Wednesday, January 11, 2012

Bila & Bagaimana Duit Bantuan RM500 (BR1M) akan dibuat?

Mungkin ramai rakyat yg dah tak sabar nak dapat bantuan RM500 yg dijanjikan kerajaan pada pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu. Bantuan RM500 @ BR1M dijanjikan akan dibayar pertengahan Januari ini.


Menurut Timbalan Menteri Donald Lim, bantuan RM500 tu akan dibuat melalui majlis2 yg dihadiri oleh wakil2 kerajaan atau mungkin lebih tepat majlis oleh wakil2 rakyat BN ataupun tok2 menteri.


So jika pemohon tersebut terpilih maka anda akan menerima surat menghadiri majlis seperti itu. Pemberian akan dibuat dalam bentuk baucer tapi bukanla baucer TESCO ke GIANT ke hehehe....tapi dalam bentuk baucer tunai.


Penerima baucer tersebut dimaklumkan boleh menunaikannya di mana2 bank yg dinyatakan. Menurut menteri tu lagi bantuan akan mula disalurkan mulai Isnin ini tp rasanya disesetengah kawasan dah dapat bantuan tu.

Majlis Fatwa: Penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya dibenarkan!!

Majlis Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat hari ini membenarkan penggunaan dakwat kekal terhadap setiap pengundi yg membuang undi dalam pilihanraya akan datang.

Penggunaan dakwat kekal ini dicadangkan kepada Jawatankuasa Penambaikkan Proses Pilihanraya untuk sekurang2nya mampu mengelakkan seseorg membuang undi lebih daripada sekali.

Penggunaan dakwat kekal ini pernah hendak digunakan pada PRU ke-12 yang lalu tapi dibatalkan last minute oleh SPR tanpa alasan yg kukuh. Akhirnya dakwat yg sudah dibeli dibuang begitu saja.

USM: Permohonan Kemasukan Ijazah Pertama Sesi 2012/2013 Lepasan STPM/Matrikulasi/ASASI/Diploma/Setaraf

Universiti Sains Malaysia (USM) mempelawa permohonan calon lepasan STPM/Matrikulasi/ASASI/Diploma/Setaraf melalui ambilan Saluran Perdana ke program pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda secara Penuh Masa bagi kemasukan Sidang Akademik 2012/2013.


Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi dalam talian mulai 9 Januari 2012 hingga 26 Mac 2012.


Sila layari https://pohon.usm.my untuk maklumat lanjut.


*kalau study kt sini blehla jumpa KM

Mineral kat Johor tu bukan Emas?

Heboh beberapa hari ni org di kawasan Kg Majidee, Johor Bharu jumpa ketulan batu yg dipercayai emas. Pakat ramailah yg dtg bertumpu utk mencari emas tu kerana semua maklum yg harga emas skrg memang mahal.

Tapi Jabatan Mineral kelmarin mengesahkan yg ketulan batu tersebut bukan bersalut emas tp sejenis mineral. Kalau benar kenyataan tu maka sia-siala kerja buat penduduk2 tersebut.

Teringat org mendulang emas pasti kita terkenang org di Terengganu suatu masa dulu yg sibuk mendulang hingga nyawa terkorban. Nama tempat tu pun KM dah lupa.

Di Butterworth suatu masa dulu pun org gila mencari sejenis mineral yg bernama Tantalum. Harganya pun boleh tahan juga. Sampai berlubang2 tar jalan dikorek mereka hehehe...

Tuesday, January 10, 2012

Gaji baru SBPA hujung bulan ni...

Memandangkan jadual gaji kakitangan awam bulan Januari ini dibayar awal pada 16 Januari bersempena Tahun Baru Cina maka tak sempatlah nak menikmati gaji baru di bawah SBPA. Kerajaan mengumumkan akan membayar back dated tersebut pada penghujung Januari ni.

So, kepada yg menunggu2 gaji baru & kenaikan pun banyak maka bersabarla.

Kadang2 terfikir jauh begitu..........

Beberapa hari lepas KM duduk di kaki lima kedai bersama Adam Adli (eh..bukan, Adam Irfan) menunggu Cikgu Watie membeli barang.




KM duduk, Adam Irfan duduk sambil sedut air kotak, KM fikir panjang.................




KM rasa beberapa hari lalu, pokai bebenor KM. Dalam poket hanya ada beberapa helai duit seringgit...otak just fikir mana lagi sumber duit aku nak korek ni?? Simpanan? kalau da pun ciput ja... Duit sewa? hujung bulan 12 student2 yg sewa semua kuar serentak...sbb UiTM baru siap 3 blok hostel..parah. Takkan nak korek tabung syiling kot...hampeh tol!!!




Waktu tu terasa susahnya aku!!! hanya Allah yg Maha Tahu.




Tak sampai 2 hari iklan sewa, ada org bertanya. Hari ni bertanya, esok terus setuju masuk. Campur deposit + sewa, adala balik duit lam poket KM..alhamdulilah. Semua duit KM ada dlm poket je...walet bawak juga tp sekadar hiasan. Kalau org curi, sia2 je la sebab xde pe.




Persoalannya....mungkin ramai yg pernah merasa begitu sulit dlm kewangan ni hingga ada yg bertindak di luar batas fikiran atau undang2....org berpendapatan kecil mungkin selalula tersepit begitu tapi bagaimana yg berpendapatan besar yg juga berhadapan masalah kewangan ni?




Apapun masalah kita jgn cpt berputus asa. Allah Yg Maha Pemurah & Penyanyang tu ada. Jika Dia Maha Pemurah , kita juga kena pemurah. Belajar2 juga menghulur & memahami kesusahan org lain.




Musim buka sekolah ni ada juga family yg susah hatta nak memberi buku & persiapan sekolah pun berat pada mereka. Anak kita nakkan kasut sekolah Angry Bird, Barbie, boleh kita belikan. Tapi org lain yg susah nak belikan kasut belasan ringgit pun xmampu, penah kita prihatin?




Memangkan KM ada sikit fund yg KM kumpul dr jualan brg scrap & recycle maka KM pesan kt Cikgu Watie kalau da budak2 sekolah dia yg sulit sgt hatta nak beli buku pun tertangguh2, kita tolonglah...mereka budak2 lagi. Kalau mak bapak mereka susah, mereka tak cukup mengerti susah tu.




Kalau kita tak mampu membantu seribu org maka menggembirakan seorg dua pun sudah cukup. Kalau sehari, seorg dua maka setahun sudah berapa ramai yg gembira ngan sedikit pertolongan kita tu? Mungkin tu sebahagian dari menyempurnakan hak sesama manusia....

Adam Adli suspended for 3 semesters...

Kerana menurunkan bendera Presiden UMno, pelajar UPSI Adam Adli disabitkan bersalah & digantung pengajian selama 3 semester @ 18 bulan.

Itulah senarionya di Malaysia sejak dulu, kini & sampai bila entah?

Yg peliknya bila xsetuju dengan pemimpin/parti kerajaan pasti akan berdepan masalah.

Tapi bila hukum Allah dihina oleh sesetgh pihak, takde plak tindakan diambil. Hatta nak kata 'u shut up' pun xberani!!! sialan betui!!

* Anyway menghukum batang tubuh manusia selalunya tidak dpt membunuh semangat & jiwanya....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin