Monday, July 27, 2009

Ingin Menjadi Jutawan??

Bila hari isnin, gelagat sebahagian kita yg bekerja cmtula. Liat, meleret ja nak datang keja. Kalau ikut suka aku (ISA) mahu saja bercuti setahun hahaha......Suka atau tidak, keja kena keja. Lainla kalau dalam bank ada sejuta hehehe...

Sejuta Rupiah tak guna juga....Kurang2 ada sejuta Ringgit. Lebih baik kalau ada sejuta Dollar or sejuta Pound. Andai kata ada sejuta, apa yg hendak anda buat? Nak kita berfikir bagai Mat Jenin? hehehe.....

Berapa ramai org hidupnya sempat melihat sejuta dalam hidupnya? Untuk mencapai sejuta ada banyak cara. Ada cara singkat. Ada jalan yg panjang. Hehehe........

Wednesday, July 22, 2009

Pemburu %&+#@$% Anak Dara????


"Tu...tgk tu...sapala punya yakpur salam buat gitu. Tapi bukan saya tau hehehe"

Arini KM takde idea cuma ada beberapa info utk anda pagi ni. Antaranya lebih kurang kol 8 hingga 10 pagi, Malaysia dijangka akan mengalami gerhana matahari namun mungkin fenomena itu tidak akan kelihatan sepenuhnya di Malaysia.

Keduanya, mesyuarat mingguan kabinet hari ini akan menentukan sama ada tarif elektrik akan naik or tidak tapi ramai penganalisis ramala akan naik. Wpun kenaikan dijangka utk pengguna sesetgh sektor or mengikut kadar penggunaan namun kenaikan taka langsung akan menyebabkan kenaikan harga barang.

Ketiga, harga2 saham di Amerika & Eropah ditutup tinggi dgn prestasi kewangan luar jangkaan kebanyakan syarikat utama di sana serta data2 ekonomi yg menunjukkan dunia mungkin telah keluar dr situasi buruk ekonomi. Bursa Malaysia hari ni bagaimana????

Selain tu, tinjuan KM ke sebuah akhbar online membawa cerita berikut. Korang bacalah sendiri ye. Pesan KM menjelang bulan kemerdekaan ini, jgn salahlah semangat mengibarkan bendera kebangsaan anda............kuang..kuang...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0722&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Tuesday, July 21, 2009

Cerita 1001 Macam Hehehe.........


Adapun seorg mamat (yg boleh dipanggil datuk kerana dah 57 tahun) telah dijatuhi hukum 6 bulan penjara kerana menyebarkan gambar lucah isterinya. Dia didakwa menyebarkan 6 keping gambar tak senonoh isterinya bersaiz A-4. Mungkin ada something wrong, somewhere la yg dia pi buat gitu. Sekarang ni byk pasangan yg jadi gitu sama ada dah berkawen or yg belum kawen. Time hangat bercinta, semuanya dirakam sebagai kenangan indah untuk sehidup semati kononnya. Bila bergaduh, berkrisis, semuanya jd ugutan utk disebarkan.

Adapun kerana berkrisis juga, seorg suami ditikam isteri kerana pulang lambat selepas menonton perlawanan Malaysia lwn Man U Sabtu lalu. KM taktau apa masalah mereka cuma kelewatan itu menjadi alasan utk menikam orang. Akhirnya dua-dua yg dapat problem. Suami masuk hospital, isteri masuk lokap, puehati kot???

Manusia ni, masa baik boleh berkongsi segalanya. tapi time bergaduh segala macam keburukan akan keluar. Maka berhati2lah.........elakkan mengaibkan & menganiayai orang lain.

Thursday, July 16, 2009

1Malaysia: Rakyat Didahulukan....hehehe...

KUALA LUMPUR: The Cabinet has approved an increase for taxi fares, from RM2 to RM3 for the first three minutes, after which it is 10sen for every 115 metres.

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Abd Aziz announced the new fares on Thursday.

The fares are expected to come into affect next month, but no date has been specified.
The 50% surcharge after midnight still applies, but is now applicable at the time the passenger is left off and not when he or she is picked up.

Syed Nazri said a database on taxi drivers would also be set up to aid enforcement against errant drivers.

Express bus fares will also go up by 2sen per km, while stage bus fares in Kuala Lumpur will increase by between 25sen and 70sen according to zones.

Schoolbus fares in urban areas to increase from RM21.10 to RM27.43 for the first km and from RM1.55 to RM2.02 for every subsequent km.

* RAKYAT DIDAHULUKAN??? Hehehe....cayalahhhhhhhh

Amanah Saham 1Malaysia & ASM

PNB mengumumkan akan melancarkan Amanah Saham 1Malaysia ilham PM Mohd Najib pada hujung bulan depan (Ogos) dengan saiz dana 10 billion unit. Kelewatan pelancaran ini sebenarnya utk memberi peluang kepada orang ramai khususnya bukan Bumiputra utk merebut Amanah Saham Malaysia (ASM) yg masih berbaki 1.6 billion. Offer terbuka itu akan mula dijual hari selasa depan (21 Julai).







Jika zaman sebelum ini, dana2 PNB tidak dibuka kepada bukan Bumiputra. Kemudian tiba zaman, peruntukan dibuka dengan kadaran tertentu. Mungkin di era PM Najib, semua keistimewaan itu akan diliberalkan. Kuota2 Bumiputra dlm pegangan modal & saham mula diliberalkan. Oleh yang demikian, orang Melayu khususnya jangan mengalahkan parti-parti pembangkang kerana kehilangan hak & keistimewaan mereka. Tapi fikirkanlah dgn renungan hati & minda yg tajam siapalah yg sebenarnya menggadaikan keistimewaan2 itu jika bukan parti yg dasar perjuangnya "Hidup Melayu" dan telah mendominasi kuasa di Tanah Melayu ini lebih 50 tahun!!!!! Lu fikirla sendiri...........jgn sampai org kata kita NGOK hehehe.........



* KM pferer ekuiti di KLCI compare to unit trust. Sbb equity bleh bikin KM jd separa histeria hahaha..................


Wednesday, July 15, 2009

Penang Water Taxi??

Teksi air Pulau Pinang?? Itulah yg KM tahu bahawa cadangan teksi air telah mendapat perkenan PM Mohd Najib ketika mesyuarat Lembaga Perlaksanaan Koridor Utara minggu lalu. Konsultan akan dilantik utk milai projek ini sebelum diluluskan.


Teksi ini mungkin boleh menjadi antara penyelesaian trafik masuk keluar pulau & tanah besar. Mungkin pasni KM bleh apply jadi pemandu teksi air plak hehehe...........pastu kita buat aksi stunt cam filem Taxi..hehehe.........




* Pas teksi air, kita fikir bas air plak, pastu keretapi air bla..bla..bla.....

Tuesday, July 14, 2009

Manek Urai: Antara memilih 'rakyat diutamakan' atau terus bersama tok guru???

Apabila pihak polis semalam memberi amaran agar parti yang menang dlm pilihanraya kecil N41 Manek Urai tidak mengadakan sebarang perarakan menyambut kemenangan, KM terfikir apakah BN @ Kerajaan Malaysia telah mengetahui bahawa mereka akan kalah? Ini kerana amaran sedemikian hanya dikeluarkan apabila diketahui pembangkang akan menang (di Kelantan, BN adalah pembangkang).


Hari ni, 14 Julai 2009, hari selasa, hari bekerja di Kelantan (sebelum MB mengumumkan cuti umum negeri) adalah hari mengundi bagi DUN Manek Urai ekoran kematian wakil rakyatnya hampir 2 bulan lalu. Ada segelintir org khususnya penyokong BN mempertikaikan tindakan TG Nik Aziz memberi cuti umum hari ni. Tp mengapa mereka tidak pernah mempersoalkan kenapa SPR tidak menjalankan pengundian pada hujung minggu? Itu sepatutnya lebih sesuai utk pengundi & petugas. Namun, dalam usaha menyuburkan demokrasi, SPR masih dirantai & menjadi juak2 yg patuh pada kerajaan.


Walaupun secara umumnya, keputusan PRK Manek Urai tidak akan memberi impak pada kerajaan negeri yg memerintah. Namun ia akan menguji sokongan rakyat Kelantan di kawasan itu yg rata2 orang Melayu sama ada mereka terus setia bersama kepimpinan TG Nik Aziz atau mereka meyakini dasar & wawasan PM baru, DS Mohd Najib khususnya "Pencapaian didahulukan, Rakyat Diutamakan" mampu memberi impak maksima kepada kehidupan rakyat Kelantan (bleh ayat gitu? hehehe).


Siapapun yang akan dipilih (sama ada Tuan Aziz (BN) or Abe Uji (PAS), akan ditentukan oleh lebih 12,000 pengundi berdaftar mulai jam 8.00 pagi ini sehingga tempat mengundi ditutup pukul 5 ptg ini. SELAMAT MENGUNDI!!!!

* Walaupun hasrat negara kita ke arah negara maju, namun layanan kerajaan terhadap rakyat yg tidak memilih @ menyokong mereka amatlah mengecewakan. Rakyat di golongan ini dinafikan hak mereka utk menikmati segala kemudahan or privillage yang sepatut or layak mereka dapat. Fikir2 kanlah.......bagaimana layanan negara2 Barat terhadap rakyat wpun tidak menyokong parti memerintah..........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin