Thursday, August 6, 2009

Sejengkal demi sejengkal kita menuju kehancuran......

Kalau anda belek2 sebuah akhbar tabloid semalam, tentu anda xtergamak nak melihat gambar tersebut. KM sebagai bapa rasanya sedih bercampur panas hati ngan lihat keadaan tu. Jika sekalipun anda belum bergelar ibu atau bapa tp dgn perasaan perikemanusiaan, rasanya anda juga tentu berperasaan seperti KM juga.

Sebelah tangan serta cebisan mayat seorg bayi yg diratah biawak liar menunjukkan masyarakat kita sedikit demi sedikit menuju kehancuran moral & sosialnya. Org hari ini, bukan satu kesalahan saja dia tak kisah tapi dua, tiga or banyak pun dia tak hairan. Ibu pada anak tu mungkin telah melakukan 1 dosa pada awalnya (kebiasaannya anak2 mengalami nasib begitu adalah anak hasil perzinaan). Tapi dosa itu bertambah lagi bila bayi yg lahir dilemparkannya merata2 hingga akhirnya berlaku pembunuhan. Lelaki yang menyumbang benih itu, anda sendiri maklumla apa kesalahannya.

Kenapa mereka begitu berani berbuat begini? Sebab, negara ini adalah negara sekular yg tidak menyempurnakan hukum2 yang Allah turunkan. Bila zina berlaku, mahkamah syariah (kononnya) hanya mendenda pasangan tersebut setakat seribu dua. Dan bila ini berlaku, terang2 Allah amarankan kita bahaya kehancuran/kemusnahan yang akan berlaku dalam masyarakat.

Hari ni, bukan saja akhlak je yg hancus, Allah mula turunkan bala satu persatu. Daripada kemerosotan ekonomi hingga yang terkini wabak H1N1 yang mula memakan korban (kebanyakannya org muda/kanak2). Otak org yg kufur menghujahkan penularan wabak maut ini dgn seribu satu hujah saintifik tanpa meyedari bahawa salah satu cara Allah utk menghancurkan sesuatu kaum ialah melalui penularan wabak penyakit. Allah turunkan asap2 putih (jerebu) yang menyebarbiakkan wabak tersebut. jika bom asap FRU hanya menumpaskan sementara demonstrator GMI tp asap dr Allah boleh membawa ke alam barzakh.

Dan jika diturunkan sesuatu kehancuran itu, Allah kenakan ke atas semua yg berada di kawasan tersebut tanpa mengira org beriman atau pun kufur. So, jgn ambil mudah peringatan ini. Jgn anggap kita yg xbuat dosa ni selamat. Tapi kita mungkin menjadi mangsa pertama kerana kebisuan atau sikap tak ambil peduli terhadap kemungkaran yg berlaku dlm masyarakat hari ini.

Maka berpesan2lah dengan kebenaran. Berpesan2 juga dengan kesabaran. Tanpa kesabaran, kita akan tumpas sebelum berjuang...............

Wednesday, August 5, 2009

SPRM badan bebas? Hehehe....


Macam lawak je bila PM Najib menyatakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebuah badan yg bebas & bukan alat/kuda kerajaan. Semata-mata SPRM telah menahan seorg ADUN dari Terengganu yang disyaki rasuah untuk beberapa ribu ringgit sahaja.
Jika dgn petunjuk seperti ini, SPRM sudah boleh diiktiraf sebuah badan yg bebas & telus, mungkin ramai antara rakyat jelata akan ketawa. Semua org maklum, kerajaan selalunya menjadikan ikan2 bilis atau ahli politik kerajaan yang dah nak expired @ sudah expired sebagai kambing hitam utk mencerminkan ketelusan SPRM itu.
Tapi rata2 rakyat bukannya bodoh. Bukan semua org berkitab Utusan Meloya or berkiblatkan TV31/4. Ada sahaja kabar angin atau surat layang berhubung tuduhan terhadap pembangkang, cepat2 ja SPRM turun pi siasat. Tapi bila tuduhan timbul di pihak kerajaan, SPRM mengeliat ja nak pi siasat. Rasanya kalau dikira satu persatu laporan terhadap pemimpin kerajaan, rasanya boleh disusun buat bukit. Mungkin mereka ini semuanya maksum kot......hehehe...
* Orang yg paling suka ngan SPRM ni mungkin Mat Khir Tempe hehehe..............

Tuesday, August 4, 2009

H1N1: Increased Casualty

H1N1 aka Selsema Babi makin pantas merebak. Media2 Malaysia melaporkan sudah 8 kematian dicatatkan sehingga hari ini. Dan dr maklumat yg tak rasmi, ada ramai jugak yg kritikal di wad-wad rawatan rapi (ICU). Walaupun kerajaan melaporkan hanya terdapat 1,000 lebih je kes jangkitan tp kita rasa jumlah yg sebenarnya mungkin berkali ganda.

Mengambil contoh di sebuah sekolah yg diajar oleh ipar KM, hampir 100 lebih pelajarnya tak dtg ke sekolah kerana tak sihat. Tapi amat malanglah sikap sesetgh pentadbir sekolah or organisasi ini pun apabila tidak mengambil langkah sewajarnya dalam keadaan ini. Ramai yg suka mengambil sikap 'wait & see'.

Dengan 8 kematian serta byk lagi yg kritikal, kita meminta kerajaan menilai semula langkah & tindakan sedia ada kerana kita tak mahu wabak ini terus meragut lebih ramai lagi nyawa. Semua rakyat wajar prihatin dgn masalah besar ni walaupun yang mati itu bukan saudara mara kita tp siapa bleh jangka wabak itu juga bleh menyerang kita (minta dijauhkan Allah).

So, kepada kerajaan yg hebat dengan slogan "Rakyat didahulukan & Pencapaian diutamakan", masa ni sesuai utk mengotakan slogan ni. Walaupun, kita tahu ini slogan semata2 sebab tambang bas pun dah mula naik, gula pun dah semakin kurang di pasaran menjelang musim perayaan tp semua tu ramai yg bleh pejam mata lagi (KM tak penah pejam) tp jika melibatkan nyawa, ini serius (seperti kata Wonder Pets). So akhir kalam, takpa rakyat siapalah pemerintah.........so jumpa anda di Permatang Pasir!!!!

Thursday, July 30, 2009

KM bakal mendapat pewaris kerajaan Pasir 4 Butir hehehe........

Arini, Mem gi klinik utk pemeriksaan susulan. Sedar or tidak, anak kami dah berusia 8 bulan. Entah sempat raya or tidak. Selain rutin check, dia scan sekali. Jika scan minggu lepas, doc taknak ckp jantina baby. Arini, doktor yg scan bagitau.

Katanya, insyallah kami akan dapat BABY BOY!!! Patutla dia aktif sangat bergerak dlm perut uminya. Dia main bola kot?? hahaha......

KM gumbira jika tak tahu jantina sekali pun. Sebab, yang lahir itu tetaplah dr sulbi KM sendiri walaupun lelaki mahupun perempuan. Maka dgn ni hampir tercapaila hasrat Budak Kacak aka Nur Batrisya utk mendapat adik lelaki. Nama pun dia dah sediakan. Muhammad Adam Irfan katanya.

Maka jika benarlah yg lahir nanti lelaki maka bersambungla pewaris keluarga KM. Walaupun KM bukan King tapi warisan keluarga perlu diteruskan...........I'm very glad today!!!

Wednesday, July 29, 2009

Derma darah dapat Sijil Simpanan Premium BSN


Menderma darah dapat Sijil Simpanan Premium (SSP) BSN! Itulah yg KM baca pagi ni di Kosmo Online. BSN cawangan Pulau Pinang yg anjur kempen derma darah ni sempena karnival mini BSN tawarkan SSP bernilai RM10 untuk setiap pengunjung yang menderma darah. So, sesapa yang rajin derma darah, blehla ke karnival tersebut di BSN cawangan negeri di Macalister Road atau Giant Bayan Baru dan Tesco Seberang Jaya.



Menderma darah ni bagus untuk kesihatan tp ramai yang tak berani sebab Takut Jarum hehehe.....Tapi kalau menderma Dara tu, bahaya kecuali sah ada sijil....hehehe......

* KM takleh derma darah sebab tak cukup kelayakan............

Tuesday, July 28, 2009

Massa Crash At Hungary!!

Begitulah keadaan Felipe Massa ketika dikeluarkan daripada jentera Ferrari selepas melanggar timbunan tayar dengan kelajuan lebih 200 km/j. Massa terbabas selepas kepalanya mengenai objek yg terpelanting drp kereta Brawn GP yang dipandu Ruben Barrichello semasa ujian masa di GP Hungary, sabtu lalu.

Walaupun dalam perlumbaan F1, aspek keselamatan jentera, litar dan pelumba begitu diutamakan namun bila berlaku kemalangan, kesannya boleh tahan juga. So, berhati2 ketika memandu di jalan raya. Jangan berangan2 nak jadi seperti pelumba F1 sebab anda mungkin berakhir di dalam lubang kubur hehehe..........

* Entry ni adalah selingan KM ketika menunggu saham-saham pegangan yg masih liat nak naik hehehe...........

Monday, July 27, 2009

Pelanggan siaran sukan ASTRO akan nikmati caj tambahan RM12 hehehe......

Mulai Ogos ini, pelanggan saluran sukan ASTRO akan menikmati caj tambahan sebanyak RM12 sebulan hehehe....ASTRO memaklumkan kenaikan ini dilakukan kerana perlesenan/bayaran hak siaran sukan yg semakin meningkat. Antaranya gara-gara nilai pemain bolasepak Eropah yg semakin tinggi harganya hehehe....Nk tengok acara sukan pun kena bayar lebih hampeh betui....



Yang atas ni pun ASTRO gak tp ASTRO BOY hehehe......... Kartun ni bukan baru lagi tp dah beraksi di kaca tv Jepan sejak tahun 1950-an. Kalau korang stress2 layan gf/bf yang merajuk, blehla layan kartun ni hehehe........

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin