Monday, August 29, 2011

Perutusan Aidilfitri

Waktu entry ini ditulis, KM masih lagi di pejabat. Memandangkan balik kmpg yg tak jauh maka tak perlulah diapply memandang cuti pun pun takde hehehe......


1.0 Alhamdulilah kerana kita sempat berpuasa hingga hari terakhir Ramadhan 1432 (jika esok raya) walaupun sepanjang bulan ni pelbagai dugaan yg diterima.


1.1 Ramadhan 1432 akan pergi beberapa jam lagi & kita akan menanti Ramadhan tahun seterusnya...itu pun jika kita panjang umur....


1.2 Syawal @ Eid Fitri akan menjelma beberapa jam lagi.....namun jika kita hendak bergembira atas kemenangan berpuasa sebulan maka jangan dilupakan pada yg tidak bernasib baik.....Bukan semua manusia dilahir & ditakdirkan hidup di dunia dalam kesenangan.....Pembaziran juga perlu diberi perhati waktu kita beraya ni sebab orang Somalia kebuluran waktu kita buang makanan di hari raya....


1.3 Syawal juga diharap dapat mengeratkan silaturahim antara kita. Barang ada perhubungan yg longgar atas persengketaan & kejauhan maka marilah kita kembali kekukuhan hubungan itu.


1.4 Dalam keseronokan Aidilfitri juga keselamatan harus dijaga. Jgn pandu laju & berbahaya ketika di jalan raya takut menangis di hari raya (waktu entry ini ditulis sudah lebih 130 org kehilangan nyawa di jalan raya). Main mercun berpada2 bimbang nanti nak makan kuih pun terpaksa orang suapkan....


1.5 Allahuakbar...Allahukbar.....semoga Aidilfitri ini tidak melupakan kita pada saudara mara dan umat Islam yg telah pergi......semoga pemergian mereka bukan sekadar sedihan pada kita tetapi juga keinsafan kepada kita bahawa dunia hanya pinjaman sementara....


2.0 Akhir kalam, KM sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri & maaf zahir & batin. Jika berkesempatan atau berhajat, datanglah ke rumah KM raya ni......insyaalah pintu sentiasa terbuka untuk anda. Yg penting informla dulu kalau nak mai....kalau tidak aku hidang biskut merry la jawabnya hehehe.........ikhlas dr KM...




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin