Friday, April 13, 2012

Di sebalik gempa bumi...ada juga rahmatnya buat manusia...

Alhamdulilah KM kembali selepas gempa kuat semalam di Acheh. Dengan gegaran 8 Scala Richter lebih & 2 kali menggegarkan bumi Malaysia khususnya di kawasan pantai barat utara Semenanjung bikin ramai yg trauma & insaf (sekejap) mengenang tsunami besar 2004.

Kelmarin public holiday, KM di kedai. Gegaran pertama lebih kurang kol 5, ramai penduduk rumah2 pangsa merasai gegaran itu berbanding yg tinggal di landed. Ramai bertempiran turun..sapa yg tak takut kalau gegaran kuat bisa meruntuhkan bangunan...nauzubillah.

Bila ramai yg turun, ramai juga yg datang berkenalan dengan kedai runcit KM...maklumlah bila panik begitu, ramai yg datang topup kredit handphone untuk berhubung sanak-saudara atau teman bertanya khabar. Secara tak langsung, gempa semalam ada juga kebaikannya kepada KM semalam.

Sebab 2 kali terjadi gempa & KM merasai maka operasi kedai semalam ditamatkan sekitar kol 8.30 mlm mengambil kira keselamatan anak & isteri setelah disiarkan amaran tsunami pada awalnya. Orang kawasan tu ramai yg tak sanggup tido di rumah mereka yg berketinggian lebih 20 tingkat....KM dengar ada yg trauma sampai nak berpindah....sabo jelah.

Alhamdulilah juga, sales harian bisnes KM mula melangkau lebih RM600. Walaupun masih kecil tapi mungkin boleh dibanggakan dengan usia perniagaan belum pun 2 bulan, reputasi yg ditinggalkan pemilik lama, kekuatan modal serta skop market semasa.

KM kena keja keras lagi kalau bidang ini yang KM akan pilih selepas ini....yang pasti penat bekerja tak sama dengan stress bekerja....penat bila tido, insyallah dia hilang tp stress boleh bikin KM mati cepat.....Isteri kesayangan dah tunjukkan plan persaraan KM tapi KM ja masih teragak2 untuk memilih plan tu hehehe....buat isteriku...i luv u...CHOW!!!

1 comment:

Rosmawani♥ said...

Uih untung la.. Rezeki km.. Tp kecut perut bg ros sbb duk tgkt 24 trun tangga.. Aduhai... Dah la hubby keje :p

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin