Menjelang perhimpuanan besar sejuta rakyat yang dirancang oleh pihak2 yang terlibat menentang pemerintah kuku besi Mesir, Hosni Mubarak hari ni, kebanyakan negara telah mula mengambil tindakan kecemasan mengeluarkan rakyat mereka dari bumi Firaun & bumi bagi kebanyakan para Rasul itu.
Negara2 Asia seperti China, Taiwan & Jepun mula menyediakan pesawat untuk mengeluarkan segera rakyat mereka dari Mesir. Sekutu kuat Mubarak, US juga telah memindahkan 1,200 rakyatnya semalam ke negara berhampiran seperti Turki, Cyprus & Greece. Syarikat2 penerbangan dari Eropah seperti Lufthansa, Austrian Airlines & Air Berlin juga telah bersedia dengan kemampuan untuk mengeluarkan warga mereka yang terlibat.
Ketika negara2 ini begitu cemas & prihatin terhadap rakyat mereka, bagaimana plak dengan tindakan kerajaan Malaysia? Apa yang KM dengar, Malaysia masih kekal dengan kenyataan warga Malaysia selamat & tiada keperluan untuk memindahkan mereka!!!
No comments:
Post a Comment