Friday, January 13, 2012

SBPA ditangguhkan...

Kerajaan semalam menangguhkan pelaksanaan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk semakan semula. Butiran lanjut serta tempoh penangguhan akan dimaklumkan kemudian.


SBPA yg diumumkan pada pembentangan Bajet 2012 untuk menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sepatutnya berkuatkuasa 1 Januari yang lalu.


Antara masalah yg masih berbangkit dalam SBPA ni rasanya ialah jurang kenaikan gaji yg ketara antara org bawah dengan kakitangan di peringkat atas. Kita tak nafikan gaji org atas mesti lebih tinggi drp org bawahan tapi kadar kenaikan perlulah berpada2. Jangan sampai sistem ni melebarkan lagi jurang antara org kaya dengan miskin di negara ni sebab harga barang yg kita beli tetap sama dengan harga yg ditawarkan kepada org yg kaya2.


* Pada KM, Skim yg ditawarkan secara tergesa2 utk kerajaan menghadapi PRU ke-13 ini bagi meraih sokongan besar di kalangan penjawat ini mungkin boleh menjadi jerat makan tuan!!!

2 comments:

AdaNaz87 said...

walaupun saya kakitangan kerajaan, tak berapa sokong sangat dengan tindakan kerajaan dalam banyak aspek dalam sistem sbpa ni. =."

KM said...

saya pun hehehe....

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin