Sunday, April 15, 2012

ASTRO kena potong?? Liverpool bleh menang FA Cup ke??

KM baru dapat idea nak menulis after 2 jam on kan broadband. Sebenarnya, after balik dari kedia td, KM memasak. Teringin nak makan masakan KM sendiri hehehe....Masakan yang simple tapi KM puashati.

Nak tengok bola pun, Astro dah kena potong. Sama ada, KM malas nak pi bayar bil or KM xde duit nak bayar bil..mana tekaan anda? Sebenarnya Astro yang KM bayar bulan2 hampir 100ringgit tu takde masa dah nak tengok. Tiap hari hampir kol 11 mlm baru sampai umah & pastu siap2 nak tido plak. Ari ahad kalau ada kat umah pun, terpaksa pasangkan movie untuk Mat Adam...so bila masa Astro nak tgk? bayar buta ja Ananda Krishnan tiap2 bulan.

Anyway berita baik ialah Liverpool reach the final FA Cup!!! after beating Everton 2-1.  Buat semua penyokong The Red's even kita punya form season ni agak mengecewakan tapi sekurang2 kita dalam usaha menang double cups!! KM masih bersabar dengan team yang KM sokong sejak 1986 ni.....

Esok cuti satu hari..kedai pun dah gazet cuti pada hari Ahad...so esok KM mau gi ronda2 macam dulu sama Cikgu Watie dan 2 anakanda KM, Budak Kacak & Mat Adam. So...KM mau masuk tido dulu...CHOW!!!

Friday, April 13, 2012

Di sebalik gempa bumi...ada juga rahmatnya buat manusia...

Alhamdulilah KM kembali selepas gempa kuat semalam di Acheh. Dengan gegaran 8 Scala Richter lebih & 2 kali menggegarkan bumi Malaysia khususnya di kawasan pantai barat utara Semenanjung bikin ramai yg trauma & insaf (sekejap) mengenang tsunami besar 2004.

Kelmarin public holiday, KM di kedai. Gegaran pertama lebih kurang kol 5, ramai penduduk rumah2 pangsa merasai gegaran itu berbanding yg tinggal di landed. Ramai bertempiran turun..sapa yg tak takut kalau gegaran kuat bisa meruntuhkan bangunan...nauzubillah.

Bila ramai yg turun, ramai juga yg datang berkenalan dengan kedai runcit KM...maklumlah bila panik begitu, ramai yg datang topup kredit handphone untuk berhubung sanak-saudara atau teman bertanya khabar. Secara tak langsung, gempa semalam ada juga kebaikannya kepada KM semalam.

Sebab 2 kali terjadi gempa & KM merasai maka operasi kedai semalam ditamatkan sekitar kol 8.30 mlm mengambil kira keselamatan anak & isteri setelah disiarkan amaran tsunami pada awalnya. Orang kawasan tu ramai yg tak sanggup tido di rumah mereka yg berketinggian lebih 20 tingkat....KM dengar ada yg trauma sampai nak berpindah....sabo jelah.

Alhamdulilah juga, sales harian bisnes KM mula melangkau lebih RM600. Walaupun masih kecil tapi mungkin boleh dibanggakan dengan usia perniagaan belum pun 2 bulan, reputasi yg ditinggalkan pemilik lama, kekuatan modal serta skop market semasa.

KM kena keja keras lagi kalau bidang ini yang KM akan pilih selepas ini....yang pasti penat bekerja tak sama dengan stress bekerja....penat bila tido, insyallah dia hilang tp stress boleh bikin KM mati cepat.....Isteri kesayangan dah tunjukkan plan persaraan KM tapi KM ja masih teragak2 untuk memilih plan tu hehehe....buat isteriku...i luv u...CHOW!!!

Tuesday, April 10, 2012

Boleh mansuhkan PTPTN? Semua jawatan aku nak pulun?? Aku kisah....korang ada kisah???

KM baru ja sudah makan makan...dah bleh kira makan pagi pun sebab dah kat 1 pagi. Kurang setengah jam pas balik dari kedai, KM siapkan nasik ngan sup tulang...my own resipe & my own taste...Bila melalui hari2 yg stress, perut KM makan kurang terasa nak makan. Bila betul2 lapar baru makan..malam ni lapar pun sebab sepanjang arini baru makan sekeping roti kol 11 pagi td.

Heboh sekarang ni ialah antara boleh dan tidak memansuhkan PTPTN yang sudah bikin ramai jadi penghutang walaupun belum memasuki alam pekerjaan. Ramai yg takleh ke luar negara sebab musibat PTPTN ni.

Jawapan KM sangat mudah....bagila peluang kat orang lain memerintah plak!! Tengok bleh atau tidak dia nak buat. Beberapa hari lepas, ada sms dari musibat mana entah....maksudnya cuba membandingkan apa yg masalah2 yg dihadapi oleh kerajaan2 negeri bukan pimpinan BN....jawapan KM juga mudah, kuasa & duit kerajaan negeri tak sama ngan kerajaan persekutuan. Nak tengok apa perubahan bleh buat cuba tukaq try kerajaan persekutuan yang ada.....Kata nak jadi negara maju tapi minda dok di takuk lama...gembaq sikit takleh makan..dah terketaq2...POOORRRAHHHHH. Amerika, Britain, France, Australia saban masa bleh tukaq kerajaan tapi still gak maju....Anyway fikiaq sikit orang Malaysia...jgn sampai bila2 pun dok kena tipu.

Kelmarin dulu hari terakhir satu menteri wanita yg KM pun malaih nak sebut nama....berenti sebab term dia jadi menteri dah expired....kalau nak harap dia turun sendiri....haram mampuih dia tak turun walaupun satu lori terpalit najis taik LEMBU!!!

Bila dia abis tempoh....Jeeb pangku jawatan Menteri Wanita tu sampaila dipanggil PRU nanti. Sekarang Jeeb la PM, Jeeb la Menteri Duit Ringgit & Jeeb jugalah Menteri jaga wanita....Takdak orang dah ke??? Budaya kampui atau pulun semua kat dia memang byk berlaku....kt persekitaran KM juga berlaku....dia la pegawai itu..dia la pegawai ini..pendek kata semua nak kampui!!! bila tanya, takla saya ni sementara ja....POOORRRAHHH!!!

Anyway...wa CHOW dulu!!!!

Sunday, April 8, 2012

TUNAI sangatlah penting....

Jam sudah hampir pukul 3 pagi....KM tengah melayan game La Liga antara Zaragoza dengan Barca...kemenangan Barca pagi ni pasti akan terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Real.

Yang penting nak ceritakan di sini, bekerja sendiri walaupun memakan masa yg panjang tetapi tiada tekanan, jiwa tak stress. Tiada sapa yang menekan kita di sana sini. Kita tak sakit jiwa ngan sesiapa. KM mulakan hari ni sejak kol 10 pagi tadi. Bermula di kedai nasi beriani di Bertam, Kepala Batas. Entah apa nama, tak ingat tapi dah beberapa minggu tak makan so pagi ni dah berjanji ngn Cikgu Watie.

After makan, menyusun satu persatu kedai, mencari stok barang. Hampir kol 4 petang baru selesai setelah hampir RM seribu dihabiskan & kereta pun ketat ngan stok. Tiba di kedai, supplier plak datang. Nak ambil order baru & collect hutang. Nak RM500 tanpa maklumkan lebih awal. Sesak juga KM sebab tak bersedia & satu ATM kad yang ada duit plak tertinggal dalam poket kat rumah.

Tapi Allah Maha Kuasa & Dia menolong KM dengan menghantar bantuan di saat itu. Kebetulan waktu itu penyumbang dana call & alhamdulilah 15 minit, duit sampai & kredit dijelaskan. Kalaulah KM terpaksa menangguhkan pembayaran tadi, ia mungkin akan memberi gambaran yg tidak baik perniagaan KM di mata supplier. Sedangkan salah dia sebab tak remind awal nak datang. Jika tidak, dah tentu KM akan sparekan duit untuk payment tu. Lain kali, dia cakap akan call dulu sebelum datang. Anyway, dia gembira sebab KM order kasi tambah sama dia...hehehe..

Untuk pengetahuan, bisnes macam KM yang masih baru & belian stok banyak secara tunai, keperluan tunai di tangan sangat penting. Tanpa atau kurang tunai, pasti sukar kita tok menambah stok perniagaan. Untuk prepaid/topup, KM perlukan sekurang2nya RM200 untuk tujuan tu. So, cash di tangan memang penting.

Hari ni (dah kol 320 pagi Ahad ni) kedai KM declare tutup untuk setiap Ahad sebab KM & family perlukan juga masa berehat.  Mungkin kedai saja yg tutup tp urusan perniagaan tetap berjalan. KM akan kuar juga untuk urusan mencari stok. Membayar duit kepada orang yang meletak barang consigment.

So, KM pun nak pi berehat dah...free nanti KM tulis lagi....CHOW!!!!

Thursday, April 5, 2012

Mencari modal dari Robert Kwok....

Hehehe...tajuk cam hampeh ja....KM baru ja sampai rumah selepas selesai tutup kedai pada kol 10 malam. Nak lanjutkan operasi ke pukul 12 mlm rasanya belum mampu lagi.

KM sekarang dalam rundingan mencari penyuntik dana baru memandangkan modal sedia ada tidak mencukupi untuk mempelbagaikan barang serta pertambahan stok. Penyumbang2 dana sedia juga sedang menarik keluar modal atas keperluan yang tidak dapat dielakkan.

KM perlu tingkatkan stok memandangkan harga barangan tidak dapat lari daripada kenaikan sebaik sahaja jika kerajaan sekarang mendapat kembali kuasa selepas PRU nanti. Ini untuk membayar balik segala duit yang dicurahkan kepada rakyat untuk mengekalkan undi.

Mulai 1 April, produk aiskrim telah mengalami kenaikan antara 10-30 sen. Sebagai peruncit, kita terpaksa follow juga sebab itu yg diarahkan oleh pengeluar & harga yg kita beli dr pembekal juga meningkat.

So, kepada rakyat jelata yg megah terima bantuan itu & ini, jgn seronok sangat sebab ada panggu nak anda nak kena pasni....petrol, gula, minyak masak antara yg akan naik pasni dgn alasan nak kurang tanggung subsidi....

So sekarang KM fokus pada pencarian modal tambahan....KM rasa offer KM masih terbaik untuk perkongsian perniagaan...Bank Rakyat pun xleh bagi pada pemegang saham dia sebanyak itu....hehehe...ok chow!!!


Selamat tinggal FACEBOOK.....

Baru sudah ambil codaine...belum rasa mengantuk lagi. Juga baru sudah kira sales semalam. baru sudah sediakan modal untuk belian stok baru esok & untuk bayaran advance kepda pekerja. Alhamdulilah, bisnes berjalan lancar hatta kekurangan modal sekali pun.

KM masih berkira2 kalau ada ruang & peluang baru untuk mengembang sayap perniagaan. Perbincangan selalunya bersama Cikgu Watie yang KM kira isteri yang sangat2 mengerti hati & perasaan KM. KM kira sekarang dia dah jauh belayar (tidola tu) sebab sepanjang hari bekerja. hari Rabu, dia selalu kerja hingga lewat ptg sebab ada kegiatan ko-k.

Kalau perniagaan KM berkembang jadi 2...mungkin penyelesaian utamanya ialah meninggalkan kerja hakiki sekarang & itulah antara cita-cita & harapan KM sekarang. Bekerja dalam jangka masa yg lama tapi dengan hati gembira, tidak terasa kepenatannya. Jika bekerja 7 atau 8 jam sehari pun tapi penuh dengan stress & dikelilingi manusia yg penuh kepura-puraan, aku kira aku akan mati sebelum masanya.

So, cakap banyak pun tak guna....KM sendirila kena berusaha mencari jalan sendiri.

Dengan keadaan sekarang, KM dah malas nak berkomunikasi dengan kebanyakan orang. Sebagai permulaan KM dah deactivate akaun FACEBOOK....so no more Jack Karanka in FB....so jgn cari aku lagi...hahahaha...

Di kalangan masyarakat blogger, KM masih di sini untuk menulis barang satu dua entry jika mampu. KM masih gembira menjadi salah seorang daripada masyarakat blogger...sambil menulis, KM melayan tulisan/entry kawan blogger. Walaupun KM jarang memberi komen tapi yg pasti KM selalu melawat & membawa entry2 anda.

Rasanya cukup setakat ni untuk pagi ini....Memandang codaine tu belum bikin KM mengantuk walaupun dah kol 2.30 pagi, apa kata KM layan sat game Chelsea lawan Benfica.....kalau ngantuk satgi Km terus pi tido ok....CHOW!!!!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin