Thursday, May 14, 2009

Manusia & Kesukaannya..........

Walaupun byk perkara yg berlaku kebelakangan ini. Ada yg gumbira. Ada yg sedih. Ada yg pelik. Ada yg menarik. Tapi ia datang dan pergi begitu saja tanpa KM dapat berkongsi di sini lagi. KM letih. KM takde idea bagaimana nak menulis di sini. Lebih tepat lagi, KM asyik dengan kegemaran KM, berada di share market untuk menilai peluang & risiko.

KM sekarang menguruskan sebahagian dana org lain. So, kena work-out lebih kalau utk mengekalkan keyakinan pemodal-pemodal ni. Kalau ASB boleh beri anda 8.5 % setahun, KM janjikan 10-15% sebulan utk mereka. Nampak mcm sukar tp KM harap market akan terus pulih utk pastikan target KM tercapai & pemodai-pemodai bleh tersenyum gumbira hehehe....

Bermain dengan ekuiti, risikonya agak besar. Anda bleh untung besar & anda juga berisiko utk rugi besar. Prinsip KM, untung sikit pun jadilah tp jika untung besar, alhamdulilah hehehe....

Tuesday, May 12, 2009

Semakan Temuduga Ujian MedSi Untuk Program2 Pengajian Pendidikan 2009/2010

Untuk semakan panggilan temuduga bagi yang telah menduduki Ujian MedSi boleh menyemak sama ada anda berjaya ke temuduga atau tidak melalui portal berikut:

https://www.mohe.gov.my/semakan_temuduga/default.php

Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi KL: DS Nizar Menteri Besar Perak Yang Sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang ini memutuskan Dato' Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan perlantikan Datuk Dr. Zambry Kadir sebagai tidak sah. Hakim Abdul Aziz Abd Rahim melalui penghakiman beliau, memutuskan DS Nizar hanya boleh disingkir melalui undi tidak percaya di kalangan ahli-ahli DUN.

Ramai telah menjangkakan keputusan akan memihak kepada DS Nizar memandangkan Datuk Zambry & geng tidak hadir di mahkamah arini. (Umno kalau dah tahu kalah sure diorang tak mai punya hehehe...).

Pasni apa lagi akan berlaku di Perak..........tungguuuuuuuuuuuu.....

Friday, May 8, 2009

Picture of The Day.....

Korang tgk Speaker DUN Perak, V.Sivakumar punya action sewaktu polis nak angkut dia kuar dari dewan, manakala pihak kawan plak nak pertahankan kedudukan dia di situ. Sempoi...hehehe....Walauapapun, jelaslah Perlembagaan yang selama ini diletakkan oleh undang2 tertinggi dalam sesebuah negara or negeri sudah tidak lagi dihormati or dipatuhi demi kuasa. Matlamat sekarang sudah menghalalkan cara.....

* Kalau Perlembagaan yg manusia sendiri buat pun tak dipatuhi, Quran & Sunnah apatah lagila manusia nak patuhi....fikirla...

Monday, May 4, 2009

MPV Perodua......bakal di pasaran November ini



Selepas Proton melancarkan Exora bulan lepas, Perodua plak merancang untuk melancarkan MPV keluarannya pada November akan datang. Berdasarkan sumber Perodua, model MPV mempunyai persamaan dengan model Toyota Passo Sette atau juga dikenali Daihatsu Boon Luminas. Seperti yang kita maklum, UMW merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Perodua.





Harga pasaran bagi model baru dengan enjin 1.5 liter ini dianggarkan sekitar RM60-65K. Pengeluaran model ini akan dikeluarkan pada penghujung September ini. So kepada yg bercadang hendak memiliki MPV bersesuaian budget tersebut bolehlah menunggu keluaran ini.

Tahniah.....



Tahniah kepada isteri tercinta a.k.a Mem yg khamis lalu menerima diploma pendidikan selepas tamat setahun kursus perguruan lepasan ijazah di Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (M4P). Majlis graduasi yg dilakukan di Equatorial Hotel, turut disertai KM & Budak Kacak serta mertua KM.

Insyaallah, esok pagi, adik KM plak akan menerima skrol selepas menamatkan pengajian diploma beliau di sebuah politeknik.

* Buat yang berjaya, KM ucapkan sekalung tahniah dengan usaha & kejayaan yg anda capai. Walaupun KM tidak pernah menaiki mana2 pentas/podium utk menerima skrol tp KM gembira dengan kejayaan anda semua. KM juga gembira dengan kerjaya KM sekarang sebagai penjuai talam hehehe.....untung..untung..

Berniaga Talam Sekarang.........hehehe..


Sudah 2 hari ujan melanda utara Semenanjung, kadang-kala lebat & kadang kala renyai-renyai. Setakat ni, KM belum tahu mana kawasan yg mengalami banjiro. Khamis lalu, KM bercuti menghadiri Majlis Graduasi Mem menamatkan pengajian beliau di maktab. Selepas 4 hari bercuti maka kita dengan penuh kemalasan menyambung semula tugas harian.

Mungkin hari ni, ramai lagi yg cuti kecemasan or MC kerana tahap kemalasan yg melampau ditambah dengan cuaca yg sejuk lagi menyejukkan. Namun, suka atau tidak, bagi yg bekerja & ada tanggungjawab, kerja perlu diteruskan.
KM seperti biasa meneruskan tugasan harian di samping menjalankan tugas sampingan KM. Minggu ni, KM akan menjadi peniaga Talam lagi. Bukan kuih talam or tepung talam tapi Talam Corporation hehehe....Hopefully, ada berita gembira lagi untuk minggu ni. KM berdoa, jgnlah Selsema Babi itu mencacatkan keadaan walaupun kita kena yakin bahawa wabak yg datang selepas masalah ekonomi adalah bala atas kedegilan manusia mematuhi peraturan & suruhan Tuhannya..........
* WHO tengah berkira2 untuk menaikkan ancaman Virus H1N1 (Swine Flu) ke tahap 6 iaitu tahap di mana ia boleh berjangkit semasa manusia terus tanpa perlu kehadiran babi di sisi hehehe.....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin