Friday, January 13, 2012

AirAsia X tamatkan laluan ke London, Paris & Mumbai

AirAsia X mengumumkan akan menamatkan penerbangan ke beberapa destinasi luar termasuk London, Paris & Mumbai.Penerbangan ke Mumbaiakan ditamatkan mulai hujung Januari ini manakala ke London & Paris akan berakhir selepas 30 Mac nanti.

Penamatan penerbangan ke London & paris dibuat berikut kenaikan kos bahan bakar serta kelemahan permintaan dari Eropah berikut masalah ekonomi di rantau tersebut. Air Asia X dilaporkan menanggung kerugian lebih RM20 juta sehingga tahun kewangan 31 Disember yg lalu.

Permohonan BR1M dilanjutkan ke 10 Februari...

Kepada pemohon bantuan rakyat RM500 yg tak sempat hantar borang lagi, anda boleh membuatnya sekarang kerana tempoh lanjutan permohonan dilanjutkan sehingga 10 Februari nanti.

Berkenaan pembayaran RM500 tersebut, baucer tunai yg diterima boleh ditunaikan di cawangan BSN, CIMB & Maybank.

Selain melalui surat, pemohon juga boleh membuat semakan mulai Isnin ni melalui hotline berikut:

1-800-222-500

1-300-88-3010

Sapa yg permohonannya gagal, boleh mengemukakan rayuan.

* kepada rakyat, apapun yg kerajaan bagi kita mesti ambik sebab duit itu dtgnya dari rakyat juga. Tapi bab nak pangkah tu terpulang pada anda!

SBPA ditangguhkan...

Kerajaan semalam menangguhkan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk semakan semula. Butiran lanjut serta tempoh penangguhan akan dimaklumkan kemudian.


SBPA yg diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sepatutnya berkuatkuasa 1 Januari yang lalu.


Antara masalah yg masih berbangkit dalam SBPA ni rasanya ialah jurang kenaikan gaji yg ketara antara org bawah dengan kakitangan di peringkat atas. Kita tak nafikan gaji org atas mesti lebih tinggi drp org bawahan tapi kadar kenaikan perlulah berpada2. Jangan sampai sistem ni melebarkan lagi jurang antara org kaya dengan miskin di negara ni sebab harga barang yg kita beli tetap sama dengan harga yg ditawarkan kepada org yg kaya2.


* Pada KM, Skim yg ditawarkan secara tergesa2 utk kerajaan menghadapi PRU ke-13 ini bagi meraih sokongan besar di kalangan penjawat ini mungkin boleh menjadi jerat makan tuan!!!

Thursday, January 12, 2012

Underwater World Langkawi tawar harga istimewa sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah

Underwater World Langkawi iaitu akuarium pameran terbesar di Malaysia menawarkan harga istimewa untuk para pengunjung bersempena Hari Keputeraan Sultan Kedah yg jatuh ari Ahad ni. Tawaran istimewa ni bermula esok hingga hari Ahad.

Untuk tempoh tersebut, pengunjung dewasa harga RM10 dikenakan berbanding RM28 harga biasa. Manakala kanak2 berusia 3 hingga 12 tahun dikenakan caj RM5 sahaja berbanding RM18 harga biasa. Yang penting kena tunjuk Kad Pengenalan.

So kepada yg berada di Langkawi hujung minggu ni bleh singgah di sana.



CM Lim Guan Eng & Exco isytihar harta kepada umum

Ketua Menteri Pulau Pinang & 11 barisan exco beliau hari ni mengumumkan pengisytiharan harta mereka kepada awam. Pengisytiharan ini membabitkan harta sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang & sehingga 31 Disember 2011.

Tindakan itu KM kira bagus untuk dicontohi oleh semua pemimpin yg mempunyai jawatan sama ada di peringkat negeri mahupun negara. Kalau dia menipu dalam pengisytuharan tu kita boleh ambil tindakan yg sewajarnya.

No Pant Subway Ride or naik keretapi tak pakai seluar!! ada berani??


Ingin naik kereta api bawah tanah dengan hanya berseluar dalam? Anda mungkin terlepas peluang itu tahun ini memandangkan No Pant Subway Ride telah disambut 8 Januari yg lalu.

Acara tahunan ini dimulakan pada tahun 2002 & dijadikan acara tahunan dengan setiap org yg ingin menyertainya perlu menanggalkan seluar/skirt yg dipakai. Yang tinggal hanya seluar kecik je kekeke....

Ahad lalu walaupun cuaca agak sejuk, hampir 4,000 org menyertai acara ini di New York dan turun disambut di 59 bandar di 27 negara. Mungkin di Malaysia takde sapa lagi yg benar2 berhajat nak jd penganjur acara ni.

* begini manusia kalau hidup tanpa panduan Tuhan.........

Sapa kata Perodua MyVi takleh terbang?



Korang tengok kehebatan MyVi ni landing atas van hehehe...........dashyat sekali. Mungkin jarang berlaku kejadian seperti ni & mustahil utk seseorg pemandu boleh membuat parking begitu kecuali dlm filem.


Mungkin kejadian membuktikan yg MyVi mungkin juga bleh terbang seperti dalam iklan radio beberapa bulan yg lepas hehehe...Malaysia Boleh!!!


* Kemalangan pelik ni berlaku di KOta Bharu kelmarin...


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin