugak. Memandangkan bapaknya suka dgn nama Din maka baby ni pun diberi nama Muhamad Zakiuddin. Memandangkan mereka mempunyai 3 beradik lelaki (yg dua lagi, Izzuddin & Aminuddin) maka sesuailah kita namakan mereka, 3 Din's (bukan 3 Abdul) ataupun Din Bersaudara hehehe.... tahu adik n adik ipar KM sure tarik muka hehehe..................

Tuesday, December 8, 2009

Adam vs Tok Bomoh

Memandang kebelakangan ini Adam tidak sihat maka kelmarin dia telah berjumpa dengan seorg tok bomoh. Anda saksikan sendiri bagaimana tok bomoh tu mengubati orang hehehe..........cobaan..

video

Wednesday, December 2, 2009

Bersabarlah bebyk..............

Ada org bertanya KM ke mana? Jawapannya, KM masih di sini, tak ke mana2. Cuma KM tak menulis sebab KM kurang sihat, KM sakit gusi kt gigi geraham. Bertahan dengan painkiller je skrg ni huhuhu....kalau KM ni harimau, maka waktu ni terpaksala makan bubuq saja sebab xyah susah2 nak kunyah, just telan ja hahaha...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin