Thursday, April 29, 2010

Kolot ke naik gerabak kaler pink ni?

Apabila Keretapi Tanah Melayu (KTM) mula memperkenalkan gerabak merah jambu (pink coach) khusus untuk penumpang wanita untuk perjalanan Sentul-Port Klang, ada juga segelintir manusia yg menyifatkannya idea bodoh. Ada yang menyifatkan usaha ini merendah2kan taraf kaum wanita. Ada yg kata sapa yg naik gerabak ni golongan yg kolot dan macam2 lain. Suara2 ini datangnya daripada puak2 yg kononnya memeperjuangkan kesamarataan hak gender.

KM pun xretila ngan otak2 manusia cmni. Adakah ngan menaiki koc yg disediakan khas utk keselesaan, keprivasian serta mengelak gangguan2 yg sering berlaku terhadap wanita ketika menaiki kenderaan awam ini dianggap boleh merendahkan martabat wanita?

Apakah mekanisme atau kayu ukur yg mereka pakai utk membuat justifikasi begini, KM pun xpasti.

* Tahniah KM kepada KTM yg prihatin pada permasalahan wanita yg menggunakan perkhidmatan awam. Thump up to KTM!!!!

5 comments:

Dee said...

syabas KTM..aku suka..tp dh lama x naik komuter..

.::WaNiE::. said...

tolonglah, walaupun sy jarang2 naik komuter, tapi kadang2 naik jugak sbb tak selalu pun husband boleh antar nak ke sana ke sini

sangat bersyukur lor ada koc utk ppn ni.. sangatttt ok

Othman Juliana said...

Perjuang hak kesamarataan berjuang tidak kena tempat. Lame.

Sebagai negara Islam, ini adalah suatu perkara yang sangat membanggakan! Mungkin perkara ini nampak lekeh tapi sedarkah mereka betapa banyak perkara negatif yang dapat dielakkan.

**pernah digesel&diraba sewaktu menaiki public transport. Boleh ingat sampai sekarang (walau dah bertahun2 lamanya). Sadis bukan, oh!

Unknown said...

ada ye..lama x ikuti berita dn sejak2 dh jauh dari komuter ni. sokong sngt2... memang x selesa naik komuter brcampur aduk..

KM said...

dee- ko pun trauma kena raba ekk?

wanie- hehehe...

juliana- sadis sungguh bila dirabakan.....Km belum penah kena lg...

izan- pasni ada koc bleh terbang plak...believe or not? but don't believe me hehehe.......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin