Friday, July 30, 2010

Cameron Highland landscape.......

Perjalanan KM seterusnya ialah Tanah Tinggi Cameron Highland. Cuaca di sana dirasakan tidak lagi sesejuk dulu khususnya di waktu siang. Mungkin salah satu puncanya disebabkan oleh penebusgunaan tanah yang berleluasa di situ.







Selain bawa keluarga jalan2, trip kali ni juga lapangan untuk menguji penggunaan DLSR. Maklumla KM & Mem sama2 di level beginner. So tangkap gambar pakai instinct ja hehehe. Semua gambar2 adalah raw & belum diedit. Proses nak mengedit pun kena ada ilmu & kemahiran juga...............nanti kita coba.
* Weekend ni sesi menguji DLSR lagi. Event...majlis pernikahan my sister & bukan KM yang menikah lagi...........kekekeke


Thursday, July 29, 2010

Radix Fried Chicken (RFC)

Bahagian terakhir perjalanan KM ke Alor Setar, singgah di Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Sebelum ni pernah merasainya tapi tak berkesempatan makan terus di restorannya.


RFC ni adalah milik penuh HPA Industries Sdn. Bhd, syarikat penuh Bumiputra Islam yang terbabit langsung menghasilkan produk2 makanan khususnya dari orang Islam kepada orang Islam.


Sebagai produk & jenama baru dalam pasaran (RFC yang baru dilancarkan dalam usia lebih kurang 2 tahun) KM fikir tidak wajar untuk pengguna membandingkannya jenama established seperti KFC. Tapi anggaplah dia sebagai alternatif & satu kejayaan kepada produk2 buatan Malaysia.


Sebagai produk baru tempatan, KM lihat sambutannya agak bagus walaupun rata2nya pelanggan adalah di kalangan orang Melayu (patutnya kaum lain patut menyokong dengan semangat 1Malaysia). Produk & servis yang ditawarkan rasanya 'fair & competative' & mampu pergi jauh jika kelemahan & kekurangan yang ada terus diperbaiki.


Lokasi RFC kalau tak silap KM masih berlegar di sekitar negari Kedah & Perlis. Pulau Pinang pun masih takda outlet RFC. Pada KM, itu bukan satu kelemahan tp strategi pemasaran yang "slow & safe'. Sebab untuk membuka outlet makanan segera ni bukannya keja mudah. Modal pun besar & persaingan juga kuat dari jenama antarabangsa seperti KFC & McD.


Apa2 apapun, keluarga KM menerima RFC sebagai produk @ jenama makanan segera alternatif kepada produk yang sedia ada di pasaran. Anyway....congrat to HPA....nanti bleh bagi dividen lebih kat pelabur....hehehe..


Wajah Farah Azlina Latif...........

Tentu ramai yang google nak melihat gambar Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif yang didakwa mempunyai hubungan 'intim' dengan pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Menurut Malaysiakini, Farah Azlina yang digugurkan daripada pasukan pendakwaaan telah ditukarkan dari Jabatan Pendakwaan ke Unit Jenayah Perdagangan. Apapun yang dilakukan, ia nyata menjejaskan kes tersebut.

Wednesday, July 28, 2010

Lawak Twitter....Kah..kah..kah..

Adapun KM difahamkan bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ada mencadangkan supaya diwujudkan sekolah khas untuk pelajar2 perempuan yang hamil luar nikah.



Yang menariknya ialah sindiran oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar melalui Twitter supaya jika cadangan itu diterimapakai, beliau mencadangkan agar bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dilantik sebagai pengetua sekolah tersebut. Kahkahkah.....tak bleh blah punya lawak!!!!!



* KM masih teringat tuduhan terhadap Rahim Thamby Chik ni......berkaitan hubungannya dengan pelajar perempuan bawah umo. Ketua Menteri Penang sekarang, Lim Guan Eng cuba membela budak tu tapi dia yang 'masuk dalam'..........apa punya hal la ini macam...






Tuesday, July 27, 2010

Rumah Kelahiran Mahathir...

Destinasi KM seterusnya di Alor Setar ialah Rumah Kelahiran Dr Mahathir. Rumah yang terletak di Jalan Pegawai & berusia lebih 100 tahun ini telah dipulihara & dibuka untuk kunjungan orang ramai. Masuk percuma.


Rumah asal yang telah dipulihara



Tempat ayahnya, Mohamad Iskandar bersandar ketika santai2....Tapi dalam gambar tu bukan Mohamad Iskandarla.....





Radio lama di ruang tamu serta gambar bapa beliau...........



Gambar Mahathir dengan kawan2


Katil di bilik tidor ibu bapanya..........




Kilang air di sebelah umah beliau............kilang ni pun korang bleh masuk melawat.....tp xde juai ais la...

Pengkhianatan.............



Jika terjadi dalam masyarakat kita sejak dulu perceraian kerana si suami yang tak setia atau mencari pasangan baru, ia adalah perkara biasa. Lelaki biasala, kebanyakannya cenderung untuk melihat lebih dari satu kekeke.......


Tapi menurut berita KOSMO semalam, seorg lawyer syariah mengutarakan pandangannya bahawa berlaku peningkatan kes perceraian sekarang kerana makin ramai isteri yang tidak setia atau curang di belakang suami. Berlaku perkara ini kerana kebanyakan isteri cenderung berkongsi masalah rumahtangga mereka dengan pihak ketiga (lelaki lain) yang kemudian mengambil kesempatan dari masalah tersebut.


Apa yang diutarakan beliau bukan andaian tapi realiti yang berlaku dalam masyarakat kita di akhir zaman ini. Hakikat yang perlu kita terima & cari jalan mengatasinya. Sesiapa pun sepatutnya tak melakukan pengkhianatan pada pasangannya. Jika sukar sangat untuk setia maka carilah jalan terbaik yang ada...........

Monday, July 26, 2010

Ronda-ronda Aloq Setaq Part II: Pekan Rabu

Ronda-ronda di Alor Setar diteruskan ke Pekan Rabu, arked perniagaan yang terkenal di sana. Arked perniagaan yang dibuka pada Februari 1978 ini menempatkan majoriti peniaga Bumiputra dgn pelbagai jualan barang daripada kain baju hinggalah ke makanan.


KM difahamkan bahawa ex-PM, Tun Mahathir pun penah menjadi peniaga di Pekan Rabu ini. Kuih2 kering yang selalu kita order masa Raya pun banyak kat sini.

Arked Pekan Rabu ni tak silap KM lebih kurang 5 tingkat.


Acuan2 kuih tradisional pun ada jual kat sini. Kalau rajin nak buat kuih raya ni, blehla ushar2 hehehe.....


Wednesday, July 21, 2010

I lost my kilometre......no KILOMETRICO

Sebelum ni, dengan RM50 KM isi minyak RON95 boleh dapat lebih kurang 27.78 liter. Apabila SUBSIDI DIKURANGKAN/DISELARASKAN isian RM50 KM hanya mendapat 27.03 liter. Di sini telah berlaku kekurangan sebanyak 0.75 liter untuk nilai RM50.
Dengan 0.75 liter digunakan bersama kenderaan berkapasiti 1500cc, KM kehilangan lebih kurang 10-15 kilometer perjalanan. itu baru subsidi DIKURANGKAN 5sen. Napa tak pakai term MINYAK NAIK? hehehehe.........

Ramai orang suka isap nenen??


Ramai orang suka isap nenen ye? kekeke.....itulah hakikat yg sesetengah orang cari kat blog ni. Dan ada juga orang suka durian jenis musang hehehe......itulah manusia, hadir dengan pelbagai feel & citarasa.

Tuesday, July 20, 2010

Ronda-Ronda Aloq Setaq - Muzium Padi

Sabtu lepas, KM ngan Mem bawa Batrisya & Adam gi ronda-ronda. Takpa perancangan, kami sampai ke Alor Setar, ibu negeri Kedah. Destinasi pertama ialah Muzium Padi berhampiran Gunung Keriang.


Permandangan Muzium Padi dari jauh
Kereta lembu kot....tapi yang pasti bukan kereta Roll Royce...
Ini adalah tangkul, sejenis alat untuk menangkap ikan

Lampu minyak berusia lebih 100 tahun yang dibawa dari Cambodia
Binaan muzium ini dari dekat

Dari hadapan muzium

Dirasmi pada 12 Oktober 2004 oleh DYMM Sultan Kedah
Antara jenis benih-benih padi yang dipamerkan
Jelapang padi yang diperbuat daripada tahi lembu

Ini bukan pesawah betul......

berhampiran jelapang tahi lembu....

Ini pula permandangan dari layar besar dengan platform yang berpusing

Gambaran secara lukisan permandangan, cara hidup, perkampungan di sekitar sawah padi

Gambar sekitar tepi sawah

Ini bukan pesawah walaupun kampungnya berhampiran sawah
Realiti orang mengambil padi, sekarang dah pakai mesin sepenuhnya.

Wednesday, July 14, 2010

Keranamu Durian.....


Ramai orang suka sangat mengadap buah ni. Di zaman ni terdapat banyak sgt jenis/klon/baka durian yang kdg2 kita sendiri pun xkenal. Untuk musim durian kali, penawaran durian di sebelah utara agak berkurangan berbanding musim-musim lalu. Ini disebabkan buah2 kayu tidak menjadi di sesetengah tempat. Apa faktornya, KM pun tak pasti.
Cerita hari ni sebenarnya berfokus pada seorg jutawan cina, Stanley Ho @ Raja Judi Macau yg sanggup menghantar jet peribadinya ke Singapore untuk mengambil 88 biji durian yg dibelinya di republik itu. Dilaporkan beliau membayar RM4,800 utk durian jenis Musang King dari Malaysia yg dijual sekitar RM38 sekilo.
* Selera & keinginan KM pada durian dah lama padam.......

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin