Sepanjang 1bulan lebih meninggalkan calculatorbuta, ada berita gembira buat KM. Bukan KM dah kawen baru atau dapat gf baru tapi insyaallah jika ada rezeki, KM & Cikgu Watie akan menimang sorang lagi cahayamata samada hujung tahun ni atau awal tahun depan.
Mengikut perancangan Cikgu Watie, dia dah bersyukur dengan kurniaan Allah pada kami 2 org anak, Budak Kacak & Adam Irfan & dia serik nak ngandung lagi sebab komplikasi semasa ngandung memang menyulitkan.
Tapi manusia punya asa, Allah punya kuasa. Sesungguhnya perancangan Dia sangat tepat. KM menerimanya dengan hati terbuka & alhamdulilah dengan rezeki ni. Sesetengah org bertahun kawen pun susah nak beranak tapi kita tersentuh sikit dah tersangkut hehehe....Alhamdulilah.
3 comments:
tahniah...
Wah diam2 beRubi.. Hihihi... Haa sapa suruh tutup blog.. Hihihi.. Samalah anak ros nnt :) ros ari tu susah nak dpt bby, alhamdulillah kali ni cpat lak :p
tahniah rezki dari Allah...
Post a Comment