Hehehe...tajuk cam hampeh ja....KM baru ja sampai rumah selepas selesai tutup kedai pada kol 10 malam. Nak lanjutkan operasi ke pukul 12 mlm rasanya belum mampu lagi.
KM sekarang dalam rundingan mencari penyuntik dana baru memandangkan modal sedia ada tidak mencukupi untuk mempelbagaikan barang serta pertambahan stok. Penyumbang2 dana sedia juga sedang menarik keluar modal atas keperluan yang tidak dapat dielakkan.
KM perlu tingkatkan stok memandangkan harga barangan tidak dapat lari daripada kenaikan sebaik sahaja jika kerajaan sekarang mendapat kembali kuasa selepas PRU nanti. Ini untuk membayar balik segala duit yang dicurahkan kepada rakyat untuk mengekalkan undi.
Mulai 1 April, produk aiskrim telah mengalami kenaikan antara 10-30 sen. Sebagai peruncit, kita terpaksa follow juga sebab itu yg diarahkan oleh pengeluar & harga yg kita beli dr pembekal juga meningkat.
So, kepada rakyat jelata yg megah terima bantuan itu & ini, jgn seronok sangat sebab ada panggu nak anda nak kena pasni....petrol, gula, minyak masak antara yg akan naik pasni dgn alasan nak kurang tanggung subsidi....
So sekarang KM fokus pada pencarian modal tambahan....KM rasa offer KM masih terbaik untuk perkongsian perniagaan...Bank Rakyat pun xleh bagi pada pemegang saham dia sebanyak itu....hehehe...ok chow!!!
3 comments:
salam, brapa minimum modal bagi yang berminat bro KM?
wsalam bro...bleh sembang2 ngan saya kalau minat...
ok. nanti sya kontek bro KM.
Post a Comment