Tuesday, August 4, 2009

H1N1: Increased Casualty

H1N1 aka Selsema Babi makin pantas merebak. Media2 Malaysia melaporkan sudah 8 kematian dicatatkan sehingga hari ini. Dan dr maklumat yg tak rasmi, ada ramai jugak yg kritikal di wad-wad rawatan rapi (ICU). Walaupun kerajaan melaporkan hanya terdapat 1,000 lebih je kes jangkitan tp kita rasa jumlah yg sebenarnya mungkin berkali ganda.

Mengambil contoh di sebuah sekolah yg diajar oleh ipar KM, hampir 100 lebih pelajarnya tak dtg ke sekolah kerana tak sihat. Tapi amat malanglah sikap sesetgh pentadbir sekolah or organisasi ini pun apabila tidak mengambil langkah sewajarnya dalam keadaan ini. Ramai yg suka mengambil sikap 'wait & see'.

Dengan 8 kematian serta byk lagi yg kritikal, kita meminta kerajaan menilai semula langkah & tindakan sedia ada kerana kita tak mahu wabak ini terus meragut lebih ramai lagi nyawa. Semua rakyat wajar prihatin dgn masalah besar ni walaupun yang mati itu bukan saudara mara kita tp siapa bleh jangka wabak itu juga bleh menyerang kita (minta dijauhkan Allah).

So, kepada kerajaan yg hebat dengan slogan "Rakyat didahulukan & Pencapaian diutamakan", masa ni sesuai utk mengotakan slogan ni. Walaupun, kita tahu ini slogan semata2 sebab tambang bas pun dah mula naik, gula pun dah semakin kurang di pasaran menjelang musim perayaan tp semua tu ramai yg bleh pejam mata lagi (KM tak penah pejam) tp jika melibatkan nyawa, ini serius (seperti kata Wonder Pets). So akhir kalam, takpa rakyat siapalah pemerintah.........so jumpa anda di Permatang Pasir!!!!

3 comments:

Dee said...

hospital kerajaan pun ramai x pakai mask..abis tu camana nk galakkan org awam pakai mask..hmm...

mohad said...

buat apa kat permatang pasir tu...

KM said...

dee- diorg kebal so takyah pakai pun takpe...jadikan contoh2 yg baik itu teladan...yg xbaik xyahla ikut....ada faham?

ijad- pi lawan kt permtg pasir hehehe....ada game bulan posa ni...BN vs PAS

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin