Tuesday, January 10, 2012

Kadang2 terfikir jauh begitu..........

Beberapa hari lepas KM duduk di kaki lima kedai bersama Adam Adli (eh..bukan, Adam Irfan) menunggu Cikgu Watie membeli barang.




KM duduk, Adam Irfan duduk sambil sedut air kotak, KM fikir panjang.................




KM rasa beberapa hari lalu, pokai bebenor KM. Dalam poket hanya ada beberapa helai duit seringgit...otak just fikir mana lagi sumber duit aku nak korek ni?? Simpanan? kalau da pun ciput ja... Duit sewa? hujung bulan 12 student2 yg sewa semua kuar serentak...sbb UiTM baru siap 3 blok hostel..parah. Takkan nak korek tabung syiling kot...hampeh tol!!!




Waktu tu terasa susahnya aku!!! hanya Allah yg Maha Tahu.




Tak sampai 2 hari iklan sewa, ada org bertanya. Hari ni bertanya, esok terus setuju masuk. Campur deposit + sewa, adala balik duit lam poket KM..alhamdulilah. Semua duit KM ada dlm poket je...walet bawak juga tp sekadar hiasan. Kalau org curi, sia2 je la sebab xde pe.




Persoalannya....mungkin ramai yg pernah merasa begitu sulit dlm kewangan ni hingga ada yg bertindak di luar batas fikiran atau undang2....org berpendapatan kecil mungkin selalula tersepit begitu tapi bagaimana yg berpendapatan besar yg juga berhadapan masalah kewangan ni?




Apapun masalah kita jgn cpt berputus asa. Allah Yg Maha Pemurah & Penyanyang tu ada. Jika Dia Maha Pemurah , kita juga kena pemurah. Belajar2 juga menghulur & memahami kesusahan org lain.




Musim buka sekolah ni ada juga family yg susah hatta nak memberi buku & persiapan sekolah pun berat pada mereka. Anak kita nakkan kasut sekolah Angry Bird, Barbie, boleh kita belikan. Tapi org lain yg susah nak belikan kasut belasan ringgit pun xmampu, penah kita prihatin?




Memangkan KM ada sikit fund yg KM kumpul dr jualan brg scrap & recycle maka KM pesan kt Cikgu Watie kalau da budak2 sekolah dia yg sulit sgt hatta nak beli buku pun tertangguh2, kita tolonglah...mereka budak2 lagi. Kalau mak bapak mereka susah, mereka tak cukup mengerti susah tu.




Kalau kita tak mampu membantu seribu org maka menggembirakan seorg dua pun sudah cukup. Kalau sehari, seorg dua maka setahun sudah berapa ramai yg gembira ngan sedikit pertolongan kita tu? Mungkin tu sebahagian dari menyempurnakan hak sesama manusia....

2 comments:

suw said...

km ble gak hulur kat sni..sedekah jariah kM hehehe

KM said...

kekeke...kalau layak blehla...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin