Wednesday, January 30, 2013
masalah sukar tidur awal.....
Memandangkan KM mempunyai masalah sukar tido awal maka malam ni KM menjalankan operasi membasmi serangga Charlie yg beberapa hari byk sekali memasuki di waktu malam...mungkin sekrg musim org menuai padi...Muhammad Adam mangsa Charlie paling teruk sebab di sekitar badannya byk sekali kesan serangan serangga ni...dah macam budak kena dera Kalau org tak tahu melihat dia....Km dah capai aeresol pembasmi serangga...jom serang!!!!! Kah..kah..kah...
Monday, January 28, 2013
Liverpool ditendang keluar dari saingan FA Cup!!!
Memandang rendah cabaran lawan mungkin penyebab tersingkirnya Liverpool di pusingan ke-4 Piala FA di tangan Oldham awal pagi tadi..Rodgers menyandarkan beberapa pemain muda yg prestasi mereka agak menurun ketika ini seperti Sterling dan Coates yg mahu dijual akhir makan diri...Bukan Liverpool saja merana semalam, Spur juga disingkirkan oleh kelab Liga Kejuaraan, Leeds United manakala Chelsea terpaksa menempuh perlawanan ulangan dengan Brendford....Semoga Liverpool mampu bangun dalam perlawanan liga menentang Arsenal pertengahan minggu ni....
Sunday, January 27, 2013
Nasharudin patutnya dipecat terus dari parti!!!!
Keputusan PAS menyingkirkan Nasharudin Mat Isa daripada keahlian Majlis Syura dah dibuat lebih seminggu yang lalu...mungkin ramai yang taktau dan cuma dimaklumkan oleh Setiausaha majlis tersebut melalui organ parti, Harakah hari ni....Bagi KM, keputusan tersebut tak mengejutkan pun berdasarkan tingkah-laku dan kenyataan bekas Timbalan Presiden. Nasha kelihatan kecewa dan menjadi seperti kupang tembaga sejak kekalahannya dalam pemilihan parti dan dilihat senang sekongkol dgn pemimpin lawan khususnya Najib Razak...terbaru mungkin ramai yg tak tahu Nasha turut menyertai Najib ke Gaza...Jadi penyingkirannya dari Majlis Syura wajar walaupun KM rasa pimpinan seharusnya menyingkirkan Nasha terus dari parti sebagaimana Hassan Ali kerana beliau bekas pemimpin tertinggi parti dan faham bahawa tindakannya tidak boleh diterima sama sekali.....Nasha bukan bekas pemimpin peringkat cawangan....Esok pasti Utusan Meloya dan media seangkatan dgnnya akan memanipulasi perkara ni....tak caya, perhati tengok!!!!
Belajar membina simpanan...
KM sekarang dah takda gaji tetap bulanan..yg ada pun gaji bulanan Cikgu Watie saja. Meniaga hari2 ada duit tapi duit tu juga nak guna utk beli stok, bayar pembekal, bayar sewa, bayar gaji pekerja dan selebihnya untung utk KM. Duit tu kalau tak disimpan sebahagiannya akan habis begitu saja sebab dah nama pun duit....Jadi mulai tahun baru, KM belajar membina simpanan. Kalau sehari 10 ringgit, sebulan dah 3 ratus dan setahun dah RM3,500. Kalau hariannya lebih, lebihla lagi jumlah simpanan tu...Untuk memastikan tabung tidak selalu dibuka hehehe...maka KM sealkan setiap tabung tu supaya kalau nak dikeluarkan terpaksa dipecahkan saja...Kalau dulu2 ada tabung ayam, katak dsbnya yg diperbuat daripada porcelin...sekarang pun ada lagi rasanya...Kalau duit berada dalam akaun bank, kecenderungan utk digunakan sgtlah tinggi memandangkan sekrg mudah sgt untk kuarkan duit melalui ATM...dulu2 terpaksa isi borang dan beratur di kaunter....
Saturday, January 26, 2013
William Yau...hilang & ditemui menyayat hati...
Sebagai manusia berperikemanusian & berhati serta perasaan, apa yg berlaku pada kanak- kanak cina bernama William Yau memang menyedihkan...hampir 10 hari org giat mencari sejak dia hilang...KM tak tau mcmana dia bleh hilang dr pandangan ibu-bapanya tapi ibu-bapanya pun tak minta dia hilang begitu saja....setelah siang malam org mencari akhirnya ada org menemuinya dah lemas sekian lama...mungkin sejak hari dia hilang....kalau hilang tak bertemu lagi menyayat hati...tapi kalau jumpa tapi dh tak bernyawa juga menyayat hati...kalau jumpa jumpa tapi dibunuh org cam Nureen Jazlen lebih sedih dan menyakitkan hati....akhirnya KM juga punya anak...bertabahlah wahai ibu-bapa yg diuji begitu....semoga Allah tak menguji kita dgn dugaan begitu takut kita tak mampu menghadapinya.....
Monday, January 21, 2013
Bahang PRU ke-13 sudah terasa...Bursa Malaysia down more than 30 point !!
Tunggu dan terus menunggu, akhirnya Parlimen Malaysia serta DUN2 di negeri-negeri di seluruh Malaysia kecuali Sarawak memasuki fasa2 terakhir sebelum ianya expired. Ramalan2 terakhir tentang tarikh PRU ke-13 sudah bertiup kencang. Ada sumber2 menyatakan PM Najib bersedia untuk mengadakan pilihanraya pada musim cuti sekolah Mac nanti. Bahang terkini daripada ketidaktentuan PM untuk memanggil PRU serta kebimbangan yg tak berasaskan tentang keadaan negara jika BN gagal mengekalkan kuasa menyaksikan Indeks Utama Bursa Malaysia menyusut lebih 38 mata di dagangan sebelah pagi hari ni...Pada KM, kejatuhan ini berlaku kerana majoriti pengurus dana terlalu bersikap playsafe dan mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang PRU ke-13 nanti...ini adalah perkara biasa bagi setiap pengurus dana memandang mereka tidak pernah melihat org lain selain BN memerintah di peringkat Persekutuan. Jika mereka yakin tentang bagaimana pemimpin2 Pakatan Rakyat memerintah di peringkat negeri2, rasanya tak perlulah bimbang tentang kemampuan untuk memerintah Malaysia. Mungkin org lain boleh memerintah dgn lebih efisian berbanding BN yg sudah lebih 50 tahun selesa memerintah hingga sanggup buat negara ni cam mak bapak mereka yg punya!!!
Selamat Hari Lahir Sayang, Chempaka sudah besar...
Masa berlalu pantas sekali...arini Chempaka Adriana dah berusia 19 hari...Cikgu Watie juga melonjak usianya setahun lagi kelmarin 20 Januari...Takdak yg spesel utk beliau kali ni memandangkan beliau masih dalam pantang. Cuma ucapan terima kasih yg tak terhingga untuk beliau kerana telah menjadi isteri yg baik kepada KM dan ibu yg terbaik juga utk Nur Batrisya, Muhammad Adam Irfan dan Chempaka Adriana. Hanya beberapa piece kek Secret Recipes utk beliau kali ni..kira okla tu kan sayang...
Thursday, January 10, 2013
Menjaga isteri dalam pantang.....
Alhamdulilah...sudah lebih seminggu Cikgu Watie selamat melahirkan Chempaka Adriana..Nama pun KM dah gazet kat surat beranak kelmarin..Berpantang kali ni pun kami memilih utk Cikgu Watie berpantang di rumah sendiri saja...Acara masak-memasak, KM ambik alih utk sediakan makanan utk ibu berpantang..KM suka masak tp agak kehilangan sentuhan utk menu org berpantang....Bab mandikan baby, kami memilih utk menyerahkan kpd bekas pengasuh Adam saja sebb xberani & xdak ilmu bab ni..Lagipun mama Adam ni juga akan menjaga Chempaka ni...Melihat wajah Chempaka, lebih kurang wajah kakaknya, Batrisya semasa kecil dulu...ada juga iras abangnya, Adam Irfan walaupun Adam berkulit agak gelap masa baby tapi semakin cerah bila membesar....
Saturday, January 5, 2013
3.1.13.....kami selamat terima baby baru..alhamdulilah...
Alhamdulilah...tahun baru 2013 bermula sempurna utk KM dan keluarga...Seperti yg ditakdir, 3.1.13 Cikgu Watie selamat melahirkan anak ketiga kami, seorg bayi perempuan seberat 3.5kg...wajah iras2 kakaknya semasa dilahirkan dulu....Setinggi2 kesyukuran pada Allah atas kurnian ini & terima kasih yg tak terhingga pd pengorbanan ibu yg bersusah payah mengndung & melahirkan anak ini....tapi baby yg akan kami namakan Chempaka Adriana ni belum ditatang atau dilihat oleh sedara mara lagi kerana masih di NICU sebab ada sedikit masalah dgn penafasannya seperti abgnya, Adam waktu dilahirkan juga hadapi masalah ni, kurang oksigen...kata doktor sebab paru-parunya basah...tghari td waktu KM menjengok, Chempaka dipasang lampu haba ke badannya dan kandungan oksigen makin improve..alhamdulilah...harap2 esok boleh dicaj sekali dengan umminya...tak sabar KM nak bawak balik utk ditemukan kakak & abgnya...Adam menyebut2 baby2 dlm tidonya sebentar td...nasib baik pekena susu sebotol terus tak mengigau dah hehehe....Akhir kata, tak tergambar kegembiraan hati ayah & ibu bila menerima kelahiran seorg anak...so jgn hampakan hati ayah & ibu anda especially ibu yg sakitnya tak terkira saat nak melahirkan kita....tak caya temankan isteri anda waktu dia nak bersalin...siksanya...KM alaminya sendiri kelmarin walaupun KM berada tepi bilik Cikgu Watie bersalin...nurse dh soh masuk tp Cikgu Watie dh habaq siap2 kt nurse sorg lagi, KM takyah duduk sebelah nanti dia pengsan hahahaha....malu company ja...
Subscribe to:
Posts (Atom)