Monday, November 8, 2010

Sekitar Hari Terbuka TUDM Butterworth 2010........Part I

Sabtu lepas, KM sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Pangkalan Butterworth. Acara yg bermula sekitar 9 pagi hingga 5 petang tu memang mendapatkan sambuatn luar biasa daripada orang awam. Sebelum kol 9, ramai yang dah datang awal untuk memastikan tak ketinggalan dengan acara yg diadakan.

Pengunjung bukan sahaja daripada kawasan sekitar tapi rasanya orang jauh pun ramai yang datang. Memang bersaing jugalah dengan program Jom Heboh di Batu Kawan hari tu. Walaupun pesawat yg dipamerkan terhad kepada pesawat2 TUDM yang beroperasi di Pangkalan Butterworth saja tetapi rata2 mereka yang tidak pernah berkunjung ke Pameran LIMA Langkawi pasti teruja melihat sebahagian kekuatan sayap ATM ini.


Pancaragam TUDM yang membuat persembahan pembukaan. Lagu yg dimainkan memang menarik



Kereta perisai ATM turut mengambil bahagian..


Helikopter milik TUDM...Nuri kah ini?


Pesawat tempur jenis Mikoyan buatan Russia kalau tak silap...


Ini skuadron F-5E...............


Pesawat pengangkut C-130 Hercules...Banyak jasa ni



2 comments:

Ayuraza said...

ai..gambo KM xda ke??hehe

Anonymous said...

Bukan F18 tu tp F5E buatan US

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin