Memandangkan KM Pulau Pinang xberhasrat memberi cuti umum hari ni maka terpaksa semua orang di Pulau Mutiara ni mai keja hari ni dengan perasaan Monday Blues @ mungkin Black Monday hehehe................Next week, KM bagi cuti Awal Muharram ok!!!
Monday, November 29, 2010
Friday, November 26, 2010
Public Holiday for Penang this monday???
Thursday, November 25, 2010
Macam2 ada!!!
Wednesday, November 24, 2010
Akhirnya berjaya juga cecah 500!!!

Bagi yang telah tersenarai di blog list, KM memang selalu juga mengunjungi blog anda walaupun jarang sekali KM meninggalkan komen coz i'm your silent reader...................
* Jangan rasa segan untuk meninggalkan link anda di sini...............
Tuesday, November 23, 2010
Program Cuti Sekolah Budak Kacak
Memandangkan Budak Kacak akan memasuki Tahun 1 Januari ini maka persedia perlu untuk menghadapi Korikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal menggantikan KBSR mulai tahun 2011. So, dia kena work out sikitla untuk menghadapi ujian LINUS sebelum diletakkan pada mana2 kelas yang sesuai. Sebagai ibu bapa, kita bantula apa yang patut sekurang2nya dia tak ketinggalan di belakang. Sabtu lepas, Mem & KM dah start beli buku kerja yg patut utk persiapan dia menghadapi ujian LINUS.
Selain persiapan akademik (KM tahu dia malas & baloq bila disuruh belajar walaupun dia tahu nak buat.....hehehe ikut sapa ekkk), KM & Mem dah bagi dia projek istimewa untuk cuti sekolah ni hehehe.........Manatau dia ada prospek mahu jadi tokey di masa depan? Apa projeknya? Nanti KM ceritakan lagi............
* Terlalu memaksa & menekan anak2 dalam akademik kdg2 menimbulkan pelbagai kesan jangka pendek & jangka panjang.....so berpada2 berdasarkan kemampuan sebenar anak2....Tidak semua kanak2 dilahirkan utk mendapat straight A's dalam peperiksaan....Dan tidak semua manusia yang straight A's boleh jadi insan kamil hehehe....betul ke apa yg KM cakap ni ekkk?
Friday, November 19, 2010
Itu Bird Flu sudah mari balikla........adoi!!!

Wabak Selsema Burung @ Bird Flu dilaporkan telah kembali menyerang. Setakat ini, seorang wanita berusia 59 tahun telah dikesan positif dijangkiti wabak tersebut di Hong Kong. Pihak berkuasa China dilaporkan telah menetapkan tahap berwaspada terhadap kemungkinan wabak tersebut merebak.
* KM berharap wabak tersebut tidak menyerang sampai ke Malaysia sepertimana yang berlaku sebelum ini.....
Jom layan Fun Fair plak....
Memandangkan sekarang ni terlalu banyak acara hiburan, acara fun fair dah semacam dilupakan. Rasanya di era 80-an dulu, fun fair ni tumpuan utamala. Bila ada ja tapak fun fair dibuka pasti akan menjadi tumpuan utama masa tu.
Dua minggu lepas, Budak Kacak beriya-iya mengajak KM & Mem bawa dia ke fun fair. Tumpuan utama dia ialah nak ajak naik Roda Ferris hahaha.............Memenuhi hajatnya maka kami pun bawaklah dia merasai kemeriahan fun fair.............
Tuesday, November 16, 2010
Monday, November 15, 2010
Hari Raya Aidiladha.............
Friday, November 12, 2010
Lawak pagi Jumaat hehehe..........
Thursday, November 11, 2010
Perginya Seorang Sahabat & Shamrin Fotograf..........

Hari ni KM terpaksa bercuti......pertama KM hampir terlupa Mat Adam ada appointment ngan klinik arini....Kedua, Nur Batrisya ada majlis anugerah pelajar arini......Ketiga, KM ada kematian seorang sahabat, Hasli Samsudin @ Ali.
Teman baik KM sejak form 4, satu class, satu sekolah, kaki bola & satu line perjuangan pergi buat selamanya malam semalam selepas 3 hari terlantar koma ekoran pendarahan dalam otak dipercayai akibat tekanan darah tinggi yg menyebabkan strok. KM & Mem sempat menziarahi jenayah beliau sebelum dikebumikan sebelum Zohor tadi. Sayu hati KM waktu melihat 2 anak beliau(lebih kurang seusia Batrisya) waktu menjirus air terakhir semasa diberi peluang masa memandikan jenazah ayah mereka......Si kakak nampak sayu & mengerti situasi yg menimpa mereka berbanding si adik yg mungkin kurang mengerti.....
Kepada anak, isteri & keluarga beliau, banyaklah bersabar............ berat mata memandang, berat lagi hati yg memikul....semoga roh beliau mendapatkan kerahmatan & keredhaan Allah. Lebih kurang 3 minggu lalu kami berselisih semasa balik kerja.....Arini dia pergi selamanya & xkan bertemu lagi di dunia ini......
* Petang ni juga diberitakan Shamrin vokalis Fotograf yang pernah popular di era 90-an meninggal dunia semasa sedang main bola..............
Wednesday, November 10, 2010
Keputusan UPSR keluar esok 11/11/10!!! Harap maklum..
Insyallah, esok para pelajar sekolah rendah yang menduduki UPSR 2010 akan mendapat keputusan mereka masing2. Bagi sesetengah budak2 yg concern bab2 pelajaran ni tentu tak sabar2 nak melihat keputusan mereka esok. Bagi yang kaki main je, mungkin takde masalah nak terima result esok.
KM rasa KM batch mula yg start ambik peperiksaan ni pada tahun 1988. Sebelum tu diorang ambik Penilaian Darjah 5. Result yang KM dapat pun like 'flying colour' masa tu wpun KM sekolah kampung je masa tu. See the leg la hehehehe...........Anyway syabar kepada yg akan berjaya esok....yg tak begitu berjaya...jgn berputus asa sebab UPSR bukan segala......
Mencari Janda Sunyi...........
Hangat di UK: Kelayakan DR.Fazley Yaakob meragukan??

Cerita tentang memilik kelayakan akademik palsu bukan perkara baru sebab dengan apa pun boleh maaa!!!! Berita lanjut korang bacalah sendiri kat link di bawah:
BBC London 1
BBC London 2
* Kalau betulla ada penipuan, memang betullah kata Uncle Hishamuddin Rais "Ini baru betul2 Melayu tipu Melayu" hehehehe.........
Tuesday, November 9, 2010
Monday, November 8, 2010
Semakan ujian MTest 2011

* Tak semua org pandai ICT, so bagi memudahkan mereka yang cari tak jumpa....kita hulur cara yg mudah......
Sekitar Hari Terbuka TUDM Butterworth 2010........Part I
Sabtu lepas, KM sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Pangkalan Butterworth. Acara yg bermula sekitar 9 pagi hingga 5 petang tu memang mendapatkan sambuatn luar biasa daripada orang awam. Sebelum kol 9, ramai yang dah datang awal untuk memastikan tak ketinggalan dengan acara yg diadakan.
Pengunjung bukan sahaja daripada kawasan sekitar tapi rasanya orang jauh pun ramai yang datang. Memang bersaing jugalah dengan program Jom Heboh di Batu Kawan hari tu. Walaupun pesawat yg dipamerkan terhad kepada pesawat2 TUDM yang beroperasi di Pangkalan Butterworth saja tetapi rata2 mereka yang tidak pernah berkunjung ke Pameran LIMA Langkawi pasti teruja melihat sebahagian kekuatan sayap ATM ini.
Sunday, November 7, 2010
Ini bukan Makjun Salasa!!!
Thursday, November 4, 2010
Pembiayaan rumah dikurangkan kepada hanya 70%???

Seperti yang telah dijangka, Bank Negara (BNM) akhirnya mengumumkan langkah menyekat aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah apabila mengumumkan langkah mengetatkan kadar pembiayaan pembelian rumah ke-3 kepada maksimum 70% sahaja. Bermakna, sesiapa yang hendak beli aset property (senang cakap nak beli rumahla) yang ke-3 memerlukan dia menyediakan 30% daripada nilai rumah tersebut sebab bank akan bagi maksima 70% ja. Sebelum ni, kita boleh dapat sampai 90% atau lebih bagaimana keadaan dimanipulasi hehehe...........
Langkah kerajaan dilihat sebagai protection pada aktiviti spekulasi & 'gelembung hartanah' yang menjadi masalah besar kepada ekonomi US pada penghujung 2006 hingga sekarang. Korang mungkin pernah dengar aktiviti spekulasi, bagaimana org beli umah sebelum dilancarkan & menjualnya selepas dilancar atau bila dia siap dengan pulangan yg begitu lumayan....KM tak pernah buat lagi tp memang nampak ia memang berbaloi kalau buat.....
* Arini rakyat di Galas & Batu Sapi akan mengundi memilih wakil rakyat baru.......selamat mengundi!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)