Thursday, November 11, 2010

Perginya Seorang Sahabat & Shamrin Fotograf..........


Hari ni KM terpaksa bercuti......pertama KM hampir terlupa Mat Adam ada appointment ngan klinik arini....Kedua, Nur Batrisya ada majlis anugerah pelajar arini......Ketiga, KM ada kematian seorang sahabat, Hasli Samsudin @ Ali.

Teman baik KM sejak form 4, satu class, satu sekolah, kaki bola & satu line perjuangan pergi buat selamanya malam semalam selepas 3 hari terlantar koma ekoran pendarahan dalam otak dipercayai akibat tekanan darah tinggi yg menyebabkan strok. KM & Mem sempat menziarahi jenayah beliau sebelum dikebumikan sebelum Zohor tadi. Sayu hati KM waktu melihat 2 anak beliau(lebih kurang seusia Batrisya) waktu menjirus air terakhir semasa diberi peluang masa memandikan jenazah ayah mereka......Si kakak nampak sayu & mengerti situasi yg menimpa mereka berbanding si adik yg mungkin kurang mengerti.....

Kepada anak, isteri & keluarga beliau, banyaklah bersabar............ berat mata memandang, berat lagi hati yg memikul....semoga roh beliau mendapatkan kerahmatan & keredhaan Allah. Lebih kurang 3 minggu lalu kami berselisih semasa balik kerja.....Arini dia pergi selamanya & xkan bertemu lagi di dunia ini......

* Petang ni juga diberitakan Shamrin vokalis Fotograf yang pernah popular di era 90-an meninggal dunia semasa sedang main bola..............

4 comments:

Ayuraza said...

takziah..
ap tajuk lagu fotograf yg bess tu??..

KM said...

Ayuraza- Di Alam Fana Cintamu.....

risanur said...

al-fatihah untuk kawan KM dan arwah shamrin..moga mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

KM said...

risanur- Insyallah...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin