Tuesday, November 23, 2010

Program Cuti Sekolah Budak Kacak

Cuti sekolah dah bermula dampir seminggu. Bermakna macam Hari Raya la bagi kanak-kanak sekolah. Celik2 mata ja, asyik nak main ja. Main tak salah & memang natijah kanak2 suka bermain tapi kenala berpada-pada sebab dunia hari ni terlalu mencabar, bukan sahaja pada masa depan kanak2 tapi juga keselamatan semasa bermain.

Memandangkan Budak Kacak akan memasuki Tahun 1 Januari ini maka persedia perlu untuk menghadapi Korikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bakal menggantikan KBSR mulai tahun 2011. So, dia kena work out sikitla untuk menghadapi ujian LINUS sebelum diletakkan pada mana2 kelas yang sesuai. Sebagai ibu bapa, kita bantula apa yang patut sekurang2nya dia tak ketinggalan di belakang. Sabtu lepas, Mem & KM dah start beli buku kerja yg patut utk persiapan dia menghadapi ujian LINUS.

Selain persiapan akademik (KM tahu dia malas & baloq bila disuruh belajar walaupun dia tahu nak buat.....hehehe ikut sapa ekkk), KM & Mem dah bagi dia projek istimewa untuk cuti sekolah ni hehehe.........Manatau dia ada prospek mahu jadi tokey di masa depan? Apa projeknya? Nanti KM ceritakan lagi............

* Terlalu memaksa & menekan anak2 dalam akademik kdg2 menimbulkan pelbagai kesan jangka pendek & jangka panjang.....so berpada2 berdasarkan kemampuan sebenar anak2....Tidak semua kanak2 dilahirkan utk mendapat straight A's dalam peperiksaan....Dan tidak semua manusia yang straight A's boleh jadi insan kamil hehehe....betul ke apa yg KM cakap ni ekkk?

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin