Monday, August 29, 2011

Perutusan Aidilfitri

Waktu entry ini ditulis, KM masih lagi di pejabat. Memandangkan balik kmpg yg tak jauh maka tak perlulah diapply memandang cuti pun pun takde hehehe......


1.0 Alhamdulilah kerana kita sempat berpuasa hingga hari terakhir Ramadhan 1432 (jika esok raya) walaupun sepanjang bulan ni pelbagai dugaan yg diterima.


1.1 Ramadhan 1432 akan pergi beberapa jam lagi & kita akan menanti Ramadhan tahun seterusnya...itu pun jika kita panjang umur....


1.2 Syawal @ Eid Fitri akan menjelma beberapa jam lagi.....namun jika kita hendak bergembira atas kemenangan berpuasa sebulan maka jangan dilupakan pada yg tidak bernasib baik.....Bukan semua manusia dilahir & ditakdirkan hidup di dunia dalam kesenangan.....Pembaziran juga perlu diberi perhati waktu kita beraya ni sebab orang Somalia kebuluran waktu kita buang makanan di hari raya....


1.3 Syawal juga diharap dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Barang ada perhubungan yg longgar atas persengketaan & kejauhan maka marilah kita kembali kekukuhan hubungan itu.


1.4 Dalam keseronokan Aidilfitri juga keselamatan harus dijaga. Jgn pandu laju & berbahaya ketika di jalan raya takut menangis di hari raya (waktu entry ini ditulis sudah lebih 130 org kehilangan nyawa di jalan raya). Main mercun berpada2 bimbang nanti nak makan kuih pun terpaksa orang suapkan....


1.5 Allahuakbar...Allahukbar.....semoga Aidilfitri ini tidak melupakan kita pada saudara mara dan umat Islam yg telah pergi......semoga pemergian mereka bukan sekadar sedihan pada kita tetapi juga keinsafan kepada kita bahawa dunia hanya pinjaman sementara....


2.0 Akhir kalam, KM sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri & maaf zahir & batin. Jika berkesempatan atau berhajat, datanglah ke rumah KM raya ni......insyaalah pintu sentiasa terbuka untuk anda. Yg penting informla dulu kalau nak mai....kalau tidak aku hidang biskut merry la jawabnya hehehe.........ikhlas dr KM...




Saturday, August 27, 2011

Kuih raya....wajib ada walaupun sikit!!

Selain baju, kasut, duit & langsir, kuih atau biskut juga antara agenda penting bila tiba hari raya. Adalah amat menyedihkan kalau tetamu datang tapi tiada kuih @ biskut raya dihidangkan di rumah anda. Lebih pelik & sedih kalau anda cuba nak menggantikan kuih raya dengan hidangan kuih seperti karipap, samosa, tepung talam mahu seri muka di hari raya. Pasti anda akan diketawakan untuk sekurang2nya 3 generasi jika anda cuba berbuat demikian.


Tahun ni umah KM takdelah banyak kuih sangat. Sekadar melengkapkan syarat berhari raya & untuk dibahagikan serba sedikit pada org tua. So kalau rasa, maila umah raya ni hehehe.....

Thursday, August 25, 2011

Dah nak rayala......

Pejam celik, pejam celik, lebih kurang 4 hari lagi kita nak menyambut raya. Persiapan macam biasa, yg penting anak2 punya kelengkapan dah siap. Mem pun beli byk baju raya kali hehehe...


Hasrat nak memberi sedikit sumbangan yg termampu pada yg memerlukan juga dah dilaksanakan. Walaupun tak seberapa tp tanda ingatan kita tak melupakan pada yg tidak bernasib baik.

Sebahagian drp sumbangan yg telah dihadiahkan.....



AJK bantuan yg lebih menyibuk dr membantu.....


Kepada yang dah nak bertolak ke kampung balik raya tu diucapkan selamat pulang & selamat kembali........Moga hari raya anda diberkati Allah.........


* KM raya ke-5 ni ada majlis reunion ngan rakan2 lama SMDB Taiping yg lebih 20 tahun tak berjumpa....harap tidak halangan KM dapat turut serta dalam majlis tu.......





Thursday, August 18, 2011

Ramai yg gembira nak sambut & ramai juga yg bersedih menjelang Aidilfitri...

Lebih kurang 11 hari lagi dah nak raya. Persiapan anda mcmana? Harap2 semuanya berjalan lancar. Program penyampaian sumbangan hari raya yg KM plan pun dh di stage terakhir walaupun ada beberapa barang yg masih diperlukan. Tapi mungkin esok atau lusa kitaorang akan start distribute sumbangan tu pada yg memerlukan.

Bercakap pasai sedih nak raya ni, pagi ni dpt berita seorg kenalan kemalangan. Agak parah & suaminya terbunuh. Anak2 pun masih kecil lagi. Kesian rasanya menjelang hari raya ni. Harap bersabarla pada semua yg dilanda ujian di bulan yg mulia ni....


Thursday, August 11, 2011

Menjelang raya......bantulah walaupun sedikit...

Dah melepasi 1/3 perjalanan posa kita tahun ni. Ramai yg dah merancang tok menyambut hari raya. Ada yg dah apply cuti raya. Kurang2 pun seminggu. Kuih raya pun ramai dah order. Kalau yg buat kuih sendiri, mungkin dah start buat. Baju raya pun mungkin ramai dah beli.




Raya ni lebih pada kegembiraan & disunatkan kita meraikannya dgn pakaian baru & juadah2 yg sedap tetapi tidak membazir. Namun, bukan semua org bleh bergembira di hari raya. Ada yg xmampu nak beli baju baru atau nak sediakan juadah yg sedap2 bila hari raya atas alasan kesempitan hidup.




Atas rasa keprihatinan itu, KM & beberapa ahli sekutu dh setuju nak sediakan sumbangan berupa barangan keperluan utk diserahkan pada yg memerlukan menjelang hari raya nanti. Walaupun fund kita xbesar tp sekurang2nya boleh memberi sedikit senyuman pd org lain.




Mem dah start awai lagi dari KM hehehe......Kepada yg ada lebih2 tu, ringan2kanlah tangan bersedekah walaupun sikit. Tak perlu tunggu ribu-raban duit baru nak sedekah.....Kalau korang nak join KM pun, penyertaan sentiasa dibuka........

Tuesday, August 9, 2011

Encik SPR, ada ke individu yang nama KG Baru?

Byk perkara & kepincangan yg sekarang ni cuba dibongkarkan oleh Gerakan Bersih 2.0 khususnya yg melibatkan daftar pengundi. Anda satu pengundi yg berada di 2 lokasi. Ada no kp yg 4 angka belakangnya berbeza tapi nama pengundinya sama & di lokasi plak berlainan. Ada pemilik kp merah pun ada dalam daftar pengundi.

Itu semua sebahagian kecik daripada kepincangan yg berjaya dibongkarkan. Kalau nak listkan, rasanya bleh buat kitab. Semuanya memberi kelebihan pd parti pemerintah terutama ketika ramai merasakan mereka sudah hampir kehilaangan kuku utk bersaiang secara adil dalam PRU ke-13 nanti.




Setengah bulan bonus utk korang yg nak raya hehehe.....

Suka atau tidak, rezeki yg dpt utk kakitangan kerajaan raya ni ialah setengah bulan gaji atau sekurang2nya RM500. Bagi yg berpangkat & bergaji besar, setengah bulan consider byk jugala. Kalau gaji pokoknya RM6k, dapatla bonus RM3k. Bagi yg bergaji kecik, bonus tu dptla buat tampung beli baju raya anak2, bayar duit kuih raya atau tok bg duit raya nanti.

Mungkin ada lagi separuh lagi bonus tu. Tapi mungkin bleh fikir lain selepas Bajet 2011 nanti.....

Friday, August 5, 2011

Bonus raya 2 bulan?

Pantas sekali masa berlalu. Sudah masuk hari ke-5 kita menempuh ibadah puasa Ramadan. Anakanda KM, BK selamat melalui hari puasa ke-4 walaupun dgn penuh keletihan serta sikap kepala anginnya (sabar masih kurang tu) hehehe....

Ada yg sudah berkira2 nak buat persiapan raya plak. Nak buat kuih raya mungkin. Baju raya tahun rasanya ramai yg dah beli atau dah siap tempah (Tahun ni KM dpt 3 pasang persalinan raya, rekod terbaru dlm sejarah. Thanks to my lovely wife yg baik hati hehehe...).

Ada tgh berkira2 nak dapat bonus ke? kakitangan awam tgh membilang hari, ada atau tidak duit ehsan raya kali ni? Walaupun CEUPEC tgh beriya-riya nak bonus 2 bulan gaji tp itu takleh kira sgt sebab hampir 3 thn Najib jadi PM, civil servant tak pernah rasa bonus dr kerajaan beliau. Mingkin ada yg masih berharap sesuatu sebab GE-13 dijangka sekitar bulan 11 after pembentangan Bajet 2012 nanti.

Harga barang di bulan posa ni tak turun malah sesetgh makin melambung atau takde stok seperti minyak masak. KM gi pemborong pun xde bekalan minyak.

Anyway kepada semua yg berpuasa, selamat berpuasa....kepada yg telah tiada, semoga di keberkatan Ramadan ini, Allah memberi kerahmatan kepada semua al-marhum umat islam yg telah meninggal...Amin.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin