MasyaAllah.....dasyatnya manusia arini. Mcm2 idea jahat diorg bleh fikir & buat. Korang baca & komenla sendiri...............
* Police bust syndicate selling babies - petikan dr TheStar.com.my
Tuesday, December 15, 2009
Thursday, December 10, 2009
Pisang: Antara Realiti & Fantasinya..........
Semlm pas keja, KM singgah pasar malam. Di pasar malam, selalunya mcm2 org jual. KM tertarik org yang menjual hasilan kampung seperti ulam-ulaman, sayuran & termasuklah pisang. Bila tgk pisang2 yang dijual, KM terfikir betapa manusia itu tidak tahu semuanya. Sebab apa, jika disuruh KM kelaskan jenis2 pisang2 tu, sure KM tak tahu.Di Malaysia saja ada berpuluh jenis pisang rasanya. Dari yang selalu kita dengar seperti pisang Mas, Rastali, Berangan, Awak (pisang Saya xde kan?), Embun, Tanduk, Rastali hinggalah jenis yang jarang dengar atau xpenah dengar seperti Pisang Lidi, Serendah, Susu, Kapas, Putar, Nipah, Talang dll...
Jika dibuat pertandingan mengkelaskan jenis pisang, KM cepat2 mengaku kalah. Anda bagaimana? Tahu atau tahu makan ja? Hehehe.......
Satu masa nanti, bila anak2 tanya kita:
PISANG PA NI BAH? (kena baca cam nada iklan raya Petronas)
kita mungkin akan jawab:
ENTAHLA NAK....
Realitinya, satu generasi ke genarasi akan mula xkenal hasil maksum dari bumi sendiri mcm KM. Walaupun mengenal pisang itu bukan syarat wajib nikah atau untuk masuk Universiti tp sekurang2 satu pengetahuan juga..hehehe...
Wednesday, December 9, 2009
Adam Diserang Beruk? Tuntutan Budak Kacak & 3 Din's @ Din Bersaudara..........
Alhamdulilah, berkat doa anda semua, Muhammad Adam Irfan dah semakin sihat. Cuma dia ada masalah xleh minum susu banyak sekaligus nanti kuar balik. So, minumla sikit2 tp jenuhla nak bancuh sebab kejap2 ja dah lapar. Kalau KM bagi makan nasik ke, burger ke, cpt kenyang sikit ye? Boleh ekkk? hehehe.........Nanti sure ada org kata............bagi jela apapun sbb anak ko bukan anak aku (ayat sapola tu ye........). Adam sekarang giat berkuntau ngan anak beruknya hehehe.......

Budak Kacak aka Tok Bomoh aka Nur Batrisya plak xsabaq2 nak suruh Mem ngan KM beli benda kat atas tu. Semuanya sebab pengaruh cita Pooh & The Friend's kt saluran 613. KM ckp kalau nk beli, kenala start simpan duit. Ada ka patut, dia cakap, beli dulu, simpan duit kemudian xleh ke? Kecik2 dah pakai nk buat kredit ya.... Sebenarnya, KM dah deserved nak beli benda tu sbg presen besday dia 28 Dis ni..................
Tuesday, December 8, 2009
Adam vs Tok Bomoh
Memandang kebelakangan ini Adam tidak sihat maka kelmarin dia telah berjumpa dengan seorg tok bomoh. Anda saksikan sendiri bagaimana tok bomoh tu mengubati orang hehehe..........cobaan..
Wednesday, December 2, 2009
Bersabarlah bebyk..............
Ada org bertanya KM ke mana? Jawapannya, KM masih di sini, tak ke mana2. Cuma KM tak menulis sebab KM kurang sihat, KM sakit gusi kt gigi geraham. Bertahan dengan painkiller je skrg ni huhuhu....kalau KM ni harimau, maka waktu ni terpaksala makan bubuq saja sebab xyah susah2 nak kunyah, just telan ja hahaha...
Wednesday, November 18, 2009
Anak ku dah bertaubat.........
Di kalangan kanak2, ada beberapa tabiat yg sukar dibuang. Antaranya minum pakai botoi. Rasanya antara blogger pun ramai yg masih menghisap botol wpun dah pergi sekolah rendah hehehe....(ayat serkap jarang). Ada sesetgh tu siap bawak botol gi sekolah...minum sorok2 time rehat tp bukan KM la hehehe.Masalah ketagihan botol ni berjangkit pd Budak Kacak. Wpun dh lama berhenti susu tp tabiat minum Milo pakai botoi masih diteruskan terutama selepas pulang dr sekolah. Memandangkan usianya akan mencecah 5 tahun Disember ni maka KM sama Mem perlu menghentikan tebiatnya itu.
Caranya ialah menggunakan psikologi. Kami katakan pada dia jika berterusan kakak menghisap botol maka pertumbuhan kakak akan terencat, jadi kenit, xbesar2 (Psikologi itu bukan tujuan menghina sesiapa sama ada yg hidup mahupun yang telah meninggal). Siap gunakan gambar2 seperti di bawah tu. Beberapa hari dipsiko, akhirnya Budak Kacak termakan umpan & menyakini kenyataan itu. Akhirnya, dia mengaku untuk bertaubat dr gejala "Kebotolan" dan dia sendiri mengambil botol buruk yg digunakan lantas terus melemparnya ke dalam tempah sampah.
Sekian, terima kasih.
Peluang menjana kekayaan melalui import eksport...
Tajuk cam familiar je kt internet hahaha.......... Hidup kalau xde hobi, xde minat, xde keja or xde projek, memang membosankan. So, kalau xde, kita kena cari papa yang patut. Main saham hari2 pun lama-lama jd bosan....tetambah bila xde upset dalam keuntungan (maksudnya untung besarla tu).So, kita kena fikir ranting baru pelaburan. Bukan skim cepat kaya tau hehehe.....Sebelum terlupa, kepada bekas pelabur SwissCash, mahkamah dh arahkan duit2 yg tersangkut dipulangkan tp nak dpt balik atau tidak...entahla. Mungkin sukar n makan masa.
Esok ada penyenaraian baru, MAXIS. Harga ditawarkan antara RM4.75-5.20 xsilap KM. Agak mahal tp mungkin berbaloi bg yg bermodai besar. Penyenaraian yg akan menjana RM11b & dikatakan terbesar di Asia. KM buat pa? tgk je la hehehe......KM stick ngan TIME ENGINEERING sekarang ni hehehe.....
KM skrg tgh study projek baru. Kecik ja tp mungkin prospek besar. Aktiviti import-xport hehehe.....rasa2 korang apa ye?....Tungguuuuuuu.......
Subscribe to:
Posts (Atom)
