
Bahagian terakhir perjalanan KM ke Alor Setar, singgah di
Radix Fried Chicken (RFC) cawangan Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani. Sebelum ni pernah merasainya tapi tak berkesempatan makan terus di restorannya.

RFC ni adalah milik penuh HPA Industries Sdn. Bhd, syarikat penuh Bumiputra Islam yang terbabit langsung menghasilkan produk2 makanan khususnya dari orang Islam kepada orang Islam.

Sebagai produk & jenama baru dalam pasaran (RFC yang baru dilancarkan dalam usia lebih kurang 2 tahun) KM fikir tidak wajar untuk pengguna membandingkannya jenama established seperti KFC. Tapi anggaplah dia sebagai alternatif & satu kejayaan kepada produk2 buatan Malaysia.

Sebagai produk baru tempatan, KM lihat sambutannya agak bagus walaupun rata2nya pelanggan adalah di kalangan orang Melayu (patutnya kaum lain patut menyokong dengan semangat 1Malaysia). Produk & servis yang ditawarkan rasanya 'fair & competative' & mampu pergi jauh jika kelemahan & kekurangan yang ada terus diperbaiki.

Lokasi RFC kalau tak silap KM masih berlegar di sekitar negari Kedah & Perlis. Pulau Pinang pun masih takda outlet RFC. Pada KM, itu bukan satu kelemahan tp strategi pemasaran yang "slow & safe'. Sebab untuk membuka outlet makanan segera ni bukannya keja mudah. Modal pun besar & persaingan juga kuat dari jenama antarabangsa seperti KFC & McD.

Apa2 apapun, keluarga KM menerima RFC sebagai produk @ jenama makanan segera alternatif kepada produk yang sedia ada di pasaran. Anyway....congrat to HPA....nanti bleh bagi dividen lebih kat pelabur....hehehe..
4 comments:
Dropping here...nice entry friend, visit mine..latest entry for today ;D
awat x order lebih kt aku..cis..
tapi km... kita sokong apa yg cuba dibuat oleh hpa.. kerna kita tahu dan makan tanpa was2... tak tau bila lagi boleh jalan2 ke utara...
suhaisweet- already visit ur blog..cool entry hehehe...
dee- aku ode ayam idup2 ko nak? kekeke...
izan- ya betul....panjang umo sampai la tu...insyaallah...
Post a Comment